Tuesday 22 April 2014

PERUBAHAN FASA

Yee... sekarang aku telah mengalami perubahan fasa dalam kehidupan.
FASA TERLALU MALAS!!!!

Thursday 24 October 2013

POSKAD UNTUK JURGEN KLOP


NivSaid:Korang baca lah sendiri

Tuesday 22 October 2013

SUNGAI KELANTAN

Tia buat hal lagi...beberapa bulan selepas insiden lukisan dengan awek UPM,Tia kol aku ajak jumpa.katanya lama tak lepak dengan aku.aku pon ok je la,marah aku pada Tia kejap saja.lepas tu insiden tersebut jadi bahan lawak kami.kali ni Tia ajak aku lepak tepi Sungai Kelantan.masa tu waktu makan tengahari.

Dulu-dulu Dolphin pernah berenang dekat sini.

Tia sampai dulu dengan awek dia.bile aku sampai aku tengok Tia tengah bekekek-kekek,nak aje aku hantuk kepala dua orang ni.sampai je dekat meja aku tepuk kepala Tia.”dah takde keje?” soal aku.Tia berhenti berkekek & menghulur salam tanda persahabatan kami masih utuh,walaupon Tia banyak buat hal.sebab aku punya prinsip:seburuk mana kawan kau dia tetap kawan kau,sebab kau pon teruk.

Tengahari tu kami banyak berdiskusi pasal ilmu persilatan & beladiri.sesekali aku menyelit pasal Karl Marx & ideologi komunism nya.awek Tia hanya menjadi pendengar setia kami berborak,sapa suruh kau ikut kitorang lepak.habuan la dengar kami berborak benda yang tak kena mengena dengan kau kahkahkah.

Ditepi kami selang satu meja ada sekumpulan awek solehah.Tia sekali lagi buat perangai bahlol nya,”kau pergi mintak no fon awek yang pakai baju hijau tu”.inilah celaka bila duduk dengan Tia,dia punya cabaran tu kalau kau tak sahut kau akan rasa hina,kalau kau sahut ko kena buat kerja gila.aku setakat cabaran macam tu memang tak heran,mengikut kajian peratusan untuk gagal adalah 50% yang selebih nya ialah ketetapan illahi.

Aku sebenar nya malas nak layan Tia ni.so aku pasang step yang secepat mungkin,taktikal yang sebagus mungkin.aku pergi kat meja pastu tarik kerusi,aku cakap terus terang kat awek tu yang Tia tengah cabar aku.awek tu buat dekk je,die blah dari kedai tu aku ikut sampai pintu kedai.akhir nya dapat jugak.”aku dah cakap Tia...kau cari nahas” ujar aku dalam hati.

Aku sms ke no yang baru aku dapat tadi,”thanks,sebab sudi bagi no fon awak” tak sampai seminit hanset aku berbunyi tanda ada sms masuk.aku senyum selebar alam.aku baca sms itu.

 “Fak” terdetik dalam hati aku.

Aku antara nak gelak dan sayu,dalam hati aku menyumpah Tia tak habis-habis.masuk semula kedalam kedai aku baling kertas yang tertulis no telefon awek tadi.

”nah...jangan sesekali cabar aku kahkahkah” aku gelak tak sudah.

”kau ni sawan ke apa bro...baru dapat no fon dah hilang akal” sampuk Tia melihatkan aku gelak macam nak hilang nyawa.aku bagi Tia baca sms yang awek tadi hantar:

”maaf,saya dah kahwin...dan pragnent 3 bulan”

“Bini orang la BODO!!! KahKahKah”



NivSaid:sejak dari hari tu lama juga aku tak lepak ngan Tia,aku pon dah tak singgah kat kedai tu lepas kes tu.