Monday 14 May 2012

BPL Punya Pasal


Akhir nya habis juga BPL untuk musim ini,dengan penentuan juara liga di tentukan di saat akhir.aku malas nak cerita pasal kemenangan Manchester City.mereka menang sebab itu hak mereka [atau pon bookie dah susun haha].sebab Man.Utd bongok bagi diorang peluang untuk potong.sori fan M.U aku kena berterus terang sebab korang pon cakap lepas je ngan aku kan haha.


Tapi benda yang aku tak suka adalah bilamana aku nak pegi keje aku dengar kat radio ramai fan M.U tak puas hati.ramai yang jadi tukang pahat,memahat menggunakan mulut bukan akal fikiran.tak nak terima kekalahan.ala bola je pon…bukan dapat duit,lain la kalau ko bookie kan.kalau Najib marah tu ada la logik nya,sebab bini dia si Semah Jambul tu ‘Tokoh Sukan Negara’ kah3 POWWW!!!.tapi yang tak syok nya bila fan M.U ni tak kutuk Man.City tapi kutuk fan Arsenal,Chelsea & Liverpool.apahal beb nak kutuk2 orang,siap cakap menang ‘Cup Ayam’ la…duk bawah tapak kaki M.U la.


so untuk nak bagi korang diam aku rasa aku nak keluar kan statistik kat sini.supaya korang sedar la ye.jangan meroyan bila tengok apa yang aku tunjukkan kejap lagi.belajar untuk tahu bolasepak ni bukan setakat menang je,bukan setakat trofi je.progress & profail lg penting ok.skang aku nak setup otak aku untuk jadi otak capitalist POWWW!!! Korang dah besedia? “Bring me the mess”



kita mulakan dengan:


Manchester City


Kemenangan semalam memberi kelebihan untuk mereka duduk di tangga teratas.juara liga akan mendapat lebih kurang 60million [prize money & TV] ini sahaja yang mereka dapat,tiada piala2 lain.tapi mereka telah membelanjakan sebanyak 76million,manakala hasil dari penjualan pemain mereka hanya 27.75million [nampak sangat pemain mereka takde nilai lepas keluar kelab].jumlah bersih Manchester City belanjakan untuk musim ini adalah 48.25million,Syed Mansor hanya perlu topup 11.75million untuk mereka beli terus piala.ala setakat figure yang macam tu…Syed Mansor bleh sign chek dengan hidung la.tak payah susah2 beli player itu ini,beli je la piala tu.


Manchester United


Kemenangan yang takde makna sangat2 bagi fan Red Devil semalam menolak mereka duduk di tangga kedua liga.naib juara liga akan mendapat lebih kurang 56million [prize money & TV].tapi mereka telah membelanjakan sebanyak 52.9million nak dekat 53million dah untuk 3 orang pemain sahaja,manakala hasil dari penjualan pemain mereka hanya 14.75million [takde nilai langsung player M.U ni rupanya paling tinggi 3million].jumlah bersih Manchester United belanjakan untuk musim ini adalah 38.15million,Glazer hanya dapat untung dalam liga ni sebanyak 17.85million,dengan tiada apa2 piala,turun tempat kedua plak tu haha,takde ape2 beb [kosong….kosong…lalala]. so duit 17.85million tu aku suggest kat Glazer untuk buat trofi khas untuk mengubat hati fan M.U yang lara,tambah2 si Najib tuh.kat trofi tu tulis cantik2 “LAST MINUTE LOSER” POWWW!!! Hahaha.


Arsenal


Arsenal pon menang jugak semalam.walaupon di tempat ketiga tapi at least kami [ceh kami plak] telah membeliakkan mata para pengkritik tegar yang datang dari daerah Manchester & Liverpool.konon nya kami takkan dapat tempat untuk Liga Juara2 musim depan.tengok la Arsenal dapat no3 & yang paling penting dapat potong ‘WinnerWannabe’ Spurs haha.[masa kat tengah liga ‘Harry Potter’ cakap diorang boleh menang liga haha lawak!!!].ok musim ni Arsenal memperuntukkan sebanyak 53.15million untuk pembelian 8 orang pemain,70.7million Arsenal dapat hasil penjualan 6 pemain yang begitu berharga 4 daripada nya adalah pemain maha penting kami.


Dengan itu Arsenal dapat lebihan sebanyak 17.55million,bermakna Peter Hill Wood tak membelanja kan apa2 untuk musim ini malah mendapat bonus 17.55million campur pulak dengan ‘prize money & TV’ untuk tempat ketiga lebih kurang dalam 52million.maka total Arsenal dapat musim ini adalah sebanyak 69.55million & kami juga melonjak 1 tangga ke atas,di Liga Juara kami selangkah di hadapan M.U.so progress siapa lagi bagus wahai Red Devil?POWWW!!!.terima lah hakikat.


Aku malas nak cakap pasal Spurs.walaupon diorang duk di tangga ke4 tapi takde dalam radar aku untuk entry ni.sori!!!


Chelsea


Musim ini Blues telah membelanjakan 82.8million wow [bodo gile Abromovich nih].mereka mendapat 24.6million hasil jual pemain mereka [nasib baik pemain diorang ada harga tak macam M.U haha].maka perbelanjaan bersih mereka untuk musim ni adalah sebanyak 58.2million tapi di akhir musim mereka menduduki tempat ke6.DEMM!!! 82.8million dan hasil nya ko dapat keputusan macam tu.mengecewakan,tapi mereka bernasib baik kerana menang piala FA yang memberi pulangan 1.8million.tak lupa juga mereka layak ke final Liga Juara2,kalau menang dapat 9million kalau x dapat la 5million.


Kita fokus pada liga domestik sahaja ok,taknak masukkan yang lain.so 1.8million tambah 46++million [untuk no6 liga]=47.8million.mereka telah berbelanja sebanyak 58.2million akhir musim dapat 47.8million.mereka mendapat defisit atau kekurangan sebanyak 10.4million hahaha & jatuh ke tangga ke6?.What a beautiful improvement & progress from The Blues.apa2 pon mereka ada 1 piala untuk di banggakan walaupon poket mereka bocor.tak macam M.U poket kempis piala pon tarak kahkahkah!!!


Liverpool


Dulu nya kelab ini dikatakan ‘Big Four’ untuk selamanya haha.skang ni jadi ‘Big 8’,di akhir musim mereka menduduki tangga ke8 liga walaupon mereka membelanjakan sebanyak 56.4million masih tidak berbaloi.ok musim ini mereka memperuntukkan 56.4million untuk kuatkan The Reds.mereka dapat 21.05million hasil reject pemain bagus macam Raul Meireles & Ngog.bersih mereka berbelanja sebanyak 35.35million sahaja.


Dengan 35.35million mereka menang piala Carling & dapat 100k,naib piala FA dapat la 900k,untuk tangga ke8 mereka dapat lagi kurang la dari Blues kan,sekitar 42million.jadi 43million tolak 35.35million = 7.65million sahaja untung diorang & jatuh tangga ke8.at least mereka tak sebodoh Chelsea.tapi mereka juga tak sebijak Everton & Newcastle yang berbelanja sedikit tapi dapat untung dalan 20million lebih haha.






Begitulah secara kasar nya persembahan aku untuk kali ni,kiraan kasar je ni.so korang tengok lah progress sapa lagi bagus,menang piala,duit melayang=bagus?,tak menang piala, duit berkepuk2=bagus?,piala tarak,duit poket pon nipis=???[M.U la ni haha].terpulang pada pandangan masing2 lah kan.tapi aku tulis entry ni untuk geng Red Devil,untuk nasihat kan korang jangan la perasan sangat.dah kalah jangan la emo beb.kenyataan nya jelas tak payah la ko nak lepas geram kat Gunners,The Reds & Blues.ko pegi la kutuk poser2 Man.City.


Apa2 pon ni hanya bola je.jangan ambil hati sangat.musim depan kita gaduh lagi.kutuk2 lagi tapi kita tetap kawan la.ko kutuk Gunners,aku kutuk Blues,kita kutuk Reds then dorang kutuk kita balik….yang penting GOMO KLATE GOMO haha…TRW no1 wei!!!