Thursday, 3 November 2011

Gomo Gunners Gomo

Sebenar nya ulangtahun ke 125 ni kurang makna bagi orang2 Emirates.kerana apa,kerana kepergian tonggak utama yang merupakan nadi penting telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap Arsene Wenger.Hal yang sama terjadi di zaman Henry mahu pergi,yang mana kali ni Cesc Fabregas & Samir Nasri mengulangi hal yang sama.dengan alasan yang sama…mahukan trofi.Fabregas tu aku tak kisah la,dia balik Spain.si Nasri ni yang wat aku bengang.membuat kan team jadi goyang habis,malas nak cerita lebih.aku emo…emo…


Logo asal '125th Anniversary'

Sempena ulangtahun kelab kesayangan aku iaitu Arsenal yang ke 125 dan juga ulangtahun ke 15 aku sebagai Gunners sejati hehe,aku dengan baik hati & jiwa nya telah mengedit logo ‘125th Anniversary Arsenal’ kepada logo ‘Gomo Gunners Gomo’.di sebab kan aku ni orang Klate,jadi aku menggabungkan elemen negeri kesayangan dengan elemen kelab kesayangan.oleh kerana elemen nya hampir2 sama menjadikan logo ni menarik untuk di edit.maka terhasil lah logo hybrid ini haha.


Simple je aku edit logo ni,aku buang meriam besar yang kat tengah2 tu,aku tak boleh buang terus jadi aku kecik kan meriam tu,aku buat 2 biji then aku letak kat bawah sikit.tempat meriam besar tu aku ganti dengan elemen yang ada di bendera Klate,iaitu Bulan, Bintang, Tombak & Keris.aku tak letakkan camtu je,sebelom letak tu,aku ‘mengguners’kan dulu elemen2 tu.mula2 aku tukar Tombak tu jadi M16 pastu Keris tu aku modified jadi pisau rambo,Bulan pulak aku buat kan ia bersegi2,dah modified semua,baru nampak serasi dengan logo asal Arsenal.barulah aku letakkan apa yang aku edit tadi,menggantikan meriam besar.


Logo Arsenal versi Gomo Gunners Gomo

Moto ‘Forward’ yang kat bawah tu aku tukarkan jadi ‘Gomo Gunners Gomo’, agak gila perbuatan aku ni.tau kat orang Emirates ni habis aku kena marah.tapi aku edit ni dengan penuh rasa bangga haha.bila dah siap ni aku rasa macam nak print kat baju pulak.macam ok je aku tengok hehe,tak pon offer kat budak2 Gunners Klate untuk buat baju rasmi.baru orang tau bahawa aku ni Gunners Klate POWWW!!!.




NivSaid: proud to be Gunners,proud to be Klate.

0 comments: