Sunday, 22 July 2012

Duit oh Duit


Duit ooo duit.kali ni aku bukan nak cite pasal berapa banyak duit aku dah songlap.bukan jugak nak cite pasal camna nak buat ibu duit simpan lama2 then beranak pinak.bukan jugak nak cite pasal syiling baru yang orang duk kecoh pasal ada lambang Yahudi? Kat belakang syiling tuh.aku malas nak cerita panjang pasal kes ni.sebab pendirian aku adalah “Star of David” tuh bukan hak milik orang yahudi…dan simbol kat belakang duit tuh adalah simbol seni mengayam orang kita.bukan jugak nak cerita pasal duit baru yang sama dengan duit yang cina duk bakar time orang mati.aku tak layan cerita2 karut ok.


Mengarut je...

Lagi la tak bleh blah...takde isu nak cari isu

Berbalik pada cite duit baru ni,yang aku nak cite adalah pasal aku sekali lagi ‘terkena’ ngan duit baru.hari tuh aku dah terkena dengan duit rm50 yang baru,tertukar dengan duit singgit,harrrommm btol!!!.itu aku yang nyaris nak bagi kat orang.kes rm50 baru ni jugak ada kat youtube,yang mana sorang mamat tu selamba katak je cakap cashier tersalah duit,bile die dah blah baru cashier tu tau yang mamat tu tipu.itu pasal rm50…aku jugak ada terkena dengan duit syiling 50sen yang baru.sebab saiz dia nak dekat ngan 20sen,aku selalu terbagi 50sen instead of 20sen.dulu kita akan cam duit dengan saiz dia,banyak sangat ke masa aku ada nak tilik mana 1 20sen mana 1 50sen…manyak lugi wooo!!!


besar sikit je dari duit syiling 20sen


nak dekat sama kan,nak2 kalau sama2 lusuh.memang tak beza la

Pagi tadi aku terkena sekali lagi,kali ni dengan duit kertas rm20 pulak…aku sampai kat tol.aku cam biasa la dah sampai dekat baru tekocoh2 nak seluk poket,niat kat hati nak pecah duit rm10.aku tengok dalam poket nampak kaler merah oren tuh aku amik je la...terus nak bagi kat budak tol.sekali aku nampak macam pelik je duit rm10 ni.macam lusuh je,aku tengok la balik.rupa2 nya duit rm20 baru…CISSS terkena lagi aku huh.kali ni aku tengok,lain kali kalau aku tak tengok camne.kalau orang jujur yang dapat takpe la,tapi kat kotabatubesiplastik ni berapa ramai mereka yang jujur?...ramai la.
sama tak kaler dia...

So kali ni aku nak komplen kat BNM pasal duit baru,duit kertas & syiling.duit syiling bagi aku takde kualiti sebab kaler emas tu mudah luntur,sebab aku banyak kali dapat duit syiling baru warna tembaga kakaka…takkan aku nak gi kedai celup kaler emas balik?.pasal duit kertas pulak bagi aku orang yang design ni kurang kreatif yang amat sangat,tolong jangan pertikai komplen aku ni sebab aku ni “very talented person”.ayat yang aku biasa pakai untuk benda tak kreatif ni adalah.........“MACAM BODOO JE” POWWW!!!.sori la aku kena jujur.sebab aku dah 3 kali terkena beb.nak marah ke nak gelak.senyum je la yang mampu.


NivSaid:tengok duit baru teringat duit Saidina huhu…

0 comments: