Thursday 28 February 2013

Rimba Bara Comeback!!!


Aku dah lama tak review filem,last aku review pon dah tak ingat bile haha.ok aku malas nak buang masa korang baca benda yang tak sepatut nya hehe.secara jujur nya aku nak review pasal filem yang aku baru je tengok semalam.filem apa? Hollywood eh...tau la aku pakar dalam bab-bab review filem ni,tapi takkan asyik nak yang luar negara je kan.aku orang Malaysia jugak,kadang-kadang nak layan filem melayu ni.ala macam aku layan cite Bro Malek tu...sekali sekala layan filem melayu kan,tapi ini bukan filem sembarangan bang...ini filem aku kira akan jadi legend la.filem yang di tunggu oleh rockers keras tanah air.filem apa lagi kalau bukan “ROCK Oo!” iaitu sequel kepada filem terdahulu nya “ROCK”.

Peh banyak pulak aku berceloteh.ok straight to the point ah. Cerita kembali nya Rimba Bara setelah jatuh pada saat-saat mereka hampir kepada kegemilangan.Amy Mat Piah [Que] memang tak pernah kenal erti putus asa...dah tahu suara memang tak boleh blah sampai kan kena reject oleh hampir semua orang kampung.tapi semangat Amy kembali lagi untuk masyhur bersama Rimba Bara,bilamana Zul Kapan [Sofi Jikan] telah mengetepikan Rimba Bara dan membawa band Malaikat Maut ke Luncai Emas untuk sign kontrak.melihat keadaan tak terurus Rimba Bara,dengan kesungguhan Amy bebal ini,Jijoe [Khir] & Black [Azmi] telah memujuk Slash Hj Tapah [Pekin] untuk bersama menaikkan kembali Rimba Bara.Bermula lah kisah-kisah tragis kebangkitan Rimba Bara.aku sebenar nya agak kecewa bilamana watak Zack [Hasnol Rahmat] dah takde dalam sequel ni.

Band Malaikat Maut...hahaha.Black Metal habessss

Cerita ni memang best dari segi jiwa...tapi dari segi jalan cerita tu macam tak berapa ngam lah.korang takkan berenti la gelak tengok cerita ni,sebab lawak dia yang simple tapi dekat dengan ‘rakyat’.dengan perkataan ‘An’ tu pon orang dah gelak sakan,apalagi kalau full story.dari segi pergambaran filem ni sendiri memang agak bagus.Mamat Khalid aku rasa memang perah otak kaw-kaw nak setup sesebuah scene untuk jadikan ia nampak 90an lah,untuk nampak ia legend.memang kalau di lihat dari setiap scene bagai di setup untuk peminat rock kembali mengenangkan zaman rock.NOSTALGIK!!!


korang yang minat Mamat Khalid mesti takkan kecewa punya dengan Rock Oo! Ni.dalam filem kali ni Que Haidar sebagai Amy tetap jadi ‘bahan’ kerana bangang abadi.tapi aku suka Que cover lagu “Teratai” dalam filem ni.kenapa aku suka? Tengok sendiri la bro.Khir dengan watak Jijoe nya aku rasa dia yang banyak menjalan kan cerita ni kot.Sofi Jikan?...tak payah cakap la beb,letak je mamat ni kat mana-mana cerita mesti Ummmpphh punya.tak habis lagi dengan demam Ajib dalam KL Gangster.dia buat  gila pulak dengan watak Zul Kapan yang memang Black Metal habis hahaha.

Tak lupa jugak kepada Pekin yang bawak watak Slash Hj Tapah.memang kacak habis si pekin ni buat gaya ala-ala Slash G’n’R.tapi sayang Slash tak banyak dialog dalam filem ni...dialog dia kejap-kejap “aku..ok je”,orang tanya apa-apa “aku...ok je”.tapi aku rasa ok la watak Slash Hj Tapah ni dengan gaya Superstar nya,memang kena kot dengan Pekin.bab Slash nangis time break dengan awek dia memang haram jadah sungguh haha...korang kena tengok cerita ni.banyak part yang akan buat korang terkedu ah...macam bab Rimba Bara kena pelingkup,bab sepupu Slash mati isap dadah.dalam duk melawak secara sinis,Mamat Khalid banyak jugak letak unsur nasihat dalam filem ni.

Tapi yang aku tak berapa gemar dalam filem ni adalah dari segi kostum dia,aku nak komen pon tak reti sebenar nya.sebab aku bukan hidup di zaman tu,aku membesar di zaman tu,tapi aku meng’rock’ di zaman Nu Metal kot.itu yang buat aku tak faham kenapa dia punya kostum tu ntah hapa-hapa & agak keterlaluan bagi aku.mungkin itulah realiti nya dizaman tu.di zaman aku [ceh perasan superstar dah...]kitorang just pakai tshirt band,seluar jean sizen & converse.memang agak lain lah.Mamat Khalid nak tunjuk pada penonton realiti sebenarnya,tapi aku rasa penonton perempuan tak suka kostum yang sebegitu.ini aku rasa boleh mematikan mood kaum perempuan untuk layan filem ni.apa-apa pon ini filem untuk rockers kan...nak taknak terima je lah.dah laki korang beli tiket mahal-mahal,layan kan je la.korang layan kan je ‘Teratai’ versi Que aku rasa itu dah memadai hahaha.

Rimba Bara Comeback!!!

Ooii...panjang nya review,kalah wartawan BH & Pancaindera KAHKAHKAH.ni yang rasa nak buat Magazine sendiri ni KAHKAHKAH.nak buat macamana bang dah filem rockers tunggu lebih 5 tahun.review pon macam lebih 5 tahun la haha.apa-apa pon Rock Oo! Dengan ketiadaan Zack,pada aku korang memang patut layan la.rate berapa?...aku tak pasti la nak letak berapa untuk ‘Rock Oo!’ Ni.kalau dulu untuk ‘Rock’ aku letak 4 bintang.untuk kali ni aku letak 4 jugak kot hehe...layan dulu Trailer 'Rock Oo! Rimba Bara kembali!!' sekian.


Ini pulak OST untuk filem ni



NivSaid:nak download Que cover lagu ‘Teratai’ lah...suara Que hancur lebur.tak caya pergi la tengok sendiri woi!!! KahKahKah.

KUASA KE-TIGA YANG BACUL


Apa itu kuasa ketiga, kuasa ketiga adalah 1 kuasa untuk mengimbangi sistem dua kuasa yang bertelagah.konon nya mereka adalah kuasa yang neutral.pemangkin kepada kestabilan sesuatu keadaan.dan mereka juga boleh menyebelahi sesuatu pihak atas sesuatu perkara.senang cerita pada pandangan aku,kuasa ketiga ni bukan berkuasa pon.mereka adalah golongan manusia yang tiada pendirian dan bacul.mereka mengangkat diri mereka sendiri seperti mana yahudi mengatakan yang kaum yahudi itu adalah “The Special One”.padahal tiada yang istimewa pon mereka ini,Cuma mereka pandai mengambil kesempatan keatas kelemahan sesuatu kaum.ah...jauh pulak aku melengcong,sori Yahudi.bab korang nanti aku bukak kitab lain.kali ni aku cerita pasal pihak yang menggelarkan mereka “kuasa ketiga” dalam politik Malaysia.

Reaksi pertama yang keluar dari mulut aku pasal kuasa ketiga ini alah...”PTUUUIHH,ADA HATI NAK ISYTIHAR DIRI SENDIRI BERKUASA...TUIH3” itu lah reaksi pertama aku.mesti korang pening pikir kan aku bercakap pasal siapa,pasal yahudi kah? Pasal UMNO kah? Perkosa kah?,KJ kah?.tidak,bab adik beradik macai tu kita buka kitab lain pulak.aku sekarang bercakap pasal sekumpulan orang bacul.lebih tepat lagi aku bercakap pasal BERJASA & ISMA yang nak bertanding dalam PRU 13 akan datang,target mereka orang atas pagar.konon nya untuk mengekal kan kuasa orang islam melayu.siapa BERJASA & siapa ISMA itu korang google la sendiri ye.malas aku nak promote diorang kat blog aku nih.tak reti google kalu,suh anak korang explain.ada paham.

So,teori “sekumpulan orang bacul” ni senang je.tersebut lah kisah sekumpulan orang bacul yang mencongak keadaan politik di Malaysia ni.adapun mereka menoleh ke kiri dan melihat segerombolan orang yang berkuasa iaitu BN,mereka pon terliur lah untuk turut berkuasa,mereka fikir ini lah jalan nya mereka memelihara hal orang melayu & islam.tetapi bila di lihat di hadapan BN itu rakyat selalu menge”BOOOO...” & men”TROLL”  BN & bos nya,mereka tak berani untuk turut serta kerana takut di “BOOOO....” & dijadikan bahan lawak juga.maka tak jadi lah mereka untuk turut serta.

Mereka toleh pula ke kanan...melihat orang yang bijak pandai berhujah.adapon pihak di belah kanan ini di panggil PR atau Pakatan Rakyat.di dalam nya penuh alim ulama & juga ilmuan.sekali lagi mereka terliur untuk bekerjasama,tapi ada di kalangan sekumpulan orang bacul ini bertempik “mereka tak pernah mentadbir negara ini,hamba rasa mereka tak mampu mentadbir negara ini” kemudian datang lagi seekor orang bacul menambah bunga “adapon hamba selalu lihat di televisyen pemimpin mereka ini peliwat,peliwat,peliwat” mendengar saja hujah dari beberapa ekor bahlol,mereka pon mengambil keputusan untuk tidak turut serta dalam PR.

Maka mereka pon jadi manusia yang amat bingung dengan keadaan mereka,kiri tak betul kanan tak betul pada mereka.tiba-tiba seekor lagi orang bacul memberi buah fikiran.apa kata kita duduk di tengah-tengah kita jadi pihak ketiga.kalau belah sini menang kita pergi belah sini,kalau belah sana menang kita pergi belah sana. kalau dua-dua tak mahu kan kita,kita boleh pergi mampos KAHKAHKAH.maka mereka pon setuju sepetak suara.

Adapon dalam kitab bolasepak.manusia ini dipanggil “LALANG”.lalang ini selalu lah di BOOOO.... sebab mereka tiada pendirian & lidah mereka bercabang 18.mereka nak semeja dengan M.U tapi di halau,mereka nak duduk dengan geng Arsenal tapi di ejek,mereka cuba berbaik dengan puak Chelsea tapi di cemuh,mereka cuba bersembang dengan fans Liverpool tapi serta merta di patuk sampai lebam KAHKAHKAH.belum lagi game start,sekumpulan orang bacul ini di BOOOOO....kerana sangat menjengkelkan KAHKAHKAH.

ISMA akan bertanding atas tiket BERJASA...elok sangat la geng-geng serpih ni bergabung

So kepada pengundi atas pagar di kawasan PARLIMEN:P017 Padang Serai,P072 Tapah,P116 Wangsa Maju,P097 Selayang dan banyak lagi kerusi yang bakal mereka memecah kan undi melayu & islam,aku harap korang BOOOO... “lalang” atau “sekumpulan orang bacul” ini.seperti mana orang penang BOOOOO...Najib.maka orang bacul macam BERJASA & ISMA ini harus di BOOOO... berganda-ganda.kepada ISMA,kalau korang rasa nak jaga kedaulatan islam dan juga keutuhan melayu baik lah berpendirian teguh & tidak takut kepada tekanan dari pelbagai pihak.BERJASA??? no komen...tak relevan kot untuk generasi muda sekarang.

Isytihar je korang ni proksi UMNO...senang skit MG nak Troll lu olang

NivSaid:orang kata diorang ni alat BN untuk menang PRU13,aku tak salah kan BN dalam hal ni...sebab “sekumpulan orang bacul” ini adalah MORON!!!

Sunday 24 February 2013

MASALAH ORANG PAS BARU


ORANG PAS BARU
Ok maksud tajuk kat atas tu buka nya PAS yang baru,tapi orang yang baru je jadi ahli @ menyokong @ minat & yang seangkatan dengan nya.baru-baru ni banyak sangat media macai (korang tau sendiri lah ye) duk memburuk-buruk kan PAS,banyak sangat fitnah di reka untuk melemahkan PAS.maklumlah dah dekat nak PRU13,kata orang selagi boleh fitnah kita fitnah lah kata bos macai.lagipon mungkin ini tahun terakhir BN berkuasa esok-esok mana tahu jatuh tersungkur di laman sendiri.hmmm sekarang aku bukan nak bercakap pasal media macai BN.aku nak highlightkan 1 benda yang menjadi masalah kepada penyokong PAS yang baru ni,bila mana pemimpin-pemimpin PAS di fitnah macam-macam.sudah tentu ada yang termakan hasutan fitnah ini & mula timbul syak wasangka mereka kepada para pemimpin.

Sebagai contoh kes Nik Zawawi iaitu setiausaha majlis syura PAS yang bergambar dengan Chua Soi Lek,kes TGNA panggil penerima BR1M sebagai haiwan dan yang paling baru sekali kes TGHH kata penerima BR1M sebagai "bodoh" .aku percaya semua kes ni orang PAS yang baru berjinak-jinak dengan politik akan mempersoalkan,”kenapa pemimpin mereka begitu” ataupun “ah sama je UMNO dengan PAS orang politik macam ni la”.macam tu lah lebih kurang ayat-ayat akan keluar dari mulut orang-orang yang baru nak sokong PAS &PR ni.baru tengok gambar,baru baca tajuk artikel,baru dengar cakap-cakap kedai kopi.dah melatah tak tentu pasal.
Gambar yang buat blogger & penyokong baru PR melatah

Penyakit melatah ni juga ada pada sesetengah Blogger pro PR,dengan bangga & konon nya dialah pandai.tanya soalan seolah-olah benda tu betul,letak tajuk entri tu macam kes tu betul-betul terjadi.orang yang baca pon terima je la apa yang diberitahu,tanpa ada selidik dulu.ini lemah nya orang kita,suka sangat terima bulat-bulat cakap-cakap kosong ataupon spekulasi.cuba belajar untuk menilai sesebuah berita tu dulu.cuba tanya orang yang lebih tahu,tanya orang sekeliling mana tahu ada yang tahu cerita sebenar nya.macam kes Nik Zawawi tu,cerita sebenar nya dia pergi konvensyen dekat oversea bersama-sama CSL & Shahidan Kasim.dah 1 negara ambil gambar sama-sama lah.apa masalah nya nak bergambar dengan orang senegara.

Macam juga kes TGNA cakap “penerima BR1M tu macam haiwan”,mula la ada mulut yang serong bertanya.”TGNA cakap macam tu ke? Kenapa dia cakap macam tu? Tak patut betul TGNA kata macam tu kat penerima BR1M tu” begitu lah lebih kurang yang terkeluar dari mulut oaring yang baru menyokong PR ni.sebenar nya disini aku boleh nampak yang mereka sebenar nya tidak yakin dengan PAS atau PR,mereka menyokong PR sebab dah banyak kali kena tiow dengan BN.diorang dah insaf & buka sebelah mata,tapi masih lagi ragu-ragu dengan pemimpin PR.ini adalah FAKTA!!!.kenapa mereka ragu-ragu dengan pemimpin PR,senang je…sebab nereka masih lagi tengok berita & baca surat khabar media macai!!!.cuba kalau korang yakin dengan TGNA mesti korang akan cari kebenaran nya.pastu korang akan tahu..”oooo…TGNA guna ayat perumpamaan rupanya”.kan senang macam tu.

Penjelasan TGNA mengenai ucapan beliau

Nasihat aku disini (perghhh dah macam otai PAS dah aku ni kehkehkeh).sebelum buka mulut untuk menceritakan sesuatu spekulasi tu,elok siasat dulu & kaji dulu.belajar untuk menilai dan memahami cerita atau keadaan sebenar sesebuah kes.jangan cepat menyampaikan benda yang belum sahih,orang melayu macam ni la.tak habis-habis bergosip.dah tinggalkan dunia hiburan tapi masih lagi nak bergosip.yang jadi mangsa nya pemimpin sendiri.cuba tanam kan keyakinan pada ahli ulama yang memimpin.yakin dengan “ ISLAM” agama yang korang anuti tu sendiri.lagi satu..sudah-sudah la tengok berita utama macai tu,tengok drama korea ke filipin ke mexico ke itu boleh dimaafkan janji korang tak layan berita utama macai KAHKAHKAH.

NivSaid:aku pernah dengar sorang ustaz ni cakap “entah-entah betul Anwar tu kaki liwat,kalau tak,takkan ada je kes liwat dia” hah camtu sekali penangan media macai.sampai sorang ustaz pon terpengaruh.gila power media macai ni.

ANTARA KICAP BERLOGO ‘BN’ & KEROPOK CAP ‘PAS’


Ramai la yang duk tanya aku pasal gambar kicap Tamin yang ada pelekat BN tu.jawapan aku senang je,tak ada hal la beb itu hak diorang nak berkempen,dah kalau si Tamin tu setuju untuk di jadikan alat berkempen,kita nak cakap apa.lantak dia la.setakat ni si Tamin tu tak Nampak lagi perjuangan PR dan rasa selesa dengan BN.mungkin 1 hari nanti dia akan celik.kitak tau maa..pada aku kicap Tamin yang berpelekat BN tu tak ada salah nya.Cuma nya kalau orang tu anti BN dia takkan beli dah kicap Tamin tu…dah rugi kat situ si Tamin ni.kalau macai mungkin diorang beli se”bundle” kot KAHKAHKAH.

Lepas tu ada sorang mamat ni tanya aku soalan konon nya trick la…trick bejambul ko la mamat!!!.dia punya soalan “dah tu yang PAS duk letak logo kat keropok tu,korang tak komplen plak?”bapak senang nya soalan camni.tak mencabar otak aku langsung soalan mamat ni.jawapan dia mudah je,camni haa...


KEROPOK “PAS”= keropok ni di jual dengan berlogo PAS adalah bertujuan untuk mencari dana untuk parti bergerak.maklum lah PAS kan parti sengkek (kata macai).jadi untuk menjalan kan parti kena ada duit,tengok sekarang PAS dah keluar dengan” Mobile Stage” iaitu treler yang di ubah suai untuk senang kerja nak berkempen esok hari.so pada aku keropok berlogo PAS ni tak ada salah nya.sebab ia adalah untuk mengumpul dana parti.ada ko Nampak kat kedai-kedai runcit biasa,tak ada kan.diorang hanya jual kat ceramah-ceramah je.kalau ada pon aku tak rasa ia salah.hak rakyat Malaysia maa…dia nak beli dia punya suka.ko “macai”,ko tak payah la beli.


KICAP “BN”=adapun kicap Tamin ni di tampal logo BN adalah semata-mata untuk berkempen,tak kisah la ko nak bagi kat orang kampong ke macai ke perkosa ke…ia masih lagi bersifat “kempen”.dah macam-macam kempen ko sumbat dalam otak orang Malaysia.hari ini ko nak suruh orang miskin yang makan kicap “bersyukur” dengan BN? Pergi mampos la dengan taktik sebegini.pada aku si Tamin ni tak salah,yang salah nya BN.menggunakan bahan makanan harian untuk berkempen.dah terdesak sangat la tu sampai kopi ada gambar Najib,kicap logo BN.buang tebiat nak mampos.KAHKAHKAH.

NivSaid:nasib baik aku dah lama tak makan kicap kekeke

KRONOLOGI PEMBELIAN SEBUAH KAMERA


Akhir nya cita-cita aku nak rembat kamera Micro Four Third terlaksana jua hehe.apa itu kamera Micro Four Third? Secara ringkas nya aku boleh cakap yang kamera ni adalah kamera jenis kompak yang boleh tukar lens…sekian.so di ringkas kan cerita nya akhir nya aku berkeputusan untuk beli Olympus PEN lite 3.kali ni aku bukan nak cerita pasal Olympus E-PL3 ni tapi nak cerita kat korang kronologi macamana akhir nya Olympus ni jadi pilihan aku.

Minggu Pertama
Sebenar nya aku berkenan sangat dengan kamera Micro Four Third ni sebab ia kecik kompak tapi hasil dia boleh menyamai kamera DSLR.so aku mula-mula tangkap syok kat Panasonic  Lumix.bermula la proses meng”usha” menatang ni.sesampai nya aku kat kedai kamera aku pon Tanya la amoi kedai tu.”Moi saya nak tengok Lumix GF3” amoi tadi balas balik “sekarang suda keluar itu GF5 lor..” “tapi saya ada lagi bagus dari itu Panasonic maa,itu Nikon J1” so amoi tadi beria-ria terang kat aku pasal Nikon J1 ni.itu ini begitu begini memang aku pon macam termakan racun amoi tadi huhu…so aku pon balik.dalam hati aku cakap “Ok jugak Nikon tadi,lagipon Nikon memang expert bab kamera ni” aku buat andaian sendiri.
Mula-mula nak beli natang ni laa
Nikon J1 yang di offer oleh amoi tersebut

Minggu Kedua
Berbekal kan maklumat yang amoi tu bagi kat aku pasal Nikon J1,jadi aku pon pergi la usha kat kedai lain pulak.”Bos,Nikon J1 full set berapa ya,saya mau tengok” “itu J1 aaa sudah turun harga la bro,ini barang cepat turun harga pasal dia kurang function,wa ada lagi bagus dari ini barang” “SONY NEX” sambil ambil Sony NEX bagi kat aku,pulak dah,ada lagi best dari Nikon pulak.hari tu usha Lumix amoi kedai ofer J1,sekarang usha J1 tokey kedai ni ofer NEX pulak.so aku pon layan la tokey ni cerita pasal betapa bagus nya Sony NEX ni,cerita pasal sensor lagi besar dari J1 la,itu la ini la.aku sekali lagi macam termakan racun tokey tadi.haissshhh…dalam otak aku fikir ok jugak Sony NEX tu [Nampak sangat aku senang kena racun huhu..]
Sony NEX 5n

Minggu ketiga
Jadi aku pon telah membuat keputusan bahawasa nya aku akan beli Sony NEX,lantak la apa nak jadi.kalau kedai ofer ada lagi baik dari tuh aku tetap takkan berganjak untuk memilih Sony NEX.sampai je kat kedai [kedai yang aku pegi usha Lumix],”Moi saya mau beli itu Sony NEX..”dengan konfiden nya aku cakap kat amoi tu.”ooo itu NEX aaa…ada-ada sekejap aaa””ini bagus punya kamera tapi saya ada lagi bagus dari ini kamera””ada lagi bagus ke…apa brand tu” aku buat-buat tanya sambil tepuk dahi.adoi la tiap kali aku tanya mesti ada agi bagus,lagi bagus,lagi bagus…sampai bile tak habis hmmm.”ini Olympus PEN” amoi tadi keluar dengan kamera Olympus.so aku buat kesekian kali nya layan la amoi terangkan kat aku kelebihan Olympus E-PL3 pastu ofer barang free kalau aku beli kamera ni…Blab bla bla,sekali lagi aku termakan racun.setelah di racun dengan banyak sekali aku pon amik je la Olympus PEN.
Olympus E-PL3 akhir di rembat terus

Begitu la cerita nya macamana aku akhir nya merembat Olympus E-PL3 ni.agak puas hati la aku dapat rembat kamera Micro Four Third brand Olympus ni.nampak sangat aku ni senang di pengaruhi,senang diracuni hehe…tapi aku tak ada la kena racun sampai tertipu.at least diorang racun aku untuk bagi yang best.aku dapat lebih separuh harga tau untuk Olympus ni.so aku pon telah menambah koleksi gadjet dalam beg aku ni.nampak nya beg aku dah jadi sendat dengan gadjet.terpaksa la beli beg yang lagi besa nak sumbat segala macam.

NivSaid:Lepas seminggu pakai E-PL3 ni aku terfikir “kalau aku amik OMD ok gak ni” tuu diaaa…

Friday 15 February 2013

MASJID PUTRAJAYA YANG MERIAH TAPI KOSONG


Baru-baru ni aku saja je jalan-jalan ke Putrajaya.tujuan utama aku nak test kamera yang aku baru beli sambil test power.dalam pukul 10 gitu la aku sampai ke Putrajaya.aku ingat nak start amik gambar dari PICC pastu terus je menghala ke Masjid Putrajaya Putra Perdana.aku pon snap la beberapa building kat tepi-tepi tu,jalan kejap berhenti,jalan kejap berhenti camtu la.
 Sori gambar tak berapa cantik...

 



Sampai la nak dekat Masjid Putrajaya,aku tengok berderet dah kereta parking kat tepi jalan menghala ke masjid.masuk je kat roundbout aku tengok orang ramai kereta pon banyak,memang sendat habis kat dataran depan masjid tu.aku ingat kan ada event apa la sampai orang ramai macam tu sekali.bila aku pusing satu round tak Nampak pulak macam ada event,tapi orang lepak memang ramai siap bawak anak-anak.nak cari parking pon susah kat roundbout tu.last-last aku parking kat Food Court belakang Putra Perdana.memang dah jadi kebiasaan diorang kot lepak kat situ santai-santai bawak anak sekali.

Jadi aku pon terfikir…alangkah bagus nya kalau Masjid Putrajaya ni buat kuliah hujung minggu lewat malam.rugi la orang ramai lepak kat dataran depan tu tapi sekadar lepak je dengan tak ada pengisian.alang-alang orang dah lepak kat situ buat la kuliah santai je,tak pon pasang je kuliah multimedia,CD ke apa ke,pasang skrin besar.sambil-sambil santai boleh jugak ilmu.ada juga manfaat nya datang jauh-jauh hehe.

Dah lewat la,tok imam,AJK pon ada kehidupan & hal masing-masing.bro bab dakwah ni tak kira masa,ala buat hujung minggu je bro.takkan tu pon nak berkira,dakwah untuk islam ni.nuh paderi kristian siang malam siang malam berdakwah bro…daripada orang duk lepak tunggu anak main lampu-lampu,baik la di isi dengan ilmu akhirat.buka kuliah yang simple-simple je,berkumpul tengok kuliah kan bagus tu.dekat kan rakyat dengan hal-hal agama kan bagus tu.mula-mula terpaksa dengar sebab tunggu anak main-main kat situ,lama-lama dah melekat dengar kuliah mana kita tahu bro…benda bagus ni,ambil inisiatif ni.ini macam peluang keemasan untuk kita imarahkan masjid kita.

Kalau la Putrajaya ni PR dapat duduk hmmm…penuh orang pergi kuliah agama kat Masjid Putrajaya ni kot,tiap-tiap malam tok-tok guru bertukar giliran.tak dapat bayang la wei kalau TGNA,TGHA,Dato’ Harun Din,Dato’ Ismail Kamus wat kuliah kat masjid ni.konfem meriah Putrajaya.bayang kan kalau satu masa kat Masjid Putrajaya kuliah TGNA kat Masjid Besi pulak kuliah Tuan Ibrahim Tuan Man.pening beb nak pergi kuliah mana satu tak tau haha.

NivSaid:kalau UAI plak wat kuliah,habis penuh dataran tu.ini baru nama nya Negara ISLAM!!!