Monday 30 September 2013

MICHAEL LAUDRUP BAGUS

Michael Laudrup itu bagus
Tapi bagus saja tidak cukup
Perlu kepada tahap genius
Untuk hadapi Arsene Wenger
Kalau dulu mereka gembira
Sekarang mereka berduka lara

Micchu itu striker hebat
Tapi hebat saja tiada guna
Perlu kepada permainan Art
Untuk hadapi back four
Kalau dulu skor dua biji
Sekarang Gnabry boleh skor sebiji

Midfieild Swansea mantap sekali
Tapi mantap saja tiada makna
Perlu kepada tahap power
Untuk meletihkan Jack & Ramsey
Kalau dulu mereka senang
Malam ini Ramsey skor lagi

Malas dah aku nak melalut malam-malam buta begini KahKahKah.ayat pon kelam kabut.takut pula kena pelangkung dekat fan M.U & Man City.

sudah,sudah la tu skor.meluat dah fan M.U tengok KahKahKah





NivSaid:moga-moga Moyes & Pellegrini kena pecat.bosan betul tengok budak-budak Manchester ni main.

Monday 23 September 2013

POKOK TAMAN MERDEKA


Sunday 22 September 2013

HARAPAN PALSU UNTUK STOKE CITY

Malam tadi aku tak boleh tidur,sebab mengenangkan nasib M.U KahKahKah.ok fullstop.cerita banyak pon tak guna,nanti aku pula yang kena maki KahKahKah.

Point di atas tu sangat penting.tapi yang lagi penting Arsenal dapat kutip 3 mata di Emirates,dengan cara yang sangat kejam.Stoke City di beri harapan berupa kepalsuan oleh Arsene Wenger.di saat Arsenal dihadapan dengan gol Ramsey seawal minit ke 5,AW melakukan suatu perkara yang sangat kejam kepada Mark Hughes.Dengan kejam nya AW suruh anak buah nya memberi sebiji jaringan palsu kepada Stoke City.

Kononnya bila mereka dapat score 1 gol maka game akan berubah.mereka fikir dapat menyamakan kedudukan akan buat Arsenal goyang.kau sangat naif Mark Hughes,kau ingat Arsenal ni tahap dia macam Sunderland.dikala Stoke City sangat yakin mereka boleh kekang Arsenal,tak sampai 10 minit Matersacker dengan mudah meletakkan Arsenal di depan lagi.dua kali cuba dengan gaya yang sama sahaja sudah masuk.apa kau ingat dekat sini striker je boleh score?.

Dalam pada Stoke City masih lagi mencari sinar baru.AW masih lagi bersifat kejam,dengan menyuruh seorang lagi defend score gol.Sagna yang suka buat overlaping tapi fail bab marking menambah 1 lagi gol buat Arsenal.sekali lagi aku nak ulang,apa kau ingat dekat sini striker je boleh score? KahKahKah.kedudukan 3-1 sampai sudah.

Malam tadi Giroud tak banyak dapat bola,jadi aku ingat AW akan tukar dia dengan Bendtner.tapi AW tukar dengan Arteta pula.aku jadi geram,sebab aku fikir AW sudah mula main-main.tapi sekurang-kurangnya Arteta main 10x lagi bagus dari Fellaini kat M.U tu KahKahKah.walaupon skil Arteta ni serupa bangang tapi masih lagi berani dan mahu dribble bola dan bukak game.tak macam Fellaini yang sentuh bola tak sampai 0.0000005 saat,lepas tu passing kat belakang.

Dapat beza tak KahKahKah

Game tadi AW buat lagak lagi dengan meletakkan Gnabry main first XI.mula-mula aku tak berapa harap juga.lama aku perhati,boleh tahan juga mamat ni.dah boleh main Capital One ni,tak payah susah-susah suruh Walcott main Cup kecik.Fokus pada EPL & UCL,bagi budak-budak main Cup kecik.pehhh!!! sifat angkuh AW dah jatuh kat aku.aku masih lagi tak boleh tidur sehingga entry ni habis aku taip.



NivSaid:Liverpool No5 KahKahKah....mambo.mambo!!!

Thursday 19 September 2013

TAKDE INCOME

Ringkas nya aku buat blog ni bukan untuk dapat income pon.tapi aku tengok blog-blog gadis gedik boleh buat income,aku pon ade terfikir juga.apa salah nya kalau aku buat income dengan blog aku ni.mak aku cakap sambil buat biskut konflakes sambil ratah konflakes,jadi aku pon pasang la iklan dekat blog aku ni.itu cerita dulu,masa tengah panas ber blog.

Tapi lama kelamaan aku dah malas nak update iklan.entry pon jarang jugak kahkahkah.akaun ChurpChurp aku yang rm3.40 tu tak berganjak walau 1 sen pon setelah 2 tahun kahkahkah.nampak sangat aku ni tak reti buat income.mungkin sifat anti kapitalis buat aku malas nak melayan benda-benda macam tu.

Iklan yang terbiar agak dalam setahun lebih juga [dalam bulatan merah]

Rm3.40 je :)

Lagi pon bila aku jengok blog-blog yang indie,memang diorang takde iklan langsung kat blog.masing-masing bukan kaya mana pon,tapi masih teguh dengan prinsip.tambah lagi diorang jenis tak pandang duit.ini membuat kan aku berfikir dan kembali kepada akar prinsip punk.buat blog bukan untuk kaya.

Jadi bermula dari hari ni,Fiction No8 ni bebas dari sebarang iklan.aku malas nak letak,lagipon orang yang masuk sini bukan rajin nak klik pon.puas aku pujuk tak nak nye klik iklan tu.takpe aku tak marah,aku tak maki.aku bukan sang kapitalis yang buat duit berdasarkan benda yang bukan-bukan.orang datang sini baca blog,tanpa ada gangguan mental dari iklan.



NivSaid:bukti bahawasa nya aku ini anti kapitalis KahKahKah.

Wednesday 18 September 2013

DARI WhenNivLeftOfTheFire KE Fiction No8

Aku nak minta maaf awal-awal kepada sesiapa atau pembaca blog aku ni.aku tukar URL tanpa pengetahuan kau orang.URL WhenNivLeftOfTheFire tu memang dah takde dan tak akan ada.jadi aku minta maaf sebab buat kau orang kecewa.

Dulu-dulu aku buka blog ni untuk suka-suka,masa tu cadang nak buat macam-macam entry.dari lawak ke politik.lepas tu bila aku review balik blog aku ni,aku tengok banyak post pasal politik.”alamak dah macam blog politik la pula” getus aku dalam hati.kandungan dalam blog ni pon banyak yang serius.jadi aku fikir tentu orang ‘cemuh’ [slang klate] atau ‘cemuih’ [slang utara] atau boring dengan content kat dalam ni.asyik cerita pasal politik je.

So untuk taknak nampak blog aku ni serius kearah politik je.aku terpaksa melakukan penjenamaan semula atau rebranding bak kata Najib KahKahKah.lama juga aku fikir buat tema apa blog ni dan apa ke nama baru blog aku ni.berbulan-bulan lama nya aku cari ilham nak rebranding blog ni.akhir aku buat keputusan untuk menetapkan ‘Fiksyen’ sebagai tunjang utama penggerak blog ni.

Disamping entry pasal Arsenal dan politik.aku janji kali ni aku taknak serius buat entry politik.nak politik aku ada saluran lain,ok.bukan aku taknak berpolitik Cuma aku kurangkan dekat sini saja.dekat tempat lain tetap berpolitik KahKahKah,slow and steady kata pakcik aku.di sebab kan di tunjangi dengan cerita-cerita dan entry fiksyen,maka blog ini aku namakan “FICTION No8”.atau bahasa melayu nya Fiksyen Nombor Lapan.

Selamat tinggal WNLOTF :(

Tapi yang celaka nya bila aku tukar URL dari WhenNivLeftOfTheFire ke Fictionno8,dia jadi macam bangang.google pulak tak detect.jadi orang nak search dekat google pon susah atau tak jumpa.terpaksa la aku tempek dekat wall FB aku.nak bagi orang tahu yang URL blog aku dah bertukar.rupanya nak rebranding ni pon terpaksa berkorban juga.macam kau start buat blog baru.jahanam betul KahKahKah.lepas ni taubat aku taknak tukar nama dan URL blog dah,biar je nama Fiction No8 ni.



NivSaid:Harap-harap nama blog ni kekal sampai anak aku ambil alih nanti fuhhh!!!....penuh ke’fiksyen’nan.

Tuesday 17 September 2013

OZIL BERMAIN BOLA

Aku tak dapat layan full game Arsenal lawan Sunderland.sebab orang pakat tengok piala syok sendiri FAM.aku malas mencarut,jadi aku lupakan ‘kehebatan’ Rozaimi & Edstal yang di ulang-ulang penyokong HM.habis je final Pestabola Merdeka,aku dengan angkuh nya suruh ane pegi tukar channel.aku nak tengok orang main bola,bukan nak tengok orang angkat piala syok sendiri!!!

Tukar je channel aku tengok separuh masa pertama dah nak habis,dengan Arsenal mendahului 1 gol.hasil dari gerakan Ozil yang pada aku sangat simple tapi bergaya.ini yang aku suka pasal Ozil,cara die main mengingat kan aku pada Zidane.jarang orang dapat sentuh & tackle dia.tak perlu nak bergasak dengan defend,main rilek-rilek dan Art je.janji ko dribble bola sampai defend tergeliat buku lali KahKahKah.main dengan tenang,ini lah nama nya bermain bola sepak.

Arsenal+Ozil+Art=Class

Ini bukan kesebelasan utama yang kekal bagi aku,sebab Cazorla & Rosicky pon tak main malam tu.Sunderland main tak macam Spur itu hari,diorang lebih tersusun berbanding Spurs.gerakan-gerakan mereka ada juga yang bahaya,membuatkan Szczesny kena kerja kuat.ketidak’perform’man Sagna juga memberi ruang pada Sunderland untuk dapat 1 gol.patut nya AW awal-awal lagi masukkan Vermaelen,sebab aku tengok Sagna macam hilang punca.

Walcott juga tak kurang bangang nya.aku rasa ada dua kali bangang dia buat,yang memang sah-sah kau boleh score tapi kau bangang.tapi aku tau apa yang terjadi sebenarnya,sebab utamanya Ramsey dah pindah bangang yang ada pada dia kepada Walcott.dengan sebab itu Ramsey dapat score 2 biji dengan bergaya.gol pertama memang dahsyat habis,gol kedua tu gaya gol Arsenal zaman Henry.

Di akhir game Giroud injured di sebabkan Walcott bangang passing bola laju-laju sampai lari timing Giroud untuk merembat.bahana nya,kaki Giroud tersangkut dan buku lali injured.walaupon dia dah tweet cakap buku lali dia ok,tapi aku rasa Giroud tak dapat main dalam 1 atau 2 game.tapi yang bagusnya kita boleh test ‘tag-team’ Germany iaitu Ozil+Podolski yang sememang nya dekat eropah orang gerun.kita boleh tengok assist Art dari Ozil dengan penyudah Lethal dari Podolski.

Akhir kata Arsenal menang 3-1 keatas Sunderland.Arsenal No1 woi!!! [entry ni lambat,sekarang Arsenal no2]KahKahKah.Power!!!



NivSaid:lambat pulak aku publish entry ni,ini kes tertinggal flash drive kat ofis la ni.

Monday 16 September 2013

MISTERI BUKU TERBANG

Cikgu Amalin yang suam-suam garang memulakan kelas dengan menulis di papan hitam di hadapan kami.banyak juga yang di tulis nya.”aduh...lenguh tangan nak menyalin banyak-banyak ni” aku mengeluh dalam hati.Johany ni sebelah aku masih lagi menongkat dagu merenung masa hadapan yang jauh keluar tingkap.

Aku masih lagi menunggu arahan dari Cikgu Amalin,beberapa ketika kemudian dia berhenti menulis & duduk kembali di kerusi.

“semalam saya ada bagi kerja rumah kan....sebelum kita mulakan kelas hari ni,Cikgu nak Sarah kutip kerja rumah kamu semua” Cikgu Amalin bersuara dengan nada sederhana.aku toleh ke belakang untuk mencapai buku dalam beg.tiba-tiba aku teringat...”alamak,semalam lepas tengok gusti aku terus tido” terdetik dalam benak yang aku tak buat pon kerja rumah malam tadi.tapi aku cari juga buku kerja rumah dalam beg,puas aku menggagau namun tak muncul-muncul buku yang di cari.

Sarah sudah dekat dengan meja aku.”ah!!!...lantak lah” itu saja yang mampu aku fikir dalam keadaan sebegitu.aku bagitahu Sarah yang buku aku hilang,dia membulat kan mata yang sediada bulat.tak sampai lima saat dia tenung aku,Sarah memanggil Cikgu Amalin dan mengadu pasal aku tak bawa buku kerja rumah yang diminta.dalam masa yang sama otak aku dah senak memikirkan mana pergi nya buku aku.
“mana kerja rumah yang saya bagi semalam?” Cikgu Amalin menyoal aku dengan tahap suara yang tinggi dari biasa.

Aku tunduk ke lantai...sambil-sambil menyusun kata.”saya tak tahu mana pergi nya buku....”

Belum sempat aku habiskan ayat,Johany bangun & berkata-kata dengan konfiden.

“Sebenarnya Cikgu,masa saya tengah buat kerja rumah....saya terlihat seakan-akan benda terbang di luar rumah” Johany membuka bicara nya.

“jadi saya buka lah tingkap sebab nak tengok apa yang terbang,cikgu nak tahu apa yang terbang tu?” berani betul si Johany ni reka cerita,siap boleh tanya Cikgu Amalin lagi tu.aku dah rasa seram sejuk.

“apa benda yang terbang tu Johany ?”

“yang terbang tu....buku Niv dengan pensil box nya sekali cikgu,dia terbang terus masuk ke bilik saya” terang Johany bersungguh sambil mengeluarkan buku kerja rumah & pensil box aku dari beg galas.memang betul itu lah buku & pensil box aku.

Jadi pagi tu aku tak dikenakan denda.sebab aku sendiri pon tak tahu macamana buku tu boleh ada pada Johany & pasal kejadian “Buku Terbang” tu.sampai hari ni aku masih lagi memikir kan tentang misteri yang terjadi antara aku & Johany.dah 20 tahun kejadian tu aku masih lagi terkial-kial mencari logik nya kejadian “Buku Terbang” tersebut.kawan aku si Johany pon aku dah tak tahu kat mana dia stay sekarang.kalau aku jumpa dia,nak tak nak aku mesti tanya dia pasal “Misteri Buku Terbang” 20 tahun dulu kahkahkah.


NivSaid:Ini cerita separuh fiksyen woi...bukan betul-betul terjadi.korang jangan gelakkan aku pulak hahaha...cilake!!!

Wednesday 11 September 2013

KAWAN SEFAKAP

Malam tadi aku rasa dah semak sangat,jadi aku keluar untuk ambil angin.mana tahu boleh reda semak dan kalau-kalau ada idea baru muncul waktu aku bawa kereta,mana tahu kan.aku takde hala tuju sebenarnya,main start je kereta lepas tu jalan terus.pasang radio kuat-kuat layan lagu “Sandiwara Macai” kugiran dari indon,best jugak layan tukar lirik original ni jadi lagu macai [nanti aku post lirik lagu ni].

Masa bawa kereta tu macam-macam aku fikir,kemudian aku teringat ‘kawan sefakap’ aku.lama benar aku tak lepak dengan dia,sejak kami beralih arah dari 1 tempat tu,memang susah jugak nak lepak dengan dia.sudah lama kami tak pekena kari kambing kat sini.aku ceduk kari kambing sesedap nafsu.aku tengok dia ambil sejemput saja kambing.”jimat ke?” soal aku.”tak adalah,taknak tanggung risiko beb kahkahkah” kami berdekah depan lauk.tak sopan.
lama betul aku tak layan benda ni fuhhhhh....

jadi malam tadi lepas habis layan bola.aku mengemukakan isu-isu panas di sekitar kami,dari kenaikan harga petrol,menteri jahanam,TPPA,MRT,bini tak dapat kerja,sifat anti kapitalis kami,subsidi halimunan,macai sambung phd kat UK,tak kurang juga pasal persediaan kami untuk turun ke jalanraya lagi sekali.kali ini memang serius,banyak isu terkumpul perlu di bahas malam ni.

Setelah berjam-jam berdiskusi itu ini begitu begini isu,yang aku dapat simpulkan malam ini adalah:

“YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG BERCICIRAN”

Duk kejar dunia tapi tetap fakap sampai bila-bila,sampai ambil lewa ibadat dan tiada bekalan ke akhirat.kat dunia aku miskin kat akhirat aku fakir.inilah ujian untuk umat akhir zaman.



NivSaid:kawan-kawan sefakap marilah kita terajang kerajaan bangsat sampai koma!!!

Sunday 8 September 2013

AWEK & STATISTIK

Aku sampai lambat sikit pada waktu yang di janji kan...biasa la,aku orang melayu tulin.budaya lambat ni memang diamal kan zaman berzaman.aku senyum macho pada dia yang tengah menikmati spagetti seafood.aku tarik kerusi dan duduk berhadapan,cantik sungguh dia malam tu.senyum manis memikat kalbu.

“awak bizi ke hari ni,buat apa hari ni?” soalan sopan datang dari tuannya yang ayu,mata nya yang berkanta lekap tanpa warna tu memandang tepat ke mata aku.

“oh!! Tengah buat statistik & graf...nak tengok berapa jauh Arsenal boleh pergi musim ni” jujur jawapan aku.

Suasana jadi hening agak dalam seminit sebelum dia kembali menyambung membelit-belit spagetti di garfu.tiba-tiba aku macam tersedar & rasa serba tak kena.

“cilake!!!...apasal kau tak cakap tadi” getus aku dalam hati.

Lebih kurang sejam kemudian kami bersurai memandang kan hari sudah lewat malam.

Masuk je dalam kereta aku hantuk kepala dekat stereng seraya berkata “bangang!!! Apasal kau cakap pasal bola dengan awek,dah takde benda lain ke kau nak cerita.bangang!!!”


Selepas dari peristiwa tu,awek tu dah kurang kontek aku walaupon dia cakap dia suka aku.

NivSaid:tiap kali aku lalu dekat-dekat situ aku rasa nak gelak je KahKahKah.

Tuesday 3 September 2013

MINYAK NAIK & TIGA PERKARA

Tiga perkara yang berkaitan & tak berkaitan dengan kenaikan harga petrol Ron95 berlegar dalam kepala aku pagi semalam.

1:Rakyat malaysia yang serupa dubuk,berpusu-pusu pergi menyerang petrol pump macam esok nak kiamat.macam la kereta kau tu boleh isi 1000 liter petrol.bangang bak bani israil.

2:Logik macai “20 sen je la wei...bukan Rm20”.kau ni bahlol!!! fail ilmu hisab.




3:Aku lebih suka dengar berita transfer Mesut Ozil ke Arsenal...Assalamualaikum Ozil.selamat datang ke London.semoga berjaya di Emirates.

Future LEGEND???


NivSaid:bile agak-agak nak turun ke jalanraya lagi...kaki dah gatal ni.

Monday 2 September 2013

SUPER SUNDAY [nasib berbeza dua ekor ayam]

Pukul 8 malam aku sudah siap cop tempat sambil membuka diskusi bersama tokey kedai.cerita pasal player transfer memang tak habis-habis dibincangkan kali ini.paling panas bilamana nama Mesut Ozil dikaitkan dengan Arsenal.memang panjang tak sudah diskusi malam tadi.sampaikan tak sedar perlawan antara Ayam lawan Setan Merah sudah mula.

Bermain di reban sendiri bukan masalah besar bagi pasukan Ayam.Setan Merah yang geli geleman dengan tahi-tahi sekeliling jadi makin hilang punca.memang jelas mereka serupa mati selera berlawan,buat kan aku terfikir “apa bangang Chelsea tak boleh kalah kan geng mati kutu ni”.sepatut nya Chelsea boleh menang hari tu.apakan daya,mereka bangang!!!

Awal-awal lagi pasukan Ayam sudah mendapat gol.ayat pertama yang keluar dari mulut aku selepas tengok gol tu “apa bangsat Sturridge dapat nama,padahal Hernandez yang heading laju-laju,faker!!!”.lepas tu aku ingat geng Setan Merah takkan diam.Rupa nya tahi-tahi ayam di seluruh reban memang menganggu rentak mereka sampai sudah.

M.U kalah 0-1 kepada Liverpool.sekian

Pergi kepada game kedua.ini game penting Arsenal.Arsenal lawan pasukan ‘Ayam@Burung yang cuba berdiri atas bola dengan sebelah kaki’.game balas dendam & game tunjuk bagus Arsene Wenger KahKahKah.susah sebenar nya berdepan dengan satu-satu nya pasukan RAGBI di EPL ni.samada kau menang bergaya atau kau kalah dengan kesemua player injured.

ini rangkuman se detail nya untuk perlawanan malam tadi:

Szczesny:Tido....terjaga seketika bila Dembele tersalah sepak ke pintu gol.90% kerja Szesny malam tadi adalah tido,last minit terjaga lagi bila Defoe pula saja-saja shoot.kesian betul,tak lena tido nya.
Jenkinson:Power!!!
Mertesacker:kau tak payah la naik sampai atas...duk bawah sudah.kesian Spurs tu.
Koscielny:tampil dengan kening bertampal,masih lagi trauma kad merah.not bad Bosscielny!!!
Gibbs:Power as you know it!!!
Ramsey:saja shoot kearah langit...nak tunjuk bangang.tapi geng Spurs kelam kabut sebab tak boleh baca stail dia KahKahKah.
Wilshere:masih lagi terpinga-pinga dengan rambut remos beliau...ahh bile la kau nak sedar dari lamunan & cergas seperti sediakala.
Rosicky:Power!!! Tak perlu kata apa-apa.
Cazorla:Power!!! Walaupon kena buli dengan team ragbi,still lagi boleh dribble & buat keeper sakit pinggang.Power!!!
Walcott:tak payah cakap,ini adalah cheetah kami.first assist dah gol.lagi skali assist...malas cakap!!!
Giroud:tipikal gol dari Giroud...aku buat muka berlagak macam Arsene Wenger kat fan M.U masa Giroud score KahKahKah.
Sagna:masuk last minit,takde efek.
Monreal:still average...come on la.
Flamini:bagus lagi rupa nya mamat ni.midfield perlu player camni lah.aku buat-buat lupa yang dia pernah keluar dari Arsenal.
Zalalem,Gnabry & Sanogo...AW suruh kunyah chewing gum sampai keras...tak payah main.first eleven dah power!!!
Podolski:Hamstring pulak dah!!! Jahanam betul...

ARSENAL MENANG 1-0.CAKAP BANYAK TAK GUNA,BUAT SAKIT HATI FAN M.U JE KAHKAHKAH.



NivSaid:aku tak puas hati sebab lawan team Spurs yang lain.bukan yang hari tu.DEMMM!!!

Sunday 1 September 2013

MISI DINDING MERDEKA

Pagi yang indah sebab hari minggu memang aku suka bangun lambat,itu lah yang indah di hari minggu.bangkit dari katil aku lihat jarum pendek jam sudah hampir ke nombor sepuluh.aku melompat terus dari katil.’aish...macamana boleh lewat bangun ni”,aku terus bersiap memandangkan hari ini aku sudah janji dengan Fahmi Reza untuk datang seawal mungkin.

Aku terus pecut kereta ke stesen KTM terdekat.aku tunggu tak sampai 5 minit tren sudah sampai.tapi yang celaka nya tren tu sendat macam sardin.di muka-muka pintu memang tak ada muka melayu & cina,aku lupakan hasrat untuk naik tren tersebut.aku tunggu tren seterus nya...ah cilake,lambat pula.20 minit kemudian aku sampai ke KL Sentral,aku pergi pula mendapatkan Monorail.Monorail itu seperti menunggu aku.

Aku turun di stesen Hang Tuah & menapak hingga ke Taman Merdeka.aku sedikit lega bilamana orang masih tak ramai,makna nya aku masih orang yang terawal.kelihatan Fahmi Reza sedang membidik foto.’Assalamualaikum Fahmi’ aku menegur Fahmi Reza yang asyik mememorikan suasana dalam bentuk gambar ke dalam ipad nya.’Walaikummussalam,wah datang juga kau ye...’ jawab Fahmi Reza sambil menghulurkan salam.’Punk juga kau ni rupa nya’ sambung Fahmi Reza,mungkin sebab dia tengok aku berconverse,berseluar jeans lusuh,berT shirth hitam dengan rambut tak berapa nak sikat.

‘Kau tolong lah apa yang patut,tampal poster ke apa ke’ ujar Fahmi.aku meletakkan beg laptop yang tiada laptop ke lantai.aku keluarkan poster yang aku siapkan semalam.’wooo!!! ada poster sendiri bro,bagus ni’ Fahmi Reza macam excited.’sebelum kau tampal,mari aku ambil gambar kau dengan poster ni dulu’ cadang Fahmi Reza [kau jangan buat senyap pulak dengan gambar aku tu hehe].aku ambil gam pastu tampalkan di DINDING MERDEKA.minta-minta la kekal lama poster ni kat sini.

Sayang pulak aku nak tampal menatang ni...

melekat juga di DINDING MERDEKA...

Sambil-sambil duduk tunggu yang lain,aku tolong apa yang patut.aku perati sorang mamat rock berspek aviator duduk melukis,’bro...buat la satu lagi poster,kertas kosong dah ada’ celah Fahmi Reza.aku fikir sejenak,bagus juga idea  tu tapi apa aku nak buat.aku duduk memandang DINDING MERDEKA.aku berkeputusan untuk menulis pula kali ni.lama juga aku termenung...cilake idea tak datang!!!.sejam lebih juga baru dapat aku siapkan poster kedua.

Orang semakin ramai petang tu tapi aku ambil keputusan untuk minta diri sebab aku ada hal lagi petang tu.selepas bersalam dengan Fahmi Reza & yang lain-lain aku menapak semula ke stesen Hang Tuah.hari minggu dimana orang lain sibuk berdating,tengok kereta kebal mainan di padang dengan ketiak berpeluh,berseronok dengan bendera malaysia yang akhir nya di bawa balik oleh bangla.Aku,Fahmi Reza & lain-lain terus berjuang untuk TAMAN MERDEKA.apa makna merdeka jika warisan sebegini pon tak mampu kita kekalkan.itu belum lagi masuk bab yang lagi besar.MERDEKA KEPALA HANGGUK KAMU!!!

Aku yang tak kacak...tq Fahmi Reza sebab ambil gambar aku.

Aku dah lupa nama Apek ni....aduh!!!

Puisi main hentam.



NivSaid:kalau diorang tanggalkan lagi poster tu siap la...aku ada softcopy boleh print besar punya KahKahKah.