Thursday 24 October 2013

POSKAD UNTUK JURGEN KLOP


NivSaid:Korang baca lah sendiri

Tuesday 22 October 2013

SUNGAI KELANTAN

Tia buat hal lagi...beberapa bulan selepas insiden lukisan dengan awek UPM,Tia kol aku ajak jumpa.katanya lama tak lepak dengan aku.aku pon ok je la,marah aku pada Tia kejap saja.lepas tu insiden tersebut jadi bahan lawak kami.kali ni Tia ajak aku lepak tepi Sungai Kelantan.masa tu waktu makan tengahari.

Dulu-dulu Dolphin pernah berenang dekat sini.

Tia sampai dulu dengan awek dia.bile aku sampai aku tengok Tia tengah bekekek-kekek,nak aje aku hantuk kepala dua orang ni.sampai je dekat meja aku tepuk kepala Tia.”dah takde keje?” soal aku.Tia berhenti berkekek & menghulur salam tanda persahabatan kami masih utuh,walaupon Tia banyak buat hal.sebab aku punya prinsip:seburuk mana kawan kau dia tetap kawan kau,sebab kau pon teruk.

Tengahari tu kami banyak berdiskusi pasal ilmu persilatan & beladiri.sesekali aku menyelit pasal Karl Marx & ideologi komunism nya.awek Tia hanya menjadi pendengar setia kami berborak,sapa suruh kau ikut kitorang lepak.habuan la dengar kami berborak benda yang tak kena mengena dengan kau kahkahkah.

Ditepi kami selang satu meja ada sekumpulan awek solehah.Tia sekali lagi buat perangai bahlol nya,”kau pergi mintak no fon awek yang pakai baju hijau tu”.inilah celaka bila duduk dengan Tia,dia punya cabaran tu kalau kau tak sahut kau akan rasa hina,kalau kau sahut ko kena buat kerja gila.aku setakat cabaran macam tu memang tak heran,mengikut kajian peratusan untuk gagal adalah 50% yang selebih nya ialah ketetapan illahi.

Aku sebenar nya malas nak layan Tia ni.so aku pasang step yang secepat mungkin,taktikal yang sebagus mungkin.aku pergi kat meja pastu tarik kerusi,aku cakap terus terang kat awek tu yang Tia tengah cabar aku.awek tu buat dekk je,die blah dari kedai tu aku ikut sampai pintu kedai.akhir nya dapat jugak.”aku dah cakap Tia...kau cari nahas” ujar aku dalam hati.

Aku sms ke no yang baru aku dapat tadi,”thanks,sebab sudi bagi no fon awak” tak sampai seminit hanset aku berbunyi tanda ada sms masuk.aku senyum selebar alam.aku baca sms itu.

 “Fak” terdetik dalam hati aku.

Aku antara nak gelak dan sayu,dalam hati aku menyumpah Tia tak habis-habis.masuk semula kedalam kedai aku baling kertas yang tertulis no telefon awek tadi.

”nah...jangan sesekali cabar aku kahkahkah” aku gelak tak sudah.

”kau ni sawan ke apa bro...baru dapat no fon dah hilang akal” sampuk Tia melihatkan aku gelak macam nak hilang nyawa.aku bagi Tia baca sms yang awek tadi hantar:

”maaf,saya dah kahwin...dan pragnent 3 bulan”

“Bini orang la BODO!!! KahKahKah”



NivSaid:sejak dari hari tu lama juga aku tak lepak ngan Tia,aku pon dah tak singgah kat kedai tu lepas kes tu.

Sunday 20 October 2013

TEMUBUAL PASUKAN POWER


Malam sabtu yang lepas Arsenal bermain pada tahap ‘Art’ melampau.dengan hanya bermain secara baring mereka masih lagi power menonyoh Norwich City dengan 4 gol berbalas 1.mari kita ikuti wawancara oleh sebuah majalah yang orang tak kenal langsung dengan beberapa pemain Arsenal.

Soalan: Szczesny macamana permainan pasukan anda tadi?,saya kira anda bolos 1 gol.
Szczesny:maaf lah saya banyak tidur dipadang tadi.Boss Arsene suruh saya baring sahaja tapi padang Emirates ni terlalu empuk,terutama nya di bahagian kotak penalti ini.

Soalan:Giroud anda tidak menjaring kan sebarang gol malam ini,tapi anda membuat  assist kepada dua gol.apa komen anda?
Olivier Giroud:saya tak biasa bermain secara baring atau meniarap,tapi saya akan membiasakan diri bermain begini lagi nanti.

Soalan:saya kira gol Norwich City itu berpunca dari anda Per?
Per Metersacker:maaf lah saya terlelap sekejap,saya ingat nak baring-baring sahaja.mana tahu bila saya terlelap mereka mendapat gol,maafkan saya.

Soalan:Koscielny,kamu nampak sangat mengagumkan malam ini.tidak seperti back four yang lain.
Laurent Koscielny:lantak diorang lah nak baring ke apa ke,Boss Arsene bayar saya untuk bermain bola.lagipon saya sudah tidur 12 jam sebelum game ini.

Soalan:Jack,permainan kamu sungguh solid.gol pertama tadi pon yang paling cantik musim ini.
Jack Wilshere:saya cuma mahu Hodgson tahu yang saya bukan pemain England yang tipikal,walaupon bermain secara baring ini adalah suatu yang extraordinary bagi pasukan England,tapi tidak di Emirates.

Soalan:permainan kamu malam ini macam sediakala,tak ada beza samada anda bermain secara baring atau bangun.kamu sudah biasa?
Kieran Gibbs:secara total nya saya main PS3 dengan berbaring dan kaki bersilang,itu banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan gaya permainan malam ini.

Soalan:anda juga seperti Gibbs,seperti sudah biasa bermain secara baring dan masih lagi Art.tidak kekok ke?
Bacary Sagna:saya teman sePS3 Gibbs,apa saja yang dia buat saya pon boleh,jadi tak pelik lah kalau nampak saya macam sudah biasa bermain secara santai dan berbaring.

Soalan:anda masuk menggantikan Flamini yang benjol kepala nya dan anda score 1 gol yang boleh dikatakan cantik,bilakah anda nak berhenti score gol?
Aaron Ramsey:Boss Arsene cakap bermain secara baring dan santai ini menyeronokkan,memang saya seronok kerana membuat fan M.U merah padam muka nya.

Soalan:dua gol dengan gaya yang sangat minimal,apa rahsia anda Ozil?
Mesut Ozil:kadang-kadang bila anda baring sesekali anda akan mengangkat kepala sekejap,mana tahu bola datang tepat pada masa nya.kadang-kadang juga kaki anda akan mengalami refleksi,dan bola itu juga datang tepat pada masa nya.

Soalan:Rosicky,anda juga seperti Koscielny.dikala semua orang bermain secara baring,anda bermain secara meliar.
Tomas Rosicky:saya sekatil dengan Kos.disebabkan saya tak bermain secara baring maka Ozil dapat gol kedua malam ni.puas hati.

Soalan:Arteta,adakah kamu tidur dipadang tadi?,kelibat kamu dilihat tidak menonjol.
Mikel Arteta:adakah kamu buta! Saya ada bersama back four tadi.saya terpaksa kebawah kerana Per & Sagna nampak macam terlelap.saya mengawal gerakan lawan supaya tidak masuk terlalu deep.

Soalan:kamu macam tak berapa suka bermain secara baring,saya nampak permainan kamu macam keras.komen Cazorla?
Santi Cazorla:saya orang Spanish.mak saya tak suka saya bekerja dalam keadaan baring.tapi saya rasa saya menyukai nya.thanks Boss Arsene.

Soalan:anda selalu diletakkan sebagai super subs.tidakkah anda tergugat melihat rakan-rakan bermain secara baring dipadang?
Nicklas Bendtner:saya tak kisah diletakkan dibangku simpanan,kemasukan saya beberapa minit sebelum tamat permainan sudah cukup buat Norwich City haru.lagipon bapa saya adalah seorang lejen di Denmark.

Di akhir nya kami sempat menemuramah pengurus Arsenal yang sangat angkuh.kami dijemput ke bilik rasmi beliau di satu sudut di dalam stadium Emirates yang exklusif ini.kami dihidangkan teh o panas berperisa mint yang didatangkan dari Cameron Highland.ini beberapa soal jawab kami dengan beliau.

Bapa permainan ART.Angkuh+Class.

Soalan:apa perasaan anda mengenai prestasi budak-budak tadika anda?

Arsene Wenger:4 gol yang sangat Art sudah boleh beritahu yang kami memang bagus.gol pertama dari Jack itu memang sangat mengagumkan,selepas di maki hamun oleh saya kerana kes merokok nampak nya Jack sudah matang.gabungan Art+Cool+Class itu membolehkan Jack score dengan mudah.mengenai Ramsey pula,saya kira kepingan Titanium yang menggantikan tulang kering dia memang berbaloi.sampai hari ni kaki nya tak mahu berhenti menendang dengan deras,ini boleh meningkatkan kemarah fan M.U.duit yang melebihi 40milion yang diberi kepada Ancelotti sebagai ganti Ozil pada saya sangat berbaloi,ia sudah melebihi paras balik modal.dua gol dengan sedikit sentuhan Art dari ozil membuktikan yang dia memang dilahirkan untuk diagungkan di Emirates.

Soalan:nampaknya pasukan anda berada pada landasan yang betul pada hari ini dengan mendahului liga.tidakkah anda berasa senang hati dengan keadaan sekarang.

Arsene Wenger:Krismas akan datang dalam sebulan lebih lagi,makna nya liga ini masih panjang.kami belum bertemu dengan pasukan yang gah macam Chelsea,Liverpool,Man City & Southampton jadi kehebatan kami masih lagi belum diuji sepenuh nya.mengenai M.U pula mereka sangat hebat tahun ini dengan beberapa siri kekalahan saya kira Old Trafford akan jadi venue untuk saya cuba Eksperimen Art yang baru tahun ini.saya tak sabar untuk berjumpa dengan Van Persie yang dye rambut putih seolah-olah mendewakan saya.sebelum krismas ini kami perlu buat yang terbaik,dengan jadual game yang sangat padat.

Soalan:Arsenal akan berhadapan dengan Borussia Dortmund untuk UCL.apa persiapan anda.

Arsene Wenger:saya sudah order pokok krismas besar untuk diletakkan di laman rumah,Cuma nya belum dilengkapi lampu kelip-kelip.saya juga sudah renovate pendiang api yang boleh memuatkan seluruh pasukan dari manchester.saya kira itu persediaan yang cukup rapi untuk meraikan nya.mereka jual Gotze kepada Bayern,Reus pula dikaitkan dengan Arsenal.musim lepas mereka sudah rasa kehebatan kami.jadi tiada masalah berdepan dengan pasukan BVB ini, kerana selain Ozil,Per dan Podolski yang fasih betutur bahasa German,saya juga biasa berpantun dalam loghat Bavarian.akhir kata,Arsenal akan menyajikan permainan Art sepanjang musim ini tak kiralah menang trofi ke tidak.janji kami bermain dengan berhemah dan penuh kesenian.



NivSaid:letih weh mengarang entry temubual macam ni.lenguh tangan dengan otak aku.Arsenal punya pasal KahKahKah.

Wednesday 16 October 2013

OPTIMIS

Hari pertama Johan & Jai mendaftar di sekolah menengah.Jai duduk termenung jauh di atas bangku simen.gadis-gadis lalu lalang di depan nya di buat tak endah.nampak sugul sekali riak wajah Jai tengahari itu. Johan tanpa banyak fikiran terus menegur.
‘mung ni bakpo gak Jai...’ bicara Johan sambil membaling anak batu ke arah kasut Pallas Jai.
Jai berpaling lemah berserta kata-kata.
“sekoloh ni takdok padey Jon!!!” lemah sahaja bunyi nya.
Johan terkejut,memang dia tak perasan yang sekolah yang mereka masuk ni tiada padang bola sepak.
’mung bia betul Jai?’ soalan macam tak puas hati keluar dari mulut Johan sambil matanya melilau melihat sekeliling,untuk memastikan kata-kata Jai betul.
’betul...aku round doh sekoloh ni tadi,meme takdok padey Jon!!!’ sedikit tegas memandangkan Johan telah meragui kredibiliti nya.
‘takdok padey,tok semesti nyo kito tok leh main bola Jai” optimis sungguh Johan merancang karier bolasepak mereka berdua.


Selepas itu kedua-dua nya termenung memikirkan masa depan......

Sunday 13 October 2013

AYAT MINTA HUTANG PALING PEDIH

Cerita ni dah lama,Cuma aku nak ingatkan balik apa yang terjadi.sebab pada aku benda ni memang memberi kesan kepada memori aku.memang sangat meninggalkan kesan sampai hari ini.ini cerita kawan aku yang minta hutang yang bertahun-tahun di tangguh,si peminjam ni kawan aku jugak.

Jadi malam tu masa aku dan Jaha lepak kedai siam sambil pekena tomyam poktek,Jaha kol lah si Pak Tam.mana tahu dapat la duit yang di tagih selama ni.masa Pak Tam angkat je kol terus Jaha basuh dia sampai lencun.Sampai ada satu ayat tu aku memang tak boleh lupa.korang pon aku rasa akan ingat sampai bila-bila.ayat dia berbunyi begini:

“macam ni la Pak Tam,hutang kau tu kira setel la kat dunia ni”

“harap esok-esok kat padang mahsyar kau bawa 3k cash nak bayar kat aku”

“takut nanti tak lepas pula nak masuk syurga sebab hutang kau ni”

Nyaris-nyaris nak tersembur teh ais yang aku sedut masa tu.pedih & padu.
Pedih beb ayat macam tu.kat padang mahsyar tu kau berbogel,satu habuk pon kau takde.ape lagi 3k,mana nak cekau masa tu.kalau tak bayar masa tu,tak lepas titian Siratul Mustakim,tapi mana kau nak cari.aku sampai hari ni tertanya-tanya macam mana Jaha boleh dapat perumpamaan yang pedih macam tu sekali.hingga masa aku menaip entri ni juga aku tak dapat bayang kan riak air muka Pak Tam bila dengar ayat pedih macam tu.



NivSaid:1 sen pon tak guna kalau dah sampai padang mahsyar!!!

Friday 11 October 2013

JENIS PENYOKONG & PEMINAT

Susah sebenarnya aku nak realisasikan entry kali ini.sebab ianya agak sinikal.akan ada yang sakit hati dengan entry semacam ini.tapi aku gagahkan juga demi untuk bersifat sarkastik KahKahKah.ini cerita perihal perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara TRW vs JDT.aku tak nak cerita pasal game,banyak artikel yang bicara pasal game korang boleh search kat google.aku nak bercerita perihal peminat & penyokong.aku pergi stadium malam tu dengan dua tujuan.1 layan game.2 buat research pasal fans TRW.

Aaahhh susah pula aku nak sambung perenggan baru!!!

Aku malam tu duduk dekat scoreboard lama yang ada tulis “THIS IS KOTA BHARU” [tiru Liverpool punya,tak ori langsung malu weh].dengan itu aku dapat tengok keseluruhan pergerakan dari bawah sampai ke atas.tapi takde lah betul-betul line scoreboard tu,sebab line tu dah di konker sek-sek gendang.apa bangang main konker tempat,siap pasang border halau-halau orang tak bagi masuk.konon-konon dia dah lama jadi penyokong,jadi stadium ni kau yang punya.ptuuihhhh!!!.dah la gendang tak sedap nak kena ada note ke baru nak cantik irama tu?.apa ke bangang gendang macam batuk gajah.itu jenis penyokong no1.

Disekeliling aku kesemua nya nampak macam sudah biasa melepak dekat stadium ni.ada juga kelibat brader-brader yang bawak anak bini datang tengok bola,ini aku kurang gemar.bukan aku nak bersikap diskriminasi jantina.Cuma nya bagi aku,orang perempuan dan anak kecil tak sesuai dengan atmosfera menggila yang bakal terjadi.boleh jadi anak bini mereka pengsan bila sampai nya tahap puncak sokongan fans TRW.beberapa minit lepas tu memang terfakta kata-kata aku.anak bini brader duduk macam orang mereng,diam tak berkutik.itu lah kau nak sangat masuk stadium,kau ingat fans bola sepak ni macam fans The Twilight Saga?.bahana nya brader tadi di acu dengan macam-macam soalan.itu jenis penyokong no2.

Bertentangan aku kekanan sedikit dekat-dekat dengan astaka,ada sekumpulan orang yang nak tengok bola tapi taknak bercampur dengan orang.kebanyakkan nya berkepit jantan betina,haram jadah nak tengok bola ke nak beromen.mohon kerajaan negeri buat undang-undang asingkan penyokong lelaki & wanita,macam ura-ura nak buat panggung wayang seat lelaki sebelah kanan & perempuan sebelah kiri KahKahKah.berbekal air rm1 dan kuaci rm2 di tangan mereka tengok game macam tengok wayang Razak Mohaiden.bangang.bila 1 stadium buat Mexican Wave,gelombang tu wajib mati dekat situ.orang sound pon boleh buat tak reti.sebab mereka tak ada jiwa,mereka datang bersantai.harap-harap kaum ini akan pupus satu hari nanti.ini jenis penyokong no3.

Banyak lagi jenis penyokong & peminat ni sebenarnya,tapi yang jenis ni memang top.mereka ada nama,mereka menggelarkan diri mereka sebagai ULTRAS.pebenda ultras ni,ultras ni setahu aku asalnya dari Turki,biasa kita tengok kelab-kelab besar EPL,La Liga & Bundesliga kira hebat lah fans diorang ni.memang sokongan tahap super lah.fans paling gila adalah dari Italy dan Turki memang fanatik & hooligan habis,fans Liverpool lagi bertamadun dari diorang ni.Galatasaray kelab dari Turki,dia punya penyokong bangsat habis,1 stadium chant memang gamat.flare merata-rata macam nak bakar stadium.fakta nya M.U pernah kalah sebab kecut dengan Ultras Galatasaray.rekod tahap kebisingan paling tinggi direkodkan di Galatasaray.itu ULTRAS yang paling kejam setahu aku.

ni lah dia punya setan ultras Galatasaray

Dekat sini Ultras nak tunjuk bagus,konon nya dialah penyokong tanpa berpaling bagi pasukan mereka.blah la kau.bila menang 6-1 hari tu boleh pula buat statement yang seolah-olah tanpa mereka fans TRW tak reti nak berchant dan bersorak.lagak nya macam mereka lah penyokong yang menaikkan semangat pasukan.brader lu kena ingat 1 benda,orang Klate ni memang sifat kesatuan & kenegerian dia kuat.kenapa fans berdiri lebih 90 minit bagi sokongan masa suku akhir hari tu.bukan sebab korang yang ajar pon.ini sudah semulajadi,lagipun lawan TRW malam tu adalah wakil dari Johor dan ia game kalah mati.jadi semangat & adrenalin dia lain macam sikit.mereka yang rebel yang ada di sekitar stadium juga menjadi pencetus sorakan penyokong,tapi mereka bukan ultras.mereka punya semangat sayang kepada pasukan negeri,macam fans Galatasaray lah.

Lagi satu kebanyakan manusia yang pergi stadium untuk tengok game,kalau duduk dengan ultras ni.aku percaya korang tak boleh nak cerita balik tiap minit game hari tu.apa bangang duk chanting bertepuk tangan sampai 90minit,lu orang pasukan cheerleader ke.kadang-kadang aku nak tergelak juga tengok Ultras Klate dengan Ultras Johor,macam pertandingan lawan sorak pula.kalau bertanding pon aku lebih suka tengok Ultras Johor [B.O.S] dari Ultras Kelate [RedMania] KahKahKah.tak payah cakap “duduk dengan ultras la baru feel”.tak payah,malam tu hampir 1 stadium sepenuh hati bersorak memberi semangat kepada pemain mereka.kerana nama negeri dan lagi satu kerana lawan mereka dari Johor.Sunderland yang duduk paling bawah liga pon kecoh dengan penyokong diorang.takde ultras pon.

Banyak aku nak cakap pasal ultras ni.persoalan aku yang serius adalah...diorang yang ultras ni reti main bola ke,reti tengok bola ke,reti menilai game ke.tengok muka macam tak boleh harap je KahKahKah.aku tak tahu apa nak tulis...lain kali aku sambung.




NivSaid:artikel ini diterjemah dari bahasa kelantan ke bahasa K.L mengambil masa beberapa hari untuk di siap kan.