Tuesday 31 January 2012

Penemuan Saintifik Terbaru

Beberapa jam yang lepas sekumpulan saintis telah menemui beberapa planet baru,menurut mereka planet ini berada tidak jauh dari kita.penemuan ini sangat mengejut kan dunia.menurut para saintis lagi planet ini bukan hanya boleh di lihat mereka yang pakar,tapi mereka yang paling senang melihat planet ini adalah kaum ibu.memang agak memeranjatkan.

okay mari kita lihat rupa bentuk sebenar planet yang belum punyai nama lagi ini...sebelum itu syabas kepada kaum ibu yang boleh melihat fenomena ini dengan senang nya berbanding kaum bapa,ok mari kita lihat:


Gambar planet apa ni?...
SEBENARNYA GAMBAR KAT ATAS TU ADALAH BAHAGIAN BAWAH KUALI LAMA HAHAHAHA!!!










NivSaid: hahaha gurau di hari wilayah...selamat berehat semua

Sunday 29 January 2012

Sebelum AJL26

Tinggal beberapa jam lagi untuk berlangsung nya AJL 26...masa ni la aku terkocoh2 menaip entry,entah apa2 tiba2 rasa nak buat entry ni.mungkin aku nak jadi tukang pahat yang memahat sebelum rumah siap & jugak selepas siap hehe.maka dengan ayat yang lintang pukang aku taip entry ini.ini menurut apa yang aku tengok lah,bukan nya pandangan korang ye.apa pon pandangan aku ini sangat pro haha,sebab aku punya kepakaran dalam bidang ni heh.mungkin aku akan tertinggal beberapa point [nak cepat ni oi!!!] harap korang tak kisah.ok sila baca tanpa emo...


Sg Lui - Aizat

secara jujur nya aku agak tak suka Aizat bilamana dia menang AJL24 dengan lagu Pergi.tapi tu dulu lah,ah persetan kisah dulu.skang nak cerita pasal Sg Lui,pada aku lagu ni paling original berbanding lagu2 yang bertanding tahun ni.originaliti nya terletak pada sifat kemelayuan lagu ini.simple bermakna dengan melodi & lenggok melayu walaupun kedengaran moden.tapi pada aku Sg Lui still ada originaliti,sifat lagu yang tidak melampau2 & lirik yang pada aku direct & jujur.walaupon tiada yang puitis di bahagian lirik nya lagu ini tetap unik oleh kerana sifat kesederhanaan.orang putih cakap 'Less Is More' haha.tak terkejut kalau lagu ni menang,kerana originaliti nya.

Kekanda Adinda - Monoloque & Atilia

Monoloque punya reputasi yang bagus di kalangan peminat yang mahu keluar dari aliran mainstream.tapi tidak bagi mereka yang tak tahu asal usul Monoloque ini,bagi mereka band ini sangat pelik & serabut.ok lupakan pasal reputasi & pandang ke arah nilai lagu Kekanda Adinda ini.pertama kali dengar lagu memang akan rasa something yang tak boleh di hadam terus halwa telinga.tapi bila di beri waktu untuk kita menghayati lagu ini maka kita akan jumpa betapa lagu ini begitu dekat dengan akar muzik kita...apa yang di maksud kan dengan akar ni adalah bunyian yang telah lama hilang seperti mana hilang nya veteran2 muzik.cuma nya Loque tidak menekan kan sangat pada seni penghasilan lirik.jika lirik nya lebih bunga maka nya lagu ini adalah sangat perfect.nantikan gimik dari Monoloque...sapa2 yang penah tengok Monoloque & Butterfingers tau2 je la apa abiliti diorang di atas pentas.

Kisah Hati - Alyah

lagu ni sangat bagus & kena pada orang yang bawak lagu ni.Alyah macam tahu apa yang komposer mahu...meletakkan emosi kedalam lagu ini adalah agak susah & perlu kerja keras.untuk membuat lagu ini berbunyi sedih & pilu perlu kepada emosi yang semesti nya mellow & Alyah perlu benar2 faham segenap isi lagu ini.dengan lirik yang hampir puitis boleh jadi lagu ini antara yang terbaik dalam kelompok muzik sebegini.jika mahu lagu ini menjulang trofi seharus nya kita meletakkan tugas ini pada vokal Alyah...bergantung pada penyampaian nya diatas pentas nanti.kalau memukau persembahan nya maka besar lah peluang,kalau tak kena gaya lagu ini tidak akan di pandang juri.harap2 menjadi lah hehe.

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan,Anna Raffali & Altimet

macamana aku nak cakap yang sebenar aku tak berapa berkenan dengan lagu ini,sangat mengada2 & satunlagunnasihat yang tak menjadi bagi aku.apa yang spoil nya tentang lagu ini adalah kehadiran penyanyi veteran Suhaimi Mior Hassan yang mana bagi aku suara nya sangat2 tidak kena dengan gandingan perempuan nya iaitu Anna Raffali.pertama kali dengar macam lelaki tua yang gatal & miang menyanyi dengan gadis....ia sangat disgusting.aku ingat kan cuma aku sorang saja yang berperasaan camtu,rupa2 nya ramai pendengar perempuan tak suka langsung lagu ni.dari segi lirik ianya tidak memberi impak langsung,dan dari segi sebutan dalam lagu ni memang banyak sangat kesilapan.membuatkan aku berfikir macam mana lagu ni boleh lepas.apa pon aku nak ulangi sekali lagi bahawasa nya lagu ini memang tidak memberi kesan langsung pada pendengar,membuatkan ia hilang nilai estetik sedikit demi sedikit.

Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol

lagu karya vokalis Projek Pistol ini simple sahaja,aku tak berapa pasti apa genre yang mereka mainkan,apa akar muzik mereka.lagu ini kedengaran agak indon [sori terpaksa berterus terang].lirik lagu ini simple & bersahaja,dengan bahagian korus yang di ulang2.malah bagi aku ia nya terlalu simple,seakan tidak kena dengan muzik iringan.mungkin Boy kena belajar lagi macam mana untuk menulis lirik yang simple tapi tak perlu di ulang2.ada brother ni cakap kat aku eh Dato' Shake nyanyi balik ke...aku macam ada dengar suara dia nyanyi hari tu.bila dia bagitau tajuk lagu baru aku perasan,betul suara Boy memang tak tumpah macam Dato' Shake tapi kat bahagian intro je la,lepas tu dah tak sama dah.apa pon lagu ni bagus juga untuk bereda di pentas final.punya hook yang baik.sekali lagi aku nak cakap,kalau lirik lagu ni ditambah sedikit,lagu ni akan lebih hebat.

Awan Nano - Hafiz

ini karya orang yang punya reputasi besar,lagu ini meletakkan vokal di depan sekali,bukan senang nak menterjemah lagu ini melalui vokal.bukan nak mengatakan yang si Hafiz ni punya suara yang sedap tapi secara teknikal nya dia boleh terjemah kan lagu ini.walaupun kurang mellow nya.pada aku lagu ini bersifat mellow yang sangat dalam kena dengan lirik yang puitis.pertama kali dengar lagu ni sangat2 lambat cara penyampaian nya membuat kan aku membebl seorang diri 'sapa la wat lagu lembab macam ni'.tapi lama kelamaan ia nyata tidak menyakitkan telinga seperti lagu2 'Aliff Setar' [saja je bagi nama macam ni]...memberi lagu ini kepada Hafiz 1 risiko yang agak besar bagi aku.tapi bila di fikir2 sapa lagi yang boleh nyanyi macam ni untuk zaman plastik elektronika ni.

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Najwa Latif budak sekolah yang comel ni membawa 1 gaya baru muzik sekarang,bagi yang menyampah tu biarkan lah,mereka jeles tu dik...sama seperti Bibier Haters hehe.lagu yang sangat catchy sebenar nya dengan lirik yang simple.bercakap pasal lirik pula pada aku ianya tidak membawa makna langsung hanya sekadar penceritaan kepada satu perhubungan budak2 haha.jelas nampak di situ mereka terlalu mahu mencipta lirik untuk di mautkan dengan lagu.walau apa pon ianya tidak bosan untuk sing along kalau drive,tambah2 pulak jem huh.namun lagu ini tak lah sekuat lagu2 yang bertanding,ianya boleh di anggap lagu Underdog.apa2 pon lagu ni boleh masuk final...kira bagus jugak lah kan.

Penakut - Yuna

lagu yang paling aku tak boleh faham,aku dah tak tahu nak melihat dari sisi mana lagu ni.dengan vokal Yuna yang bukan2...alamak kena marah la aku pasni.sebab utama lagu ini tidak dipandang hebat ialah kerana Yuna meletakkan vokal nya di hadapan,membuatkan ia nya seakan2 ada yang tak kena.mungkin mencari kelaianan tapi risiko nya adalah sangat besar,berani juga Yuna pertaruhkan lagu ni.macamana pon Yuna dah improvise lagu ni,kalau dengar lagu yang asal macam ntah apa2 haha.mungkin akan ada kejutan yang akan di buat,sepertimana lagu Yang Sebenarnya yang biasa2 bila di pentas kan dengan cara lain,ianya sangat bagus.harap nya Yuna buat kelaianan untuk lagu ni.harus ada gimik haha.

Gadis Semasa - Yuna

yuna bagi aku sangat berusaha dalam bidang yang dia ceburi skang,melihat kepada betapa aktif nya Yuna ni tak mustahil lah kalau dia boleh buat lagu Gadis Semasa ni,punya intro yang menarik pada pembukaan dengan kemasukan vokal Yuna yang seakan2 seksi?...membuatkan orang tak melarikan pendengaran ke arah lagu ini.dengan gaya penulisan lirik yang menampakkan identiti lagu ini,lirik yang seakan memberi nasihat dalam bentuk yang berterus terang.vokal Yuna ni takde special nya,tapi dia tahu apa yang mampu dia buat,apa yang menyenangkan dia untuk perfom.tak perlu kepada permainan tone suara.yang penting adalah pembawakan lagu,tambah2 pulak time bertanding di pentas besar.

Beribu Sesalan - Jaclyn Victor,Ning Baizura & Shila Amzah

salah seorang komposer lagu ni adalah cina.dia punya lirik boleh tahan jugak makna nya.memberi kesan pada pendengar [sori,tidak pada aku hahaha].apa yang spoil nya lagu ni sebenar nya ialah gabungan 3 vokal,pada aku kalau letak pada Shila saja dah cukup,sudah cukup.sebab lagu ni takde lah dalam sangat,campuran 3 vokal ni walaupon nampak ok tapi pada aku itu tak perlu.ala lantak la diorang punya lagu,ikut suka dia la haha.ramai orang suka lagu ni jadi tak terkejut kalau lagu ni di angkat,tapi aku tetap dengan pendirian aku,kalau bagi Shila sorang je yang nyanyi maka lagu ni di anggap sangat bagus.

Karma- Faizal Tahir

gandingan FT dengan Audi Mok yang pada aku sangat tipikal,sama saja seperti lagu yang sudah2 yang lambat sampai,serius hampir kesemua lagu FT berformat sebegini,apahal? haha.lirik nya? pada aku ianya tidak menunjukkan kematangan gaya penulisan FT.tidak matang bukan bermaksud kebudak - budak kan,tapi tiada sifat estetik dalam liriknitu sendiri.biasa2 saja lirik nya tidak punya hook,sekali lagi ianya seperti Najwa Latif yang tangkap muat lirik untuk lagu nya,sama saja situasi di sini yang mana FT nampak nya main masuk saja lirik nya haha.serius aku kena kejar dengan FT nanti.vokal FT...bagus juga sebenar nya,bukan sebab dia hebat tapi sebab tiada sapa nak celen dia kali ni,kalau ada Lan harus menunduk lah FT kah3.agak berat sebelah nampak nya komen aku kat FT ni haha.tunggu saja perfomance maha dasyat dari FT.

Sedetik Lebih-Jaclyn Victor

lagu ni punya reputasi yang bagus di tangan Anuar Zain,tapi malang nya kali ni di bawak pula oleh Jac...Jahanam haha.lagu bagus datang dari komposer yang bagus,tak pelik kalau lagu ni bagus sebab Edry bukan calang2 orang kan,pemuzik yang berpuluh2 tahun main muzik dengan bermacam2 eksperimen.susunan lagu terbaik,manakan tidak,ini lagu terbaik AIM maa...tapi tak boleh jadi terbaik di tangan Jac.seharus nya lagu ini di beri pada penyanyi lelaki.seharusnya!!!.bukan aku tak suka Jac [memang aku tak suka pon kah3].lagu ni boleh menang sebenarnya kalau la ianya tidak di pandang dari segi persembahan,jika di nilai dari segi arrangement muzik & lirik ia harus menang.

NivSaid:korang dah nampak aku sokong sapa kan hahaha...

Monday 23 January 2012

Alkisah Roti & Tepung

Hari jumaat lepas aku macam biasa lah pegi solat jumaat kat masjid taman setiawangsa.bila dah sampai kat tangga besar dia tu aku tengok ada 1 flyer orang duk letak.aku macam biasa lah malas nak amik tau,nanti ondaway balik baru aku tengok ape benda nya.tapi aku tengok ada 3 4 orang duk kusyuk baca flyer tu,jadi aku pon amik la 1 untuk tatapan sebelom aku masuk masjid.aku tak baca,aku lipat2 masuk poket.tapi sempat la baca sekilas.rupa2 nya ia nya satu flyer untuk BOIKOT roti Massimo.pulak dah,hari tu gardenia skang Massimo plak.ape hal la diorang ni.sebenar nya cerita ni bermula macam ni...

beberapa minggu lepas ada 1 cerita keluar konon nya syarikat roti Gardenia yang mana Bernas mempunyai kepentingan dalam syarikat ini telah menamatkan kontrak pembekalan tepung dari FFM (Federal Flour Mill) kepunyaan Robert Kuok,timbullah 1 isu disini bahawasa nya Bernas yang di terajui oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari (ini aku tak pasti) menghentikan pembekalan dari FFM kerana nak menjatuhkan bisnes orang cina.pastu ada la orang yang melenting dan buat 1 benda yang tak patut bagi aku...lihat kat bawah ni...

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).

benda ni aku tak tahu lah dari orang cina yang betul2 buat flyer ni,atau pon orang melayu yang nak pedajal orang...yang pasti flyer ni telah mencetus kan ketegangan antara kaum.cerita ni tak habis kat flyer dari orang cina yang menyokong roti Massimo & boikot Gardenia.beberapa hari lepas tu pada jumaat lepas timbul pulak 1 flyer pasal nak BOIKOT roti Massimo pulak konon nya Massimo tu kepunyaan Robert Kuok (kroni BN,adoih politik plak dah).konon nya FFM membekal kan tepung yang boleh membunuh kita & macam lagi la.flyer ni aku sangat pasti dari orang melayu.dan aku merasakan mereka sangat2 bodoh dan sombong.


aku bukan nak backup cina ke apa ke...apa yang aku kesal kan kat sini adalah ketidak telitian kedua2 belah pihak dalam isu nih.kedua2 mereka yang membuat flyer ni ternyata hanya mengikut emosi tanpa ada kaji & selidik.dan kesan kepada flyer-flyer ni membuat kan ketegangan antara kaum.pasal roti melayu & cina begaduh,logik ke???.mengarut betul & aku rasa orang yang buat flyer ni & orang yang percaya buta2 apa yang flyer ni sampaikan adalah orang yang takde otak langsung.sebab apa aku cakap takde otak,sebab diorang tak baca benda kat bawah ni....ni korang baca benda ni betul2


GARDENIA MALAYSIA DIMILIKI 70 % OLEH QAF Ltd! (korang cari sendiri lah pasal QAF ni,Google kan ade!!!)

Sepertimana BERNAS....dimiliki 70 % oleh Tradewind....sebab itu kalau kita buka profile Tradewind,kita akan dapati Bernas dikatakan subsidari bagi Tradewind.Sebab tulah MD Tradewind sekarang menjadi MD Bernas

GARDENIA MALAYSIA

70 % Adalah dimiliki oleh QAF Ltd

Sebab tu CEO Gardenia Malaysia YAP KIM SHIN

"Yap Kim Shin serves as the Chief Executive Officer of the Gardenia Bakery group of companies in Malaysia (“Gardenia MalaysiaGroup”) of QAF Ltd. Mr. Yap has been with the Gardenia Malaysia Group since 1987, "

Mr Yap ni CEO Gardenia & Bernas cuma miliki 30%...so mana MELAYU nya Gardenia ni!!!


MASSIMO roti keluaran Italian Bakery sdn Bhd.anak Syarikat FMM BHD yang mana anak syarikat pula kepada PPB. (PERLIS PLANTATION BERHAD).

mari kita lihat siapa mereka...

BOARD OF DIRECTORS Datuk Oh Siew Nam Chairman

Tan Gee Sooi Managing Director

Dato Sri Liang Kim Bang Independent Non-Executive Director

YM Raja Dato’ Seri Abdul Aziz bin Raja Salim Independent Non-Executive Director

Lim Soon Huat Non-Independent Non-Executive Director
Dato' Capt. Ahmad Sufian @ Qurnain bin Abdul Rashid Independent Non-Executive Director

2 daripada director mereka adalah melayu...so mana CINA nya kompeni ni!!!


NAH AMIK KORANG BERDUA POWWW!!!...kena atas batang hidung sendiri.hakikat nya kedua2 kompeni ni adalah kroni kerajaan hahaha.jadi kepada mereka2 yang nak mencetus api ketegangan kaum kat sini aku nasihat kan tak usah lah buat macam tu.dan kepadanmereka yang tak tahu menahu sila jangan percaya bulat2.tiada guna nya kita bergaduh pasal benda ni.roti je pon,makan2 masuk perut buang balik.aku rasa kita dah ok kot,cina melayu india dah ok kot yang tak ok nya mereka yang buta mata duk mengampu UMNO (ni yang malas tulis blog,asyik UMNO je yang kena hahaha).kita takde masalah pon kan,aku tau la aku duk area majoriti cina maa.rilek je takde pon gaduh2 pasal roti ni.kat kedai tu roti banyak jenama,ko nak makan Gardenia ke Massimo ke High5 ke itu kehendak diri sendiri.

aku masa kat kampung selalu jugak beli,bukan selalu tapi aku memang beli roti kat kedai roti cina takde problem pon,mak ayah aku yakin ia nya halal aku adik beradik pon yakin lah.oleh sebab dah ada toleransi antara kaum aku sangat yakin yang tuan punya kedai tu tahu apa yang boleh & tak boleh bagi orang melayu islam.aku amat pasti yang orang cina sangat2 menjaga pelanggan mereka.jadi kepada penyokong PR plak macam mana semua ni roti kroni2 BN...takkan nak kena ada roti kroni PAS,PKR & DAP pulak baru korang nak makan roti haha.adoi la korang ni pemikiran entah apa2 aku pon pelik.sekali lagi roti je pon takde hal lah...itu masalah bisnes diorang,kita yang kat sini tak payah la nak buat spekulasi ala2 JOKSOROS!!!.

NivSaid:menulis entry dengan hiburan dari kaum cina di kaca tv.nak BOIKOT?.... :p

Saturday 21 January 2012

Hardisk 500GB Terbaik & Termurah

korang jangan pulak ingat aku nak bisnes jual external hardisk.aku ada 1 cerita nak sampai kan kepada mereka yang suka shopping kat China.ye lah ramai orang pegi China untuk amik stok wat bisnes macam2 lah baju,handbag,pasu & lain2.bukan aku nak dengki ke apa,aku cuma nak bagitau cerita yang agak menyayat hati,untuk pengajaran kita bersama.

ok baru2 ni ada sorang mamat ni pegi holiday kat China,kat China kan barang2 die murah kaw2,jadi mamat ni dalam tengah usha barang kat situ,dia ternampaklah 1 kedai jual external hardisk 500 GB dengan harga yang agak murah.tanpa pikir panjang dia pon beli la,ye la harga external tu jauh lebih murah berbanding kat Malaysia ni,branded pulak tu.jadi mamat ni suka hati la dapat beli dengan harga murah.dengan yakin nya dia bawa balik Malaysia.


sampai nya kat malaysia dia terus amik external hardisk nak menunjuk kat member dia pasal dia dapat external hardisk dengan harga murah.dengan berlagak nya dia pon copy la movie dari laptop member dia.sudah tu dia pon balik lah ke rumah untuk tengok movie yang di copy tadi.tapi tak sampai 5 minit movie tu stop,mamat ni jadi bengang & pelik.dia pon amik keputusan minta tolong member tadi tengok kan.sampai kat rumah member dia terus godek2 external tadi,cuba pasang movie tadi & tak sampai 5 minit movie tu stop.then dia check kat laptop,banyak lagi free space kat dalam tu.member dia pon try la bukak casing untuk tengok apa problem nya.bila di bukak memang agak mengkagumkan lah...


KAHKAHKAH POWWW!!! memang terbaik lah external hardisk berjenama dari China...rupa2 nya ia hanyalah sebijik pendrive dengan kapasiti 128MB,diorang dah install dummy kat pendrive tu,sebab tu bila check tengok 500GB.memang terbaik la dexternal hardisk dari China kahkahkah....member mamat tadi gelak tergolek2.

NivSaid:tak boleh tahan gelak...siap letak skru untuk pemberat kahkahkah...lu kena tipu mamat!!!

Saturday 7 January 2012

Fitnah Karut!!!

"Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.

Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya."




gile la sapa yang buat fitnah ni,mengikut apa yang aku baca kat blog,penulis ni seorang cikgu yang tak lama lagi nak pencen.sanggup dia fitnah Ustaz Azhar Idrus (UAI) sampai camtu sekali.tak habis2 nak dengki dengan orang geng UMNO ni.orang nak menyampaikan ilmu pon di maki hina oleh mereka...mereka memang agak susah hati dengan fenomena UAI ni kerana boleh menarik beribu2 belia remaja.tengok saja di ambang tahu baru 2012.di kala orang sibuk berhibur,di dataran kemedekaan Shah Alam lebih 75 ribu manusia hadir untuk bersama2 UAI.ini sebenarnya yang mereka takut sangat.

mereka mengatakan yang UAI ni memaki hamun & menfitnah UMNO...apa yang di sampaikan oleh UAI bukan lah fitnah,malah jarang sekali menyebut UMNO secara terang,dia sering kali menyindir pemimpin2 yang tidak mengamalkan islam & jauh menyimpang dari ajaran al_quran & sunnah.maka orang2 UMNO ni telah memakan cili dan sendiri merasa pedas.selepas merasa pedas yang amat sangat mereka terus menyumpah seranah.kita boleh lihat kat situ yqng geng UMNO ni takut dengan bayang2 sendiri.

salah ke kalau UAI pandai main gitar @ bass,apa bangang sangat orang2 UMNO ni,ni kalau Iklim @ saleem yang baca fitnah ni mesti marah gila diorang.apa pon mentaliti orang yang menulis fitnah ni adalah di bawah takat beku POWWW!!!.memang takde otak langsung,budak2 baca pon marah apalagi kalau orang yang berilmu baca.aku mengingatkan pada geng2 pemfitnah ni mereka bukan berhadapan dengan UAI sorang je skang ni,,ada beribu2 atau munkin beratus ribu di belakang UAI andai apa2 jadi pada Ikon Anak Muda.

NivSaid:belom pernah berpeluang dengar ceramah UAI secara live

Player = Pekerja ???

musim yang aku rasa penuh ranjau bagi Asenal.di awal musim nya kita macam tiada haluan dan masa depan.masa tu aku rasa team kesayangan aku ni bakal hancur tanpa sempat berlawan,tapi siapa sangka Arsenal mula bangkit dengan mendadak pada pertengahan musim.membuatkan aku mula berlagak dengan fan Chelsea,Man U & Liverpool.berlagak dengan kehebatan RVP yang menjadi penjaring terbanyak liga.

memang ini yang yang di impikan oleh setiap fan Gunners.impian untuk melihat team ni konsisten sampai ke akhir liga.tapi impian ini nampak nya macam kelam semula.baru saja kita di hidangkan dengan kegembiraan.kita terkejut juga dengan kekalahan,membuatkan ramai fan Gunners merungut.lepas tu timbul pulak gosip player tu nak blah la,player ni taknak sambung kontrak la.macam2 khabar angin keluar.jadi isu di sini adalah salah ke player nak cari angin baru?

aku ni bukan nya pandai sangat bab bola ni tapi aku pon main bola jugak lah masa sekolah.skang zaman futsal,pon aku layan jugak...berbalik pada pertanyaan tadi "salah ke player nak cari angin baru" soalan ni keluar bika aku tengok ramai yang duk kutuk Fabregas,Nasri,Clichy & yang terbaru ni Walcott buat hal...aku pon kutuk jugak hehe,memang agak sakit hati tapi takde lah nak melebih2.aku tak boleh nak kutuk lebih sebab aku suka melihat nya sebagai 1 benda yang positif.


mari kita lihat player dari kaca mata pekerja,mereka juga pekerja macam kita.cuma kerja mereka main bola.player demand gaji atau kontrak adalah perkara yang biasa,dalam kehidupan kita bekerja pon ia adalah benda yang biasa.aku sendiri pon demand gaji jugak sebab apa...sebab kita fikir kita berhak dapat lebih dari apa yang kita dapat,kita berhak dapat lebih penghargaan.mari kita lihat dalam kes Nasri,orang mengatakan yang dia lebih mementing kan duit,Nasri kata die mahukan trofi dalam karier dia,sebab tu dia blah.kes ni adalah biasa kalau kita tengok dalam bidang kerja,aku pon pernah buat apa yang Nasri buat,berpindah kepada kompeni yang boleh up gaji aku,aku mahukan jaminan untuk masa depan,itu baru jaminan dari segi kewangan,belom masuk lain2 lagi.so kes Nasri,aku & orang2 lain yang banyak tukar kompeni adalah biasa saja.jangan jadi emo lah.


kita pergi pulak kepada kes Fabregas,dia sudah banyak menyumbang dan berkorban untuk Gunners,sampai ada 1 ketika terpaksa mengetepikan family sendiri,hanya untuk melihat pasukan nya berjaya.akhir nya setelah pengorbanan demi pengorbanan,penat lelah fizikal & juga emosi.dia akhir nya mengambil keputusan untuk memikirkan tentang diri sendiri...apa kemahuan & impian yang terbuku.maka jadi lah keputusan untuk dia balik ke kelab asal nya.aku pon kadang2 ada jugak terfikir macam Fabregas ni,dah banyak aku menyumbang untuk kompeni,banyak aku 'give' tapi takde 'take' pon haha.bukan takde tapi sikit saja 'take' nya.bila tiba masanya aku nak fikir untuk diri sendiri maka aku pon buat lah keputusan untuk blah atau stay.ini jugak perkara biasa dalam kehidupan bekerja.tak payah nak marah2 lah kalau tak tau apa cerita disebalik kepergian Fabulous Fab.


sama juga dengan kes Chamakh...kita tengok hari ni dari mula2 dia join Gunners,Chamak nampak sangat2 struggle untuk sesuaikan diri dalam skuad Gunner,ini mengingat kan aku pada kawan aku,die punya talent dalam kerja & bekerja di kompeni yang besar,tapi dia jugak ada merungut dengan aku betapa die struggle untuk kerja kat situ,cara kerja & orang2 kat situ,bile dah macam tu nak keje pon kurang lah feel nya.kita boleh tengok kat situ apa situasi sebenar yang terjadi pada kawan aku & Chamakh.jadi kita tak boleh nak menyalahkan dia andai dia ambil keputusan untuk keluar dari Emirates & pergi ke kelab lain.pada 1 ketika kita kena memikirkan tentang diri sendir,tentang kepuasan dalam bekerja.

banyak sebenar nya aku nak tulis pasal isu kali ni,cukup lah sekadar 3 orang ni je kot sebagai reference yang singkat.belom masuk lagi bab Arshavin,Bendtner,RVP & lain.aku bukan lah nak suruh mengiakan apa yang aku cakap kan ni,cuma aku nak korang buka minda lah...cuba positif.cuba tengok balik selepas King Titi keluar dari Emirates berapa ramai star sudah kita bentuk,pemain silih berganti tapi skuad muda bawah pengurusan Arsene Wenger adalah yang paling bagus di antara kelab2 yang ada di eropah.tak guna mencaci maki...sekadar marah2 pada yang pergi & support pada yang bakal menyinar.

NivSaid:macam mana pulak kalau Arsene Wenger yang nak blah dari Emirates???

Friday 6 January 2012

IKON NYA...



hitam.petak.nipis.elegen.menawan.heh macam tu la lebih kurang benda di atas ni.dapat agak tak apa benda kat atas tu.nampak macam diari untuk taun baru tapi takde tulis pulak kat situ kan.korang mesti dapat agak punya kan,tapi aku nak tunjuk jugak heheh.tolong jangan jeles kat aku ye lepas tengok gamba kat bawah haha.



yeah inilah dia Acer Iconi Tablet...hehe hadiah harijadi aku untuk tahun 2011.dah lama tak dapat hadiah,kali ni dapat hadiah yang agak WOW!!!.ingat nak mintak x7 (ala henset Nokia yang design jahat tu).tapi pikir2 macam dah boring pakai smartphone nih.so aku try la usha Galaxy Tab,mula2 macam bekenan gila dah.pastu aku ada borak2 ngan sorang mamat nih kat alam maya.dia petik la nama Iconia nih,aku dengan sepantas angin usha2 kat internet....memang lagi power dari Ipad,Galaxy atau apa saja tab yang ada haha.




skang nih aku tengah berusaha keras untuk menyesuaikan diri menaip entry dengan touchsreen nih hehe.agak susah sebenar nya.tapi Iconia ni memang banyak function.boleh buat keje2 ofis (takde makna nya aku nak wat keje ofis pakai Iconia nih huh!!!).banyak lagi keje aku boleh buat ngan Iconia nih,terutama nya berblogging lah haha.pasni sure laju lah aku wat entry....anytime & enywhere :)


NivSaid:sorilah entry ni macam terabur sikit...tak biasa lagi ngan benda canggih nih hehe....