Thursday 30 June 2011

The Strokes


Sebelom aku tulis secara panjang lebar tentang band kegilaan aku “THE STROKES”,seminggu aku setup list win amp aku dengan lagu2 The Strokes…takde lagu lain hanya The Strokes,start dari “is this it” sampai lah pada album terbaru “angles”.nak amik feel,jiwa,mentality…& juga roh revival garage haha.sebetul nya minat aku pada The Strokes adalah secara tak sengaja,aku beli album “ROOM ON FIRE” sebab tertarik dengan cover depan album.aku tak tahu pon apa muzik yang dorang bawa.sumpah tak tau langsung.sampai lah aku pasang kat radio [time tuh mampu beli kaset je]…lagu first “Whatever Happen”,dengar intro saja aku dah kata WOWW!!!.terbaik,punya hype yang sangat bagus.tak sia2 aku perjudi kan nasib beli album nih.masa tu aku rasa aku kena tau pasal band nih,bila cari info,baru aku dapat tau yang album “ROOM ON FIRE” ni dah keluar 1 tahun sebelum nya,dan ianya album kedua…album pertama diorang “IS THIS IT”,cisss makna nya aku ketinggalan zaman lah ni.orang U.K dah kemaruk The Strokes aku baru kenal.

Itu pasal first time dengar lagu the strokes, belum lagi cerita betapa obses nya aku dengan band nih sampai berjaya menTHE STROKESkan seorang gadis.ye… seorang gadis!!!.[itu aku akan cerita lain kali haha].ni aku nak cerita secara laju sejarah & kehidupan The Strokes.

SEJARAH THE STROKES

di anggotai 5 pemuda genius iaitu Julian Casablancas,Albert Hammond Jr,Nick Valensi,Nikolai Fraiture & Fabrizio Moretti.pada awal nya Julian mengenali Fraiture sejak kecil lagi.bila dah masuk ke sekolah tinggi sangkut pulak dengan mamat hensem 2 orang nih,Fab & Nick mencipta click yang ngam,masa ni belom ada bau2 untuk memulakan sebuah band.nak di jadikan cerita Julian jumpa Albert di swiss,start dari sini lah bermula nya era The Strokes.mula berjamming pada tahun 1998 dalam sebuah bilik bawah tanah yang berselerak di kota New York,dimana Fab dibahagian Drummer,Nick & Albert menggalas tugas di posisi gitar,manakala Fraiture mendominasi sound bass membentuk suasana hype untuk The Strokes,dengan kombinasi vokal kemalas-malasan unik Julian yang sememang nya kena dengan sound yang di hasil kan,menambah selera jenama yang di panggil The Strokes. masa nih dorang masih muda remaja lagi dalam lingkungan 16-18 tahun.setahun selepas tu dalam bulan september mereka membuat gig pertama menggunakan nama The Strokes.

line up The Strokes dulu dan kini mungkin untuk selamanya...dari kiri Fabrizio Moretti,Julian Casablancas [berdiri],Nick Valensi,Albert Hammond Jr & Nikolai Fraiture

Sebenar nya hype The Strokes tidak bermula di tempat lahir mereka iaitu New York.The Strokes terlebih dahulu bikin gempak di United Kingdom.ini kerana mereka terlebih dahulu memasarkan E.P The Modern Age di U.K.sebanyak 30,000 unit telah terjual di U.K kemudian baru lah mereka beralih ke U.S membikin hype di tempat lahir nya The Strokes.dan dengan tiba2 nya ramai pula band dengan pangkal nama “THE” keluar.aku masih ingat lagi waktu era THE ni,memang rock ‘n’ roll bagai disuntik 1 dadah jenis “Revival”…kebanyakan band dengan pangkal THE memain kan muzik berteras kan formula revival,antara yang hit adalah The Vines,The Killers,The Hives ketiga2 band ini membawa sound yang berbeza walaupon teras nya sama,yang menambah hype untuk rock,sehinggalah keluar nya band The Bravery yang konon nya akan jadi “the next big things”,tapi cita2 The Bravery ini tak menjadi[band ni bagus,aku tak tahu kenapa mereka terus senyap selepas album debut].The Strokes tetap menjadi kegilaan gadis2 U.K & New York,dengan rambut yang hanya bersikat dengan tangan,berkasut converse lusuh & tak basuh,baju T didalam dengan kemasan sut atau jaket ala2 retro.ini fenomena The Strokes!!!

The Strokes tidak mengimpikan untuk menjadi fenomena atau mega.bermula sebagai band yang men’jahat’kan sound2 lama macam Velvet Underground & Modern Lovers,mana tahu persembahan live mereka yang bertenaga membuat kan peminat seakan2 gila melihatkan The Strokes.melihat kan betapa hype nya mereka banyak label2 besar mahu merebut mereka dari label indie…oleh itu terciptalah sejarah dalam dunia rock ‘n’ roll dimana The Strokes telah menjadi band termahal!!![mahal disebabkan perang tawaran yang besar antara label2 besar].tidak rugi RCA menandatangani band ini kerana The Strokes sememang nya memberi pulangan yang lumayan melalui album kedua mereka.majalah NME menamakan album Room On Fire sebagai album ketiga terbaik pada tahun tu,menjadikan crowd mereka semakin membesar di setiap tour.persembahan energetik mereka membuatkan crowd semakin bercambah. Sebenar nya Ryan Gentles lah orang yang bertanggung jawab membentuk & memasyhurkan The Strokes.beliau antara individu yang banyak berjasa kepada The Strokes hingga di gelar sebagai anggota The Strokes yang ke-6.selain itu “Guru” mereka iaitu Gordon Raphael banyak meyumbang dari segi teknikal…khabar nya Gordon yang mengajar The Strokes untuk mencipta sound2 revival futurism.khidmat & hasil kerja Gordon ni kita boleh tengok pada album Room On Fire.sememang nya terbaik.

Sudah 6 tahun aku jadi peminat The Strokes.bila di lihat pada progresi mereka aku boleh katakan mereka lah Metallica untuk cabang Revival,dengan Albert sebagai Kirk Hammert haha.melihat kepada keempat2 album mereka aku merasakan The Strokes mampu untuk jadi Legend ahh sudah!!!,kenyataan berat nih haha.media2 di U.K & U.S sekarang meragui kemampuan mereka untuk pergi lebih lama,kerana sejak mereka bertapa selama 5 tahun banyak sound2 yang timbul yang boleh menenggelam kan sound revival,macam Arctic Monkey,Grizzly Bear,The Academy Is..& Kings Of Leon [aku suka sound K.O.L nih,sangat berbeza & ada hantu].pada aku mereka punya chemistri yang akan membuat kan The Strokes terus hidup & terus berevolusi dengan sound revival ciptaan mereka.melihat kepada tempoh 5 tahun untuk menghasil kan “Angels”,ia amat berbaloi kerana kamu akan rasa seperti berada di masa depan & tengah melayan lagu2 lama yang tak pernah lusuh.New York City Cops,Someday,Last Nite,Reptilia,Automatic Stop,Whatever Happen,You Only Live Once,Heart In A Cage,Juicebox,Under Cover Of Darkness,Machu Picchu & Metabolism akan kekal mendominasi otak aku & akan di perturunkan kepada anak cucu aku hahaha!!!.

Terlampau banyak sebenar nya kalau nak bercerita pasal The Strokes dengan aku…ini antara pandangan aku mengenai album2 mereka dari #1 hingga yang latest:-

ALBUM-ALBUM


IS THIS IT,walaupon ini album pertama diorang,tapi ini album the strokes kedua aku…sebab aku beli Room On Fire dulu baru aku dapat album ni.ini permulaan bagi the strokes.bermula dengan agak bagus dengan lagu2 yang hype & simple macam”Last Nite” “New York City Cops” “Someday” & “Hard To Explain”.dalam album nih aku paling suka “New York City Cops”…lagu yang agak jahat bagi aku.tak tahu lah samada mereka memang benci polis NY atau tak.tapi bila tanya Julian,dia akan cakap tiada masalah…walaupon dulu dia ada masalah alcohol haha.album ni berjaya membuka mata peminat di U.K kerana sifat retro 70an nya..aku tak tahu lah camne muzik 70an kat U.K & U.S…kalau muzik A.Halim & The Fiction tau lah haha.selepas membuat hype di U.K baru lah diorang balik ke U.S.masa ni muzik mereka tak sampai lagi di malaysia…sebab tu la aku tak tahu kewujudan diorang masa album first nih.


ROOM ON FIRE album yang memperkenal kan aku pada band garage revival ni.kalau tanya aku pasal album ni,aku akan cakap inilah album yang paling aku suka,sampai tua pon akan tetap pasang lagu2 album nih tanpa jemu.kalau esok cucu aku tanya muzik apa yang aku suka…inilah jawapan kepada soalan tersebut.100% perfect,majalah muzik luar macam Rolling Stone,NME & lain2 kebanyakan nya memberi review yang memberangsangkan untuk album ni.kebanyakkan nya akan bagi 4/5 bintang.tapi aku nak bagi 10/5 bintang haha.album ni memang padat dengan perasa garage revival.sound yang agak jahat,jarang kita dapat jumpa sound yang macam nih.berinspirasi dari Velvet Underground…tapi punya hook tersendiri,dengar saja lagu pembukaan album ni “Whatever Happen” pasti membuat kan korang tak duduk diam,sambung pula kepada “Reptilia” “Automatic Stop” korang takkan berhenti mendengar..hingga lah ke trek “12:51” bukan saja tak mahu berenti tapi korang akan ‘sing along’ dan bertepuk tangan punya.ramai yang kurang gemar 12:51 nih,aku tak pasti kenapa.pada aku elemen elektronika dalam lagu ni sangat2 sempoi.layan juga “The End Has No End” dengar kan laungan vokal julian…dalam kemalasan masih ada power tone,kemudian sampai lah ke akhir trek iaitu “I Can’t Win”.pastu akan rasa nak ulang lagi dengar album nih.ini album terbaik pernah aku dengar.cerita ini takkan habis di sini…akan di sambung anak cucu aku POWW!!!


FIRST IMPRESSION ON EARTH walaupon agak kurang berbanding album sebelum nya,bagi aku adalah album yang berjiwa,penuh dengan atmosfera kejiwaan.di khabar kan berlaku pertelingkahan atau tak sefaham antara ahli band dalam menentukan hala tuju album ini.Julian dikatakan mahu ikut kehendak dia saja.tapi dalam ada problem mereka masih lagi boleh hype,dengar kan saja “Juicebox” “You Only Live Once” & “Heart In A Cage”.hype nya masih setara dengan Is This It,Cuma Is This It tu album yang penuh jiwa revilval muda.tenaga revival yang diolah dalam bentuk lain.tapi dalam First Impression On Earth,mereka banyak bermain dengan perasaan.membuat kan setiap lagu dalam album ni ada satu suasana kecamuk,dendam,gelisah…dan macam2 perasaan bercampur baur.ia boleh di anggap satu album yang bagus dari segi experimentasi.album ni agak jahat jugak bagi aku…terutama nya permainan gitar Albert Hammond Jr,ada kelas tersendiri.untuk album ni aku paling suka lagu “Heart In A Cage” penuh kekalutan…tengok pulak Muzik Video dia,tambah kecamuk.salute!!!


ANGELS…aku baru je dapat album nih.sebelum keluar album ni aku dah dengar “Under Cover Of Darkness”…the strokes telah memuatkan lagu ni dalam internet dan memberi secara percuma dalam masa 48 jam.lagu nih mengingat kan aku kepada “Room On Fire” semangat lama datang kembali.mungkin kah The Strokes akan kembali kan hype rock ‘n’ roll,kita tunggu & lihat.dalam album ni mereka sebenar nya banyak mencuba benda baru..terutama nya tentang haluan album ni.dimana Julian langsung tidak merekod bersama2 dengan band kerana tak nak Albert,Nick,Nikolai & Fab hanya tunggu arahan,sebalik nya mereka berlima boleh bereksperimen dengan gadjet masing2 dan sama2 membuat keputusan mengenai hala tuju album.masing2 ada sentuhan sendiri,walaupon macam ada tekanan.aku tak tahu camne nak kategori kan album ni.agak moden tapi masih revival ah sudah!!!,dia macam sound 70an dengan atmosfera futuristik.pembuka album “Machu Picchu” agak mengejutkan aku.sama macam mula2 aku dengar “Whatever Happen” dia punya hype memang terbaik,senang nak hadam.dengar kan juga “Metabolism” “Games” “Taken A Fool” begitu catchy,apabila sampai ke trek “Gratisfaction”…memang taruhan yang baik,sekali dengar macam broadway…tapi broadway versi the strokes lah.memang lain dari yang sedia ada.agak menarik.bagi aku album ni sepatut nya keluar antara ROOM ON FIRE & FIRST IMPRESSION ON EARTH.sound kali nampak macam ditengah2 kedua2 album tadi.itulah ANGELS…hampir 5 tahun di tunggu untuk The Strokes kembali dengan karya yang hebat!!!.membukti kan bahawa The Strokes masih lagi punya hype.

THE FIFTH?...bila di tanya adakah mereka akan menghasil kan album dalam masa 2 tahun selepas ni,Nick mengatakan mereka tengah duduk dalam studio sekarang,Dengar khabar nya mereka sedang mengumpul bahan untuk album kelima, WOWW!!! Angels baru saja menghiasi radar telinga peminat, dan diorang dah kumpul bahan mentah untuk ke seterus nya.mungkin album baru akan keluar tahun depan? tunggu la aku khatam Angels dulu bro…apa2 pon aku tak pelik kalau mereka excited nak buat album baru.sebab sejak 5 tahun kebelakangan ni, sebelum kelahiran Angels, masing2 bukan duduk diam pon.masing2 sibuk dengan projek sisi terutama nya si julian,mari kita lihat antara projek2 kelima2 ahli The Strokes ini:-

PROJEK SISI


Julian berjaya dengan “Phrazes For The Young”, album projek solo julian yang bagi aku berjaya,yeah agak lari dari sound The Strokes,lebih futurism nya.bukan setakat album solo saja,Julian jugak banyak berkolaborasi dengan artis2 lain,macam Pharrel William,Santigold & ramai lagi.aku suka kombinasi Julian dengan Sparkle Horse&Danger Mouse melalui lagu “Little Girl”.tak lupa jugak lagu “Boombox” kolaborasi dengan The Lonely Island,lagu yang jahat sungguh & memang kejam!!!macam mana pon lagu ni tak sesuai untuk di pasang di tempat awam haha,kerana lirik dia yang agak bangang.


Albert Hammond Jr membawa kesinambungan The Strokes,sound yang hype tapi tak sama,sebab The Strokes adalah The Strokes….Albert sempat keluar kan 2 album menggunakan nama nya sendiri dalam side project nya.tidak lah seberjaya Julian,tapi Albert punya sentuhan sendiri.sound pop experimental yang tiada unsur gelap The Strokes.


Nickel Eye,nama band side project bagi Fraiture.dia telah jauh tinggal kan The Strokes sebagai tulang belakang sound untuk band project nya,memain kan folk rock sebagai teras muzik band,kadang2 kedengaran juga riff2 Fraiture dalam The Strokes haha.apa pon Fraiture tidak diam sepanjang 3 tahun sebelum merakam album Angels.


Fab Moretti atau Fab juga tidak senyap begitu saja dalam era selepas First Impression On Earth.dia muncul dengan band “Little Joy”, aku tak berapa pasti dengan sound Little Joy sebab tak pernah dengar pon, malah aku sendiri tak tau pon yang Fab ada band side project.dia kadang2 mengajak Fraiture bermain untuk Little Joy.nanti aku google pasal Little Joy, pada aku Fab tak akan main muzik yang tak hype.sebab gaya drumming dia memang agak tampan lah hehe.power Fab!!!


Ini agak lari sikit,bukan sikit dah tapi jauh kelaut.Nick Valensi…meninggalkan jauh The Strokes & juga bidang muzik, dia lebih cenderung kepada seni lukis sebagai side project.dia ni suka Pop Art…sebab tu The Strokes banyak berkait dengan Pop Art.WOWW!!! Nick memang  berbakat beb.ada juga khabar yang mengatakan dia bengang dengan Julian tentang perjalanan The Strokes,lantas mengambil keputusan drastik untuk tidak memikirkan pasal muzik.rugi nya rasa bila Nick tak main gitar,dia nih memang power.Sound dia adalah sound The Strokes,sound The Strokes adalah sound dia.

VIDEO MUZIK

Antara medium terpenting dalam industri muzik sekarang,The Strokes tidak terlepas untuk menghasilkan video2 klip untuk single2 mereka.album First Impression On Earth walaupon kurang berjaya dari segi jualan,namun aku melihat muzik video untuk album ni sangat berjaya,kat sini aku nak tunjuk kat korang beberapa muzik video The Strokes.yang mana aku paling suka?...aku meletakkan “You Only Live Once” sebagai video muzik #1,sangat smart:-


Heart In A Cage dengan video hitam putih berlatar belakang kan kota metropolis New York.sangat berjiwa…tambah2 di saat Julian berbaring di jalan raya.simple tapi agak mellow & emo!!!


You Only Live Once,melihat kan anggota The Strokes memakai sut putih kesemua nya kecuali Nick.bagai kan berada dalam bilik kebal sedikit demi sedikit air berwarna hitam memasuki ruang tika mereka rancak menyanyi.sehingga lah air mencapai takat dagu,Julian sedikit pon tak berganjak…sampai lah mereka tenggelam.sempoi!!!


Reptilia.Video yang sangat simple…fesyen The Strokes!!! Reptilia memang reptilia!!!


12:51…gaya persembahan video ala2 TRON.dengan pencahayaan yang agak neon.aku suka tengok video nih.agak kedepan berbanding video2 muzik yang ada masa tu.kena dengan lagu 12:51 yang catchy gila.


Under Cover Of Darkness,single pertama dari album Angels.menarik dengan konsep inggeris zaman 70an,bergaya & agak sempoi.tak puas untuk aku ulang2 tengok video muzik nih.ada 1 part dalam video nih mengingat kan aku pada video klip Gun ‘n’ Roses iaitu “November Rain”…

itulah lebih kurang kisah band pujaan aku.banyak nakdi ceritakan 1 entry memang ta cukup haha.kita tangguh dulu kisah revival ini...kalau ada bahan aku update lagi.POWW!!!

NivSaid:suara aku sebijik macam Julian Casablancas

Thursday 23 June 2011

Ambiga,Murtad & IFC

kecoh 2 3 hari nih geng2 monyet belaan KJ bertempik,bukan saja bertempik tapi monyet ini tambah maju apabila dalam 2 3 hari nih menghighlight kan isu Ambiga ni seorang yang menyokong pluralism & murtad di malaysia ni.kalau orang yang bodoh memang buta2 lah terima berita2 camtu.kesian kepada orang2 PAS yang kurang pengetahuan,hari ini PAS di bantai kaw2 isu Ambiga nih.Mat Sabu di caci hina geng2 monyet KJ.banyak tohmah datang kepada PAS.tapi bila sampai kat aku,aku akan teliti betol2,tengok dari sudut yang orang tak tengok.


penat lah aku google cari info sapa Ambiga nih,dia nih lawyer,apa kaitan dia dengan IFC? tiada bukti kukuh Ambiga ada kaitan dengan IFC,dia hanya dapat memo dari IFC bukan nya dia yang membuat memo tersebut.geng2 monyet sendiri ak dapat sahih kan isu kaitan Ambiga dengan IFC nih.jadi aku boleh cakap paklah ada kaitan dengan IFC sebab dia pon terima memo...boleh ke?[persoalan tu...bukan tuduhan].so tuduhan geng monyet nih kurang berasas.


kedua,mengenai forum yang membincangkan kes Lina Joy,perbincangan ini juga dihadiri ABIM,beza nya Ambiga di sebelah pihak yang menyokong kes murtad patut di bicara di bawah mahkamah sivil,sebab ada kaitan dengan peruntukan undang2.kalau mahkamah kata boleh,apa kita boleh buat betol tak,lagipon yang membenarkan perkara ini adalah undang2 yang datang dari puak UMNO sendiri.then Ambiga ni kafir yang tak faham islam,so aku tak pelik lah dia serta forum tuh,lain la kalau melayu yang mengaku islam menyokong murtad tu,memang bangsat lah...ada,korang je tak tau.


ketiga,ada aku kisah Ambiga ke Ambuga ke yang jadi ketua....aku tak kisah pon,sapa2 pon jadi ketua ianya hanya di atas kertas,dan di depan media.di atas jalan esok hari rakyatlah ketua kepada Ambiga,rakyatlah yang akan ke depan melebihi Ambiga.hati rakyat yang mengetuai perhimpunan BERSIH nanti.bukan Ambiga yang suruh aku & rakyat turun.hati rakyat lah yang meronta2 mahu turun di jalan.bukan Ambiga yang memaksa rakyat turun,UMNO lah punca nya rakyat turun...kerana kecelakaan UMNO lah rakyat turun untuk menegakkan hak mereka.aku rakyat,aku akan turun!!!!


aku turun bukan kerana menyokong Ambiga & murtad!!!! aku turun kerana,Ambiga & aku ada rasa yang sama untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya memBERSIHkan SPR.salah ke aku punya hasrat yang sama macam Ambiga?,berdosa ke aku punya matlamat yang sama,Hanjing kah aku bersama2 Ambiga menentang korupsi?.aku tak kenal Ambiga,tapi aku kenal UMNO!!!...yang kenal pon aku tak sokong,yang tak kenal lagi lah tak sokong,memang aku tak sokong Ambiga,tapi aku sokong BERSIH!!!!.ini sebenar nya salah UMNO jugak yang tak mempratikkan ISLAM dengan betul..sampai Ambiga nih tak faham.insyaallah bila dah berjaya nanti kita fahamkan dia pasal ISLAM nih.lupa pulak aku...UMNO ni parti meLAYU je...mana dia nak ambil tahu pasal ISLAM,buang masa Najik je,baik pegi melancong ke khazhastan dengan anak beranak....betol tak.


UMNO sebenar nya sudah lupa pasal demonstrasi ni kot...ataupon Hishamuddin dah nyanyok.takkan la Abg Din dah lupa kot "Ketika menentang Malayan Union, Allahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri memimpin demonstrasi menentang Malayan Unnion dan beliau adalah antara pengasas Umno malah Presiden Umno yang pertama," ishk3 cucu apalah Abg Din nih...datuk sendiri memimpin demonstrasi suatu ketika dulu,tapi Abg Din macam takde telor je skang nih.betol ke Abg Din ni keturunan Datuk Onn Jaafar.pantang betul bang kalau saya tak ikut jejak pemimpin melayu sejati macam atuk Abg Din.

itu cerita Abg Din yang ku sanjung...[eh! betol nih aku sanjung dia haha],cerita geng PERKOSA plak camna...disebabkan geng ni tak boleh PERKOSA Ambiga,dorang bakar gambar Ambiga,hantar mesej ugutan.uih samseng nya geng katak ni, takut aku hahahaha....takut la sangat.meh sini la Him Kembong...meh bakar aku nih.makin lama makin samseng kan PERKOSA nih...oohh lupa plak aku dorang nih adik beradik dengan GANGSTER KL yang sentap hari tuh POWW!!!.kepada KJ & Abg Din...aku sayang korang berdua....marilah kita sama ke perhimpunan BERSIH.aku menjemput dengan penuh ikhlas POWW!!!! sekian.

Wednesday 22 June 2011

Bos baru Chelsea

The blues telah mendapat manager baru mereka iaitu bekas manager Porto yang menang Pila UEFA hari tuh.WOW!!! nampak nya Chelsea guna formula yang sama ketika mereka ambil Hose Mourinho suatu masa dulu.apa pon manager baru ini nama nya Andre Villa-Boas...muda lagi baru berumur 34 taun [lahir pada 17 Okt 1977] hui.....setakat ni dialah manager paling muda dalam EPL.The Blues hari ini memberitahu mereka membayar Porto sebanyak 13.3 pound sterling untuk melepaskan Villa Boas ni.itu baru jumlah bayaran pelepasan dari kontrak,gaji dia tak tau lah Roman bayar berapa kan.hebat sangat ke mamat ni sampai Roman buat keputusan camtu.


inilah dia Andre Villa Boas....macam Casillas je muka die nih hehe



sebenarnya Villa Boas ni tak pernah ada pengalaman sebagai pemain bola pro.tapi dia antara manager paling muda yang menang piala UEFA.kita tengok sajalah nanti apa jenis taktikal yang akan di bawa Villa Boas ni.tapi kalau ikut pemerhatian aku la...geng Portugal ni banyak main kasar & provokasi.kalau dah menang piala tuh mesti lah dia seorang yang sangat berkualiti.apa kualiti yang akan dia bawa masuk ke dalam Chelsea nanti.kita tunggu...

aku mengharapkan perubahan total ke atas squad Chelsea bila Villa-Boas ni mengambil alih.
macam mana la nasib Torres,Drogba,Terry,Cole & lain2 ye....aku menantikan perubahan taktikal dari bos baru diorang nih.mungkin ramai akan dibawa masuk musim ini....pemilihan manager baru nih memberi kita petunjuk bahawa Chelsea akan menghabis kan seberapa banyak duit untuk memperkukuh kan team.munkin akan ada kejutan dalam barisan Chelsea.
siapa star yang akan di beli mereka.kita tunggu POWW!!!

NivSaid:tak sabar nak tengok Torres keluar dari the blues haha [jangan marah aaa]

Tuesday 21 June 2011

Mari pijak KATAK di jalanan

makin lama makin celaka si katak kembung bos kepada kumpulan PERKOSA.makin hari makin banyak kenyataan perkauman yang di lempar dengan sewenang2 nya.oleh kerana cemburu dengan perhimpunan BERSIH,katak him cuba menakut2 kan orang cina dengan kenyataan sebegini,
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika perhimpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Ya, apa sahaja boleh berlaku” 
ini yang katak him cakap pada orang cina.pada aku kaum cina tak perlu simpan bekalan makanan,bahkan akan bersama2 kaum melayu & india menyertai perhimpunan BERSIH.


kenapa aku berani sekali kata macam tu,mengapa begitu yakin cina akan sertai aku dalam BERSIH nanti?...sebab aku lihat mereka antara kaum yang berani,malah lagi berani dari kaum aku [melayu].aku sendiri malu dengan kaum aku yang bebal & penakut nak mampos.kepada kaum cina tak payah nak dengar cakap katak.kata sama2 turun di jalanan.kita bukan nak merusuh,kita menyampaikan hasrat mahukan KEBERSIHAN DALAM SISTEM PILIHANRAYA.


kali ni katak him mahu memPERKOSA kaum cina pula,cuba memPERKOSA hak orang cina di malaysia,ko ingat malaysia nih ko punya ke katak him.cibai la lu.kepada kaum cina,korang ada hak untuk dapat kan pilihanraya yang bersih,tak perlu takut pada katak sekor nih.KJ pon tak mau layan katak ni.sebab KJ bukan spesis katak,KJ spesis "BERUK" haha,mana mungkin beruk boleh kawan dengan katak POWW!!!


aku tak faham kenapa sampai hari nih takde 1 orang pon yang berani usik katak ni.Najik tak berani ke...kerajaan kan ada akta hasutan.tahan je katak him ni.banyak dah kata2 katak nih menimbulkan suasana tegang antara kaum.UMNO mana...oooo lupa plak,katak him ni haiwan peliharaan diorang.ke UMNO nak aku turun padang pijak katak ni.aku no hal la.1 by 1 aku berani...ko main keris aku main tapak kaki je...aku siap boleh ajak member cina & india lagi pijak2 ko tuh.


oleh itu kepada semua kaum cina yang mahukan sistem pilihanraya yang bersih,jom kata turun ramai2 julai ni.kita boleh lepak2 minum teh tarik,pekena nasi lemak..kasi untung itu peniaga kat kl nih.lepas habis makan marilah kita berhimpun secara aman.kalau jumpa katak kita kasi habis sama si KATAK LANCAU!!!!...lu tau kan macam mana mau kasi katak diam.kalau jumpa BERUK...kita kasi pisang,jangan apa2 kan BERUK tu...aku sayang beruk tu hehe,nanti bleh tolong aku panjat kelapa.ok lah jumpa di jalanan nanti.



penyek ko aku kerja kan nanti!!!!!




NivSaid:ini bukan perhimpunan revolusi macam kat arab sana,kita orang timur,ada adab sopan,kita berkumpul secara aman untuk anak cucu kita.jangan jadi macam arab yang hampeh!!!!

Sunday 19 June 2011

Utusan Bangsat

tak habis utusan bodo ni menghina undang2 islam,diorang keluar kan pulak cerita karut,"maahad rekrut JI", apa motif utusan bangsat nih.dalam nak mengampu,menjilat,melacur kerajaan mereka sanggup buat fitnah.tahu ke diorang nih sekarang meletakkan malaysia dalam keadaan bahaya,sial betol!! dengan tajuk macam tuh boleh mengundang rasa tak senang barat.


bangsat betol la utusan ni.dah la laporan tak lengkap dan samar2,hari ni plak menteri yang jaga bahagian agama nih kata tiada maahad yang merekrut JI.apakah utusan lagi hebat dari pak menteri...sampai ada sumber dari "risikan anti keganasan"?...tapi tak pulak bagi tau tentang sumber tersebut.sah lah ini hanya rekaan utusan bangsat semata2.hanya untuk melaris kan jualan,mereka sanggup meletakkan rakyat malaysia dalam bahaya.


aku rasa editor utusan dan sapa yang tulis pasal "maahad rekrut JI" nih wajib kena ISA.sebab mengancam ketenteraman.lagipun tak pernah terbukti malaysia ada hubungan dengan JI.ini boleh menjejas kan pemikiran orang ramai terhadap sekolah agama.utusan bangsat nih cuba menanam kan pandangan negatif masyarakat terhadap sekolah agama.ini kah surat khabar untuk orang islam?....sanggup mempersendakan hukum agama dan meletakkan agama islam dalam bahaya.


dah kalau ko nak jugak ampu kerajaan tuh.ko tulis je lah najik hensem nak mampos...rosmah montok gebu takde dah orang boleh celen dia.dah tak laku tu buat je la cara tak laku.utusan bangsat nih dah macam artis yang tak laku lah,belakon tak pandai tapi tehegeh2 nak belakon,bikin kontroversi sana sini,kacau laki orang oppssss!!!!!...sama la juga dengan utusan bangsat nih.artikel takuk lama gaya penulisan buruk nak mapos...so untuk nak bagi orang tau kewujudan diorang nih,cari la kontroversi,kerana nak publisiti murahan.surat khabar tahap longkang la lu.memang gampang ah!!!


memang patut lah hari ni Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku menteri besar kelantan menyekat utusan bangsat nih,untuk tak memasuki dewan membuat liputan.sebab utusan bangsat nih menyampaikan fitnah semata2.aku berharap sangat sekatan itu untuk selama2 nya.








NivSaid: ini surat khabar aaa...buat sapu itu taik budak berak rata2 saja maaa...

Saturday 18 June 2011

Gelabah bila kena hack!!!



gelabah ayam la ko kan bila 51 web kerajaan kena hack.apa cerita ni SKMM,tido ke time kena hack tu....semesti nya tido,sebab geng anonymous tu bagi waring 48 jam tu,bukan 4 jam beb,48 jam!!!.apa guna cyberjaya kebanggaan Tun M.itu baru warning main2 dari budak2 nakal.so cyberjaya 1 projek yang gagal.

Dekan Sekolah Informatik Termaju Universiti Teknologi Malaysia ( UTM AIS ) Profesor Dr Shamsul Sahibuddin berpendapat kumpulan penggodam berkenaan bukanlah berniat jahat sebaliknya cuma mahu menonjolkan diri mereka kononnya sebagai pejuang kebebasan internet.

"Kalau ikut kemampuan sebenar , mereka boleh mendatangkan kerosakan yang lebih teruk namun apa yang saya lihat mereka hanya menyebabkan kecacatan laman utama", katanya.

memang betol tekaan aku mengenai kes yang terjadi baru2 nih.ini cuma bagi warning kat kerajaan supaya jangan jadi bodoh sangat,segala2 perbuatan ada balasan nya.aku sangat percaya geng anonymous tu boleh buat lebih dari itu.tapi diorang tak buat,kenapa diorang tak buat lebih dari tu...sebab kes malaysia nih kecik je.tak macam kat Spain,Syria & negara2 yang pernah kena lagi teruk dari ni.kalau diorang nak lagi jahat,diorang boleh hack time office hours...haru beb kalau kena time tu.huru hara la putrajaya.tapi tak....sebab mereka tak berniat jahat pon.mereka cuma menyampai kan mesej.

polis kenal pasti 90% hackers adalah orang malaysia...WTF!!!.sembang bleh la woi,aku bleh cakap macam2,takde bukti beb.terrer la sangat korang kan.sekejap je boleh detect hackers tu...padahal korang sampai skang duk pakai sistem analog lagi,taun lepas je baru ada ura2 nak upgrade ke digital.so analog nak lawan digital?...POWW!!! power lah korang.bomoh pon pakai PC skang woi!!!.

1 lagi,hackers ni tak mewakili mana2 parti politik sebab diorang nih international,so kepada mereka yang penjilat **** kerajaan jangan duk melatah tak tentu pasal.takde kaitan dengan pembangkang,ini gerakan international tanpa berpihak pada mana2 parti.mereka bertindak atas dasar hak kemanusiaan.

NivSaid:aku sebenar nya agak gerun dengan hackers ni...boleh kacau bilau hidup kita

Pursuit Of Happiness



Kisah benar seorang lelaki.....mencari kebahagian

aku masih lagi teringat2 jalan cerita The Pursuit of Happiness...cerita yang agak memberi kesan kepada aku.Will Smith memang power,hampir menitis air mata bila tengok betapa susah nya si Gardner [Will Smith] nak menjalan kan bisnes,jual benda yang pada pandangan orang agak tak munasabah.sampai 1 masa Gardner hilang segala2 nya dalam hidup termasuk isteri.pernah suatu masa Gardner ni tido dalam toilet kat stesen tren.gila sedih beb tengok cerita nih.

itu semua semata2 untuk mencapai kebahagian dalam hidup...bagi gardner dia perlu untuk mengubah hidup dengan berbisnes.untuk mencapai kebahagian juga dia kehilangan segala benda.kerana nak cari kebahagian banyak halangan Gardner perlu lalui.sampai lah dia dapat peluang untuk menjalani latihan sebagai "Stockbroker".dengan usaha yang agak gila babi gardner akhir nya dapat kerja sebagai "Stockbroker" & akhir nya membuka firma sendiri.tapi ianya memerlukan pengorbanan & usaha yang super!!!

itu lah jalan nya untk mencapai kejayaan.macam mana pulak dengan pursuit of hapiness versi aku?....kebahagian bagi aku adalah,"ketenangan bila nak buat amal soleh",so macam mana aku nak dapat kan ketenangan time aku nak beribadat.aku rasa duduk kat kl nih takde ketenangan bila nak beribadat,semua nya kena rushing,sampai solat pon kena rushing,adakah
sempurna solat aku bila dalam keadaan rushing atau tergesa2.

solat perlukan seseorang tu buang jauh2 pasal dunia...dalam masa 5 minit boleh kah kita buang sekejap hal dunia.pada aku tak boleh!!!,dalam keadaan tergesa2 memang tak boleh.kena tenang dulu baru bleh buang jauh2 hal dunia...tapi kita ada brape minit je untuk solat kat ofis.ofis boleh la dalam 15 minit.kalau kat kilang?,restoran?.ini bukan masalah "nak seribu daya taknak seribu dalih"....ini masalah mencari kebahagian dalam agama.mencari keredhaan hakiki.

untuk menyelesai kan masalah "Pursuit of Happiness" ni aku rasa aku kena la ikut jejak mak aku...apa mak aku buat.mak aku buat bisnes,"time" die bleh control sendiri tak payah nak terkocoh2 bila time solat,besiap2 dengan tenang.bleh control anak2,tambah2 anak nakal macam aku nih.aku bukan nak kaya sangat,bukan nak pakai kereta mewah2 sangat.aku nak masa yang cukup untuk beribadat dengan tenang.taknak lah pegi masjid time jumaat je.

"Pursuit of Happiness" aku kalau boleh nak pegi masjid tiap2 kali masuk waktu...bukan nya bila dah pencen baru nak kenal masjid.masa tuh aku dh bertongkat...sgt susah untuk ke masjid.so aku kena ingat 5 perkara sebelom 5 perkara.muda sebelum tua....maksud dia bukan "muda" je...tapi muda ada isi.isi apa?...amal soleh la isi waktu muda tu.so bila dah tua tak payah susah2.


NivSaid:kehidupan sia2 di kuala lumpur....mengejar kebahagiaan,apa sudah nya?


Anak PM bertunang....

Hari ni aku bangun lambat...dekat2 kul 12 tengahari jugak lah.adoi la tak masuk rezeki aku hari ni.dah lama tak bangun tido lambat camni hehe.dah agak lama aku tak merasa hari sabtu yang tenang hehe.so bangun la aku kul 12 mandi2 pakai2 lepak depan tv,tengok berita kul 1.30 layan la cerita2 dongeng purbakala tv3suku,tengah2 boring nak tukar siaran,aku di paku oleh tajuk berita ni.........agak2 korang apa berita menarik tadi..."pertunangan anak najik"..,POWW!!! hah mula la tu...hehe

so aku buka la tenet.surf la cari info,masuk lah malaysiakini & baca punya baca,aku jumpa la statement nih...

“Saya difahamkan nota pembelian daripada 
sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

ah sudah Najik pakai duit kerajaan untuk majlis bertunang anak dia....apa hal ni.betol ke tak ni.hmmm kena cari bukti nih.sebelum cari bukti kita tengok gamba anak najib nih:


Anak perempuan Najik...

sebelum aku caribahan untuk kes ni.dalam hati aku berkata......alamak apasal tak cun anak Najik nih...apasal tak macam Rosmah yang cun gila,lawa,gebu,montok,montel hahaha....kecewa aku tengok gamba nih.serius tak cun macam Rosmah.RM cun melecun wooooo...hari tu aku tengok gamba dia pakai tudung ahahaha....pala hotak bejambul!!!!!


NivSaid:ni anak Najik ngan RM ke?...

Ayat Cantik Punya Pasal

dah 4 hari aku tak update blog....aaarrgghhhh tekanan haha.apa punca aku tak update blog,takde bahan untuk blog?,malas?,busy sangat dengan kerja?, aku bukan takde bahan,korang tengok sendiri lah minggu nih banyak sebenar nya bahan untuk aku menulis...cuma sikap aku,sikap malas...bukan,sikap terlalu nak ada input kepada pembaca.aku nih jenis yang tak suka tulis benda2 mengarut,tulis benda2 yang takde asal usul.


dalam minggu nih aku dah list beberapa tajuk untuk aku post kan...macam web kerajaan kena hack,web download lagu kena sekat,FB cuti2 1malaysia yang bodoh,pasal perhimpunan bersih yang akan di gangu..banyak,tapi sebelum aku tulis aku kena cari bahan2 yang betol2 sahih.supaya aku tak memfitnah.macam kes minggu nih,ada la mamat kat FB ni post pasal bola,yang ke arah fitnah,so aku sound laaa dia,dia sound aku balik beb.so aku ckp simple je kat die,"tanggungjawab aku dah lepas[tegur mukmin jangan sebar fitnah],terserah pada kau lah".


habis cerita FB tersebut.so dengan sikap aku yang tak suka post benda2 yang tak sahih membuat kan blog aku macam lembab [aarrghh tekanan!!! haha].pasal web kerajaan yang kena hack tu,aku dah byk kumpul bahan sebenar nya,1 hari aku pegi jajah blog2 orang,bukak itu ini.bahan mentah dah cukup tapi nak menyusun ayat ni ya allah memang serabut ayam betol!!!.so simpan sejam,simpan 3 jam..lama2 jadi 24 jam then 48 jam,pastu terus basi alahai niv.nak ayat cantik punya pasal,4 hari aku tak post apa2 entry.


camtu jugak dengan web download lagu yang di sekat kerajaan...aku dah excited nak post ni,cari bahan,pastu discuss kat FB dengan kawan2 FB,nak dapat input terbaik katakan.bahan dah ada...discuss kemain lama dan berjela2 punya komen.tapi aku simpan jugak.nak ayat cantik punya pasal,sama macam tadi lah peram2 lama2 jadi jeruk basi.adeh...xleh makan beb.bak kata boss aku "good idea,bad design" haha.oleh kerana bad design tersebut maka blog aku pon macam basi.


mintak maaf lah kawan2 & pembaca...aku akan ubah sikap terlalu nak "mengayat" nih hehe.nanti aku try berguru dengan otai2 blogger.camna cara nak update blog secara berkesan & ayat mau cantik.maaf kan aku lagi sekali....POWW!!!


NivSaid:aku power BM masa sekolah dulu beb,cikgu bahasa malaysia memang sayang aku lebih!!!!

Tuesday 14 June 2011

Budaya EPL di Klate!!!

Semalam aku tengok FB Ultras Kelantan-The Red Mania,saja nak tengok2 apa aktiviti diorang,sebab Ultras ni memang aktif lah.antara penyokong negeri yang paling menonjol dalam bola sepak malaysia nih.lama jugak la duk baca2 dorang punya topik.pastu aku terjumpa 1 budaya yang aku rasa takde kat malaysia nih.budaya nih bukan nya budaya yang buruk,ia 1 budaya yang bagus di ambil dari EPL.budaya apa tu?


budaya membuat banner untuk menaikkan semangat kepada player yang mereka tau player tuh tengah down gila2.budaya support player yang dulu kita hanya boleh tengok kat Anfield,Highbury & Old Trafford,dan sekarang tengah menyerap dalam liga bola sepak kita.satu etika yang agak positif.kita biasa tengok kat EPL,penyokong2 diorang bagi support kat player macam Rooney,Drogba,Gerrad....bila player tengah injured ke,ada masalah dalaman ke.tapi hari ni kita boleh tengok kat liga kita sendiri.aku agak berbangga dengan budaya ni.



usaha murni geng Ultras Klate!!!!


aku tak sempat tengok game semalam kat astro arena...so aku tak tahu camne rupa bentuk banner tersebut.yang pasti ia boleh menaikkan moral Daudsu yang telah down gila2.kalau aku duk tempat dia pon hancur luluh beb hati aku.mana tak nya position aku dulu2 memang "bek" lah.kalau dah silap sikit memang macam celaka lah haha.tapi semalam Ultras Kelantan tekad untuk menaikkan semangat player.usaha yang agak advance bagi aku POWW!!!.


NivSaid:aku cabar semua Ultras2 negeri masing2 tak kira la Perak ke Pahang ke Tganu ke Kedah ke[Ultra Selangor dah power haha]...semua2 team lah lawan la Ultras Klate nih.sama2 kita meriah kan liga kita.korang tak dengki ke tengok tiap2 game,meriah je stadium.

Sunday 12 June 2011

Abang Long Dil...cayalah



camne la aku nak start review cerita KL Gangster nih,penat aku pikir camne nak start.ah bantai je la kata hati tulus ku :).agak lambat untuk aku review filem ni sebenar nya.ah ketinggalan lah aku ni.ok malas nak cakap banyak.untuk hasil kerja Soul ni aku bagi 3 dekat2 nak 4 kot.jalan cerita dah ok,cuma aku rasa agak terlampau laju lah.tengok cerita ni mengingat kan aku pada Young & Dangerous...walaupon tak sama langsug hahaha.


untuk karekter aku rasa semua nya ok.malek [aaron aziz] memang tebaik,malek memang power ah,aku suka.tapi cerita bukan milik malek sorang je.pada aku KL Gangster takkan menjadi tanpa Jai [adi putra] & Ajib [Sofi Jikan].aku memang respek lah ngan Sofi Jikan nih,die jarang berlakon tapi sekali berlakon tuh memang cara lakonan dia menonjol lah.Adi Putra plak bagi aku memang superb dengan karekter Jai yang memang kepala angin tak takut mati.Fadhil @ Abang Long Dil lakonan si Zizan menambah perisa agar tak nampak terlalu serius.watak yang agak sempoi.


cerita nih memang layan lah berbanding Kongsi,mula2 launch dah cecah 1.5 juta.memang kaya lah si Soul nih.tambah2 angin la david teoh dengan mamat Soul nih hahaha.gaya cerita dengan efek2 dia memang bagus.orang cakap filem ni akan bagi kesan yang tak baik pada masyarakat,tapi pada aku,cerita ni habis kat panggung tu je....habis tengok cerita sikit2 kat umah esok nya cerita lagi...2 3 hari lepas tu takde laa.takde kesan tak baik punya.


itu review yang best...yang tak best? haaa tak syok kalau aku tak kritik filem beb!!!.menurut aku,apa yang tak best nya ada banyak segi jugak la,pertama nya sound dia agak melampau,bunyi orang bertumbuk tu macam melampau2.yang kedua nya, gaya bahasa dalam cerita nih lebih kearah cina cakap melayu,kenapa harus guna dialek yang macam tuh.tak gangster ke pakai bahasa percakapan biasa.aku rasa takde masalah kot.yang ketiga nya dari segi teknikal lah,aku tengok scene ni macam terhenti then sambung balik,nampak sangat kelemahan editing.time gaduh tu kita boleh tengok malek berhenti kejap then sambung balik...memang nampak.1 lagi scene fight,zoom dekat memang nampak hebat...bila Soul zoom jauh nampak loose lah.adoih banyak komen nampak hahaha.


di sarankan untuk korang tengok,ye la bila lagi nak tengok filem kita yang camni...bukan unsur ganas,tapi at least kita ada genre yang lain untuk penonton pilih.boring la asyik hantu cinta,hantu cinta...bla2.nak jugak tengok filem2 yang serius betol tak?.ok chow!!!




NivSaid:antara dialog yang POWW!!! dalam filem ni:
            1:sayur kita jual sekilo 3,4 ribu bro...ini 1 kilo 3 ringgit lu mau jual ka
            2:kasi langgar itu tempat la baru syok!!!
            3:skang tak kira lu ayahanda ka,lu abang long ka,ini KL gua pegang
            4:eh! sial la...ptuuiiii [abang long dil]





Pekida Sentap


filem yang buat pekida panas hati hahahaha!!!!

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri”
itu kenyataan yang datang dari ketua mereka kat KL nih.eh apahal plak Pekida nih??...tak pasal2 nak saman orang.apasal sentap tak tentu pasal ni.aku lupa agak nya..diorang ni kan adik beradik perkasa @ perkosa.cepat menggelabah ayam.aku tak tahu lah apa yang diorang tak puas hati kan.
guna kata laluan?kod rahsia?...rahsia la sangat,wei 1 malaysia ni dah tau la,ayahanda ke abang long ke...apa jadah ke.tak payah tunggu si soul tu tunjuk kat filem.semua dah tau la.aku pon tau la beb.pasal gangsterism tuh sapa yang malukan siapa nih.bukan korang ke yang malukan bangsa sendiri.3 tahun dulu orang dah tau pasal korang.amal makruf nahi mungkar konon.macam la aku tak tahu....kalau korang tak buat keja2 camtu kenapa nak sentap sampai nak saman si Soul ngan Farid tu hak3.
korang ni bukan kumpulan gangster...tapi ada kod rahsia,macam gangster Hong Kong & Macau.hebat lah korang nih hehe.apa2 pon korang jangan la marah kat aku ye.korang kan geng2 baik "amal makruf nahi mungkar".


NivSaid:tak payah nak terasa la bro...dua2 cerita nih takde kesan pon kat penonton.hiburan semata2.



Kito Kaloh Boh!!!



malas aku rasa nak update blog hari ni....kurang mood,sebab Klate kalah semalam haha.aduih.kalah saat2 akhir 
pulak tu.teryata la takde nasib.bercakap pasal final F.A semalam,aku tak pegi pon sebab aku ada hal lain yang lagi penting.tgk kat tv pon dah separuh masa ke2.aku pon tak tau kenapa aku tak rasa excited nak tengok haha.mungkin sebab sebelom final ni banyak aku baca pasal Klate tak akan menang,sebab FAM nak bagi hadiah piala F.A ni kat tuanku Agong.apala la korang ni.tak elok la camtu main tuduh2.

ada banyak sebab kekalah semalam.1 sebab mental pasukan Klate nih.team memang dah power,tapi semalam aku tengok Tganu lebih banyak serang.formula bolasepak ni senang je.ko serang 10 kali ko akan dapat 1 gol.Tganu semalam aku ibarat kan macam Liverpool zaman2 Rafa Banitez.diorang tak power dari segi attacking,memang hampeh.tapi kelebihan diorang boleh bawak bola sampai pintu gol dan membuat kan bek kelam kabut,dalam kelam kabut tu lah mereka pandai cari peluang.walau merapu macam mana pon stail gol tu.itu lah cara Liverpool zaman Banitez.dengan formula yang attacking gila babi & tak kira stail diorang boleh julang Piala Juara2 Eropah.sama juga dengan team Tganu semalam,serang & serang lagi sampai lah bek Klate nih pening & tertanduk ke gol sendiri.

tak payah bising2 pasal pengadil rasuah ke nak bagi piala kat Tuanku Agong ke.ramai yang cakap pengadil bodoh extend masa sampai lebih 7,8 minit.ramai tak puas hati kenapa lama sangat masa di beri,sebab ke2,korang tak sedar sebenar nya pengadil bengang dengan penyokong sebab  mengacau game.kalau korang tak main mercun baling botol.game akan habis  tepat & Klate akan menang,tapi oleh kerana korang cari pasal.so terima lah akibat.setakat FLARE tu aku rasa ok.[nampak macam game Barca ngan M.U dah dengan Flare merata2].

apa pon gol penyamaan Tganu bagi aku adalah offside,sebelom DaudSu tanduk bola ke gol.aku tengok player Tganu dah sampai dulu,cuma tak dapat je bola tuh.apa2 pon bola memang camtu lah.pada mereka yang tak dapat terima kekalahan ni,aku ingat korng ni bukan peminat bola...hanya "poser" lah."poser" je yang melebih2 dari fan sejati haha sebab diorang tak tahu apa itu bola.

bagi yang marah2 tu,nih aku nak bagi sedikit kata2 [ceh,macam bagus haha] "bola sepak ni tak boleh di ukur dengan trofi semata" yang penting sekarang ni adalah profil team kita dah upgrade,kalau orang tanya berapa kali Klate masuk Final?...ita dah boleh jawab dengan bangga.sekurang2 nya kita dah tambah rekod kemajuan.so janga marah2,sedih2 takpe.


NivSaid:aku ingat M.Karathu memang tak boleh blah dengan team The Red Warriors,harus diganti :D.
lagi 1 bola sepak malaysia nih tak meriah tanpa penyokong TRW."GoMoreKlateGoMore"


Thursday 9 June 2011

NABI BERBLOG

POWW!!! gile kontroversi tajuk kat atas ni.mampos aku kena kejar dengan Jabatan Agama Islam.rilek2 cool2 dulu brader...tajuk tu direct di tujukan kepada para follower blog.bukan blog aku.blog sesetangah orang yang followers dia memang taksub tahap wahabi POWW!!! lagi sekali.kenapa aku pilih perkataan nabi [nabi dalam entry ni bermaksud pembawa berita yang ada pengikut]...sebab nak bagi direct input kepada pembaca sekelian tentang "nabi blog" ni.sebenar nya bukan salah blogger tu sendiri tapi ketaksuban para pengikut blog beliau sampai orang tak boleh tegur blog yang diorang follow tuh.abang diorang punya blog kot haha.orang tegur baik2 di maki nya orang yang tegur.tegur lagi baik2 di caci maki lagi. apa punya pe'el aku pon tak pasti.fanatik gile.


ramai sebenar nya followers bebal di alam maya nih.aku wat survey la dalam 10 blog tu...hampir kesemua nya ada followers bebal.yang susah gila nak terima teguran.teguran!! bukan kritikan ok.baru tegur baik2...belom lagi kritik blog tu.kalau di kritik blog tu aku rasa ada juga yang berbunuh.kejam!!! ya memang kejam.sampai kan aku rasa dari blog yang baik2 bagi ilmu kat orang...jadi blog maki2 caci2 hina2.WTH!!! man.belom pon owner blog tuh jawab komen, para followers ni dengan lantang anak tekak dia menghambur kata2 nista.dengan takde ilmu nya.pastu tetap nak menegakkan benang yang tercelup minyak.[dah celup minyak memang takkan naik la,kalau basah air tu tunggu kering boleh jugak tegak].


tu kisah followers..."nabi" mereka camne pulak.dah tau anak buah duk caci maki orang takkan la di biar kan.nasihat la sikit beb! kata ada ilmu.jernih kan keadaan,ini tak...buat diam buat donno je.buat macam takde apa2.ko sebagai tuan rumah harus la menunjukkan keperibadian yang baik.lain la kalau blog ko memang blog maki2 orang,hina2 orang.itu tak dapat la aku nak cakap apa kan.ini blog ilmiah beb!!! tapi di kotor kan dengan komen2 para followers yang kurang otak.bila "nabi" diorang bersabda...maka betullah setiap patah perkataan yang keluar.pantang diusik sehuruf pon...kalau di usik maka hina lah orang yang meng'usik' tersebut.jatuh lah hukum maki sampai sudah keatas pesalah itu.


me"NABI"kan blogger yang korang suka adalah salah...so aku harap sapa2 yang terasa tu,perbaiki diri.aku bukan bagus cuma aku memperingati sesama islam.aku bukan hebat berblog pon.ayat cacamarba je kakaka.apa pon menegur sesama islam itu tidak salah.untuk kebaikan kita bersama.fikir dulu sebelom keluar kan komen atau kenyataan.aku tau korang belajar tinggi,hebat,berkerjaya pro.tapi kadang2 ada masa nya korang akan jadi bebal.sebab apa??....nanti aku sambung untuk part II POWW!!!




NivSaid:aku takde followers bertauliah lagi nih hahaha.