Saturday 12 November 2011

Cerita Aku & Anjing

mesti korang tertanya2,kenapa la aku wat tajuk camni.takde tajuk lain lagi ke nak tulis.aku nak jawab macamana pon tak tahu...aku tulis ni sekadar nak berkongsi je kot.yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan POWWW!!!, cewah macam bagus je aku ni.


ihsan Google hehe

sebenarnya yang aku nak cerita ni bukan lah 'anjing' binatang tu,'anjing' tu aku tujukan untuk PDRM,bukan keseluruhan nya,tapi bagi mereka yang layak di gelar begitu sahaja.aku tulis ni sebab aku ada dapat 2 soalan cepumas berbentuk subjektif.bila berbentuk subjektif aku boleh karang ikut suka aku lah jawapan dia haha.ok soalan2 nya adalah:


1:sekarang Polis adalah anjing kerajaan,bila pembangkang ambil alih adakah Polis akan jadi anjing mereka pula?


Jawapan:oleh kerana ianya subjektif, maka aku boleh jawab ikut sedap kepala hotak aku.bilamana pembangkang sekarang dapat membentuk kerajaan,maka Polis akan dijadikan kucing...bukan anjing.sebab apa kucing,sebab kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah.POWWW!!!



Tabik Tuan Kucing!!!


2:Bila pembangkang ambil alih kerajaan,adakah kerajaan itu akan pecat semua Polis dan rekrut ahli baru?


Jawapan:apa bodoh sangat soalan ko ni...kenapa sampai begitu bengap ko berfikir.buat apa kerajaan baru tu pecat diorang.yang salah nya kerajaan dulu.apa kejadah nya kerajaan nak habis kan duit buat keja gila.bengap POWWW!!!


Tujuan sebenar aku menulis hari ni sebenar nya bukan untuk isu di atas,itu sekadar selingan.hehe.dalam seminggu ni aku ada berdepan dengan kes 'anjing' ini.ok aku bahagikan kepada 2 kes.


kes1:aku sedang syok memandu di MRR2,di belakang aku ada sebuah kereta peronda.tak lama lepas tu aku ternampak ada kereta berhenti kat tepi jalan.dengan sepantas kilat nya kereta peronda tersebut memecut dan membunyikan siren.bila aku sampai dekat2 barulah aku nampak tuan kereta kat tepi jalan tadi menolak kereta nya yang rosak.korang tau apa peronda tadi buat?...mereka memecut kereta peronda dengan sepantas kilat macam tak ada apa2 meningalkan kereta tadi.


nampak sangat mereka hanya suka mencari kesalahan orang lain.bila dia tengok kereta tepi jalan mereka hanya nampak itu point untuk cari kesalahan.kenapa aku cakap macam tu...sebab,kenapa peronda tadi tak berhenti sedangkan dia tahu orang tu dalam kesusahan? sebab nya mereka tiada peratusan untuk dapat sesuatu...jadi peronda tadi biarkan saja.adakah tugas polis hanya tangkap orang jahat & dalam masa yang sama tak mahu tolong orang susah.susah sangat ke nak tolong orang.


itulah sebab mereka di panggil 'Anjing'


Kes2:aku berjalan2 kat satu bandar ni.tengah syok aku jalan2, tiba2 aku nampak kereta peronda.dalam fikiran aku,aku nak test polis ni hehe.so aku lalu sebelah kereta peronda dengan berlakon yang aku dah buat salah atau aku ni penjenayah.aku pandang diorang,bila diorang pandang aku,cepat2 aku tunduk kan muka & berjalan macam orang nak lari dari polis hehe.beberapa saat lepas tu peronda tadi pusing balik.


dalam hati aku "yes!!! masuk perangkap anjing2 ni"...memang tepat tekaan aku.peronda tadi suruh aku berhenti haha.korang tahu apa soalan pertama yang keluar "eh! kawan ko yang bunuh orang tu pegi mana ah?"...itu soalan dia.aku tak tipu tak reka cerita.tak boleh ke diorang tanya elok2...ini tak,main serang je mintak i.c pon tak.nampak sangat mereka hanya mencari kesalahan orang.kalau aku nak report pasal ni boleh je.tapi aku malas sebab aku dah plan awal2 tadi.kat situ kita boleh nampak hakikat dia.


itulah sebab mereka di panggil 'Anjing'



Anjing bawa kereta peronda...hehe


itu baru 2 kes yang aku sebut.banyak lagi kes2 yang aku hadapi.malas nak cerita je.panjang sangat kalau aku nak cerita,belom masuk bab duit ke apa2 lagi.sekurang2 nya aku & orang politik memanggil polis dengan gelaran anjing.korang tahu tak peminat bola sepak panggil polis & Fru dengan panggilan "PIGS" POWWW!!!...ini bukan aku reka.ini benda realiti.penyokong bola sepak memanggil mereka "PIGS".so gelaran yang kitorang bagi untuk polis ni kira ringan lah.


NivSaid:ini adalah gelaran kepada mereka yang layak di gelar sahaja,harap maklum.sapa makan cili dia terasa pedas.sapa makan banyak die terasa nak berak!!!

Kuching Yang Tak Kucing


BANDARAYA KUCHING

minggu lepas aku ke Kuching, Sarawak.naik flight dalam kul 10,aku sampai ke Kuching dari KL dalam pukul 12 tengahari camtu la.so sampai lah aku ke Bandaraya Kuching...aku tengok macam biasa je,bukan macam biasa sebenar nya...macam ta biasa.ye la bila sebut 'Bandaraya' dalam otak aku mesti pikir kan bandar yag besar.tapi tak macam yang di sangka...ianya bandar kecil saja.aku pelik macamana dia boleh dapat 'Bandaraya' tu.ah,tak kisah lah...bukan tu tujuan aku menulis kali ni.

so sampai je di hotel dalam pukul 1 tengahari lebih kurang la.aku cuma ada 1 hari je untuk round2 Bandaraya Kuching ni.jadi aku lepak sekejap je kat bilik pastu turun lah round2 sekitar.cari papan lapis...opsss kek lapis la.hehe.kat 1 part ni aku tengok 1 barisan kedai jual barang2 kraftangan je.aku memang suka lah benda2 camni.barang2 ukiran memang banyak....semua kedai aku masuk haha.tengok patung kucing yang besa,kecik,comel & buruk semua ada haha.

so aku dah penat jalan2 cari barang.aku pon balik la...dalam perjalanan nak balik tu aku terfikir,"ini bandar kuching,tapi aku tak nampak sekor pon kucing"...haha.jem!!!.dengan hati yang kecewa aku berjalan pulang.dah nak dekat sampai hotel,lebih kurang dalam 500 meter lah...baru lah aku jumpa kucing,akudah excited ni tengok kucing.aku pon cuba menegur sapa kucing berkenaan.tapi dia lari lintang pukang.cisss...tak peramah langsung kucing kat sini,nama je Bandaraya Kuching tapi takde kucing,yang ada pulak tak mesra alam huhu.dalam hati aku "tak kucing langsung la Kuching ni" POWWW!!!.

dengan kehampaan aku balik ke hotel,badan dah penat kaki pon dah bedenyut,elok lah kiranya aku balik tidur haha.tengah aku duk syok jalan2 sambil tengok2 sekeliling aku terserempak dengan musuh kucing iaitu anjing...huhu.Anjing datang sekat aku.ini bukan anjing tapi "ANJING" yang lagi 1.diorang tahan aku,sembang2 sikit pastu aku tunjuk i.c lepas la.hehe senang nya nak lepaskan diri dari "ANJING"...nanti aku cerita degan panjang lebar nya tentang "ANJING" ni.

so,first impression aku pada Bandaraya Kuching ni dah jadi tak betul.kesian orang Sarawak.sori la beb,bukan aku nak judge ke ape ke.tapi tu lah hakikat.1 je aku suka kat sini,banyak kedai jual kraftangan & cenderamata.memang syok masuk kedai2 diorang.aku sebenar nya datang sini nak try makan makanan orang Sarawak.tapi ada 1 mamat Klate yang bongok yang nak makan nasi kerabu...WTH!!!.datang tempat orang makan la makanan orang.nak makan nasik kerabu balik kampung mung la tolol!!!.

NivSaid:aku confused...nama Kuching ni datang dari Kucing ke Buah Mata Kucing???....


Thursday 3 November 2011

Gomo Gunners Gomo

Sebenar nya ulangtahun ke 125 ni kurang makna bagi orang2 Emirates.kerana apa,kerana kepergian tonggak utama yang merupakan nadi penting telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap Arsene Wenger.Hal yang sama terjadi di zaman Henry mahu pergi,yang mana kali ni Cesc Fabregas & Samir Nasri mengulangi hal yang sama.dengan alasan yang sama…mahukan trofi.Fabregas tu aku tak kisah la,dia balik Spain.si Nasri ni yang wat aku bengang.membuat kan team jadi goyang habis,malas nak cerita lebih.aku emo…emo…


Logo asal '125th Anniversary'

Sempena ulangtahun kelab kesayangan aku iaitu Arsenal yang ke 125 dan juga ulangtahun ke 15 aku sebagai Gunners sejati hehe,aku dengan baik hati & jiwa nya telah mengedit logo ‘125th Anniversary Arsenal’ kepada logo ‘Gomo Gunners Gomo’.di sebab kan aku ni orang Klate,jadi aku menggabungkan elemen negeri kesayangan dengan elemen kelab kesayangan.oleh kerana elemen nya hampir2 sama menjadikan logo ni menarik untuk di edit.maka terhasil lah logo hybrid ini haha.


Simple je aku edit logo ni,aku buang meriam besar yang kat tengah2 tu,aku tak boleh buang terus jadi aku kecik kan meriam tu,aku buat 2 biji then aku letak kat bawah sikit.tempat meriam besar tu aku ganti dengan elemen yang ada di bendera Klate,iaitu Bulan, Bintang, Tombak & Keris.aku tak letakkan camtu je,sebelom letak tu,aku ‘mengguners’kan dulu elemen2 tu.mula2 aku tukar Tombak tu jadi M16 pastu Keris tu aku modified jadi pisau rambo,Bulan pulak aku buat kan ia bersegi2,dah modified semua,baru nampak serasi dengan logo asal Arsenal.barulah aku letakkan apa yang aku edit tadi,menggantikan meriam besar.


Logo Arsenal versi Gomo Gunners Gomo

Moto ‘Forward’ yang kat bawah tu aku tukarkan jadi ‘Gomo Gunners Gomo’, agak gila perbuatan aku ni.tau kat orang Emirates ni habis aku kena marah.tapi aku edit ni dengan penuh rasa bangga haha.bila dah siap ni aku rasa macam nak print kat baju pulak.macam ok je aku tengok hehe,tak pon offer kat budak2 Gunners Klate untuk buat baju rasmi.baru orang tau bahawa aku ni Gunners Klate POWWW!!!.




NivSaid: proud to be Gunners,proud to be Klate.

Wednesday 2 November 2011

Kereta Berhias



Aku kalau sebut je ‘kereta berhias’ ni teringat zaman2 aku kecik dulu,ayah aku selalu jugak bawak pegi tengok ‘kereta berhias’.ada lampu2 neon patung2 yang bergerak siap dengan bunga2,syok je tengok ‘kereta berhias’ time tu.tapi apa yang aku nak tulis sekarang bukanlah pasal ‘kereta berhias’ yang tu…tapi kereta yang di pakai tiap2 hari tapi di hias dengan lampu2 entah apa2.mungkin kita dah biasa tengok kereta2 yang macam ni,dengan lampu biru,hijau,kuning macam2 lah.


Tapi sejak akhir2 ni dalam taun ni la kot aku agak sakit mata dengan trend lampu brek ala2 F1.ye lampu brek ke berapa aku xtau lah…yang berkelip2 tu.asal brek je blink2 lampu tu,apa tujuan die aku tak tahu lah.kalau lori yang pakai aku macam boleh terima lagi,sebab kita memang susah nak agak bila lori tu brek.tapi bila wira evo,waja lancer atau myvi passo atau apa saja kereta2 yang koya cool yang letak lampu brek blinking tu memang sungguh menekan otak fikiran aku & memanaskan isi hati.


  
Ihsan Google,kalau Skyline tak kisah la kan hehe...

Aku bukan nak dengki ke apa,tapi aku dapat rasa efek dia dalam 2 3 bulan ni.yang mana dulu aku ok je bila drive malam2,mata aku takde masalah pon.tapi bila datang nya trend lampu brek F1 ni aku rasa macam mata aku agak terganggu.makin lama makin sakit,bila jumpa je kereta yang ada lampu brek F1 ni…aku rasa agak rimas & sesak!!!.mana tak sakit beb,berkelip-kelipan depan mata dengan warna merah pulak tu.


Itu pasal lampu brek ala2 F1,ada lagi yg lagi aku sakit hati bila mana ada kereta yang letak lampu biru macam lampu peronda polis.asal brek je keluar biru…tak pon lampu biru tu memang menyala sepanjang perjalanan.kalau nak sangat lampu biru pegi la interview jadi polis,kalau dah tak lepas interview pegi je la curi kereta polis.lepas tu ko round lah 1 KL ni sampai kena sepak bertubi-tubi dengan Mail Omar & Khalid POWWW!!!.


Kalau cakap pasal ‘kereta berhias’ ni aku teringat kat member aku,di sebab kan die pasang lampu biru kecik kat tempat bonet depan,terus kena cop kereta berhias haha.kecik je lampu tu,sebesar kelingking je tapi sebab die biru & kereta die putih jadi nampak sangat la.


Macam2 hal kalau nak cite pasal ‘kereta berhias’ ni,aku Cuma highlight kan yang dua kat atas tu sebab aku memang rimas & sumbak dengan trend tu haha.




NivSaid:pernah bos aku tanya ‘ko anggap kereta ni sekadar kereta atau sebuah “machine”…aku pening nak jawap.

Tuesday 1 November 2011

Besi Yang Emosional

Real steel taruhan pengarah Shawn Levy

Aku tak nak bercerita jalan cerita untuk kisah tinju robot2 nih.semua orang tau bile tengok trailer cite,orang akan expect akan ada efek & scene gaduh yang gila2.ok aku tak nak cite pasal tu.aku Cuma nak bercerita pasal ‘emosi’ yang di serap atau di letak dalam Real Steel nih.macam mana pengarah cite nih boleh memainkan emosi penonton dengan cerita robot?.first expectation aku pada cite ni sebenar nya hanya lah sekadar kisah dunia tinju robot.tapi bila kita duduk untuk melihat aksi…kita sebenar nya di hidang dengan kisah yang agak emotional.WHAT???...ye ‘emotional’.


Okay aku skang nak cerita pasal movie Real Steel.dah lama dah aku tengok cite ni sebenar nya, tapi tak sempat nak review je.pikir punya pikir aku rasa aku kena review pasal cite nih.bukan sebab die best…tapi sebab ada sesuatu yang ‘X’ pada cite ni.bila tengok pada tajuk & die punya trailer, orang akan ingat ini hanya cite pasal robot2,gaduh2,hentam2 & lain2.aku pon punya mind set yang macam tu jugak.anggapan yang aksi dalam cite nih hanyalah untuk lelaki sahaja & kurang sesuai bagi pompuan.


Jadi, aku pon duduk lah mengadap skrin layar perak menantikan aksi2 dari Hugh Jackman.ceritan nya mengenai robot yang mengambil alih tugas manusia untuk bertinju.manusia Cuma kontrol je robot tu.robot2 dalam cerita ni bukan lah macam Transformers…dia robot ciptaan manusia macam Asimo atau lain2 dengan skala yang besar sikit dari manusia.ternyata bukan aksi yang membuat aku asyik tengok cite nih,tapi emosi yang di letakkan didalam watak2 untuk cite nih.permainan emosi antara bapa dan anak membuatkan gaya penceritaan menarik.si bapa ni hanya tahu bertinju saja tapi tak tahu guna sepenuh nya fungsi robot & asyik kalah,si anak pulak memang kaki game, bab kontrol konsol ni memang terbaik lah.jadi kombinasi antara dua beranak Kenton ni menaikkan nama mereka dan robot yang bernama Atom.




Bermula dengan game haram mereka mula masuk ke liga tinju robot yang berprestij.nama Atom di sebut2 dalam liga tinju robot.Di tambah pulak mainan krisis antara anak beranak Kenton ini dengan jaguh handalan robot bernama Zeus, yang mana selepas menang game yang pertama,si Max Kenton [anak] dengan selamba ayam katik nya telah mencabar jaguh no1 untuk ‘berhempas pulas’.ironi nya robot yang mereka gunakan adalah hasil dari ciptaan jaguh no1…Cuma robot mereka dari generasi pertama & jaguh no1 yang dicabar menggunakan robot generasi ke3.


Emosi telah disuntik lagi di hujung cerita dengan meletakkan hubungan antara anak beranak Kenton ini dengan robot mereka.permainan emosi di sini nampak menjadi.ah sudah, ikatan mereka dengan robot Atom ni  menjadikan cerita ni tambah dramatik.memang agak dramatik bila mana si bapa pulak yang bersungguh2 melawan musuh mereka yang juga jaguh no1.agak mengasyikan melihat saat2 mereka bersusah payah melawan jaguh handalan.nak tau sapa menang,pegi tengok sendiri la kawan POWWW!!!


saat2 Charlie & Atom beganding tenaga melawan Zeus


Apa pun taruhan pengarah Shawn Levy memang berbaloi lah.dengan gaya dialog yang agak selamba antara bapa & anak.di luar jangkaan, itu saja ayat aku untuk karya Shawn Levy.memang agak mengejut kan bila kita lihat hasil jalan cerita ni….orang sebelah nangis beb tengok cerita robot,kalau cerita Titanic ok la nak nangis,tapi ni cerita robot.pastu mintak nak tengok sekali lagi tu yang tak tahan hehe.itu makna nya memang EMOSIONAL lah haha.aku tak teragak2 untuk bagi 5bintang untuk cerita ni,ia cerita paling menghiburkan tahun 2011 ni.


Pelakon utama:
Hugh Jackman
sapa tak kenal mamat wolverine ni kan…watak kali ni selamba & tak seserius watak2 sebelom ni.


Dakota Goyo
sempoi betol budak ni,memang cool la budak ni belakon…antara sebab kenapa cerita ni hidup.


NivSaid:agak terlambat aku review pasal cerita ni sebenar nya…dah sebulan tengok baru nak review adoi!!!

Pokok-Pokok Neon

Neon Trees

Aku sebenar nya tak tahu macam mana nak mula review pasal band U.S dari Provo,Utah nih.aku jugak tak tahu kenapa aku nak review pasal band nih.banyak aku dengar komen2 yang positif pasal Neon Trees, sebelom aku pegi jauh, aku nak perkenal kan band yang penah datang Malaysia nih untuk konsert MTV hari tuh.band ni di tubuh sekitar taun 2005,dengan diorang punya line up…3 lelaki Tyler Glenn,Chris Allen,Brandon Champbell & sorang pompuan iaitu Elaine Bradley untuk posisi drum.


Pada aku mereka ni biasa2 saja & agak terlambat keluar,kenapa aku cakap lambat keluar?...sebenar nya mereka sepatut nya keluar masa orang tengah gila muzik synth atau garage, macam The Killers,The Bravery & The Kinison.tak pelik kalau sound diorang ni macam The Killers sebab mereka ada hubungan…tak perlu kot aku cite hehe.mereka punya alasan kenapa mereka lambat keluar,kerana mereka bukan lah dari genre & zaman yang di sebut tadi,mereka mengisytihar muzik mereka sebagai campuran new wave & indie.pada aku mereka ni lebih kepada pop,lebih kepada MTV punya stail lah.ye la radio friendly di tambah dengan gaya penampilan mereka…memang MTV habis lah haha.
Vokalis Tyler Glenn dengan rambut ala2 Mohawk

Vokal Tyler Glenn pulak di samakan dengan vokal Adam Lavine Maroon5….Cuma agak energetik.die sebenar nya bukan energetik,Cuma die punya tone lagi kasar dan jelas,kena pada pembawakan muzik mereka.aku lebih suka vokal Adam sebab punya melow yang hanyut,Tyler memang tak leh lawan lah dan tolong lah jangan samakan vokal diorang.serabut aku…mengenai rambut mohawk Tyler plak, menjadikan mereka seolah2 tiada originaliti dan tidak tetap pada 1 identiti atau dalam bahasa kasar nya, mereka berdepan dengan krisis identiti.
Single 'Animal'


Mengenai single pertama mereka ‘Animal’,bila aku dengar permulaan lagu ni aku macam “eh! Macam penah dengar”…bila aku dengar elok2 dah fikir baik2.haha aku dah dapat tangkap,lagu ni lebih kurang ‘Hey Now Now’ nyanyian The Cloud Room & ‘Move Along’ dari The American Reject.punya rentak yang lebih kurang di intro,di verse hampir juga di chorus hehe…sori aku kena berterus terang.trek ‘Animal’ ni lagi rebel kot berbanding dua lagu yang aku sebut tadi.


Keseluruhan album ni memang agak sedap di dengar sebab ianya memang tak berat sangat…dia macam ringan sikit dari The Killers.tapi mood tu memang tak jauh lah.konon nya mereka nak ‘menjahatkan’ pop haha.nak pop,pop je la…nak jahat,masuk rock la.bukan takde rock yang mudah hadam…ramai je yang guna elemen 80an sebagai base muzik diorang.tak payah di sebut lah band mana kan…yang penting mereka berjaya mengaplikasikan elemen tunjang mereka.jadi, Neon Trees ni kena lah tegas dengan perjalanan muzik mereka…kearah pop ke rock.


Persoalan dalam kepala otak aku adalah,boleh kah mereka survive dalam industri atau nasib mereka sama dengan band2 ‘cendawan’ yang lain,maksud cendawan disini “naik macam cantik je,bila dah petik & makan…habis kat situ” tiada lagi karya menyengat.kes macam ni memang sering terjadi, seperti yang berlaku pada The Bravery dan lain2.menyepi selepas album pertama atau pon hilang sengat selepas sekian lama.pada aku hal ini juga akan berlaku pada Neon Trees…jadi,berwaspada lah haha.apa2 pon Neon Trees satu band yang boleh pergi jauh….


NivSaid: aku kena tengok mereka secara ‘live’ lah diorang nih, untuk mencongak hayat mereka dalam industri POWWW!!!