Thursday 29 August 2013

THE CONJURING

Review filem,setelah beberapa bulan tak review.kali ni review nya cukup ringkas.kali ni aku nak review cerita hollywood.aku tak tahu macamana aku boleh layan tengok cerita macam ni.mungkin sebab aku dah lemau tengok cerita fiksyen.so aku nak layan cerita horor yang besandarkan pada kisah benar.

setelah The Exorcist menjadi cerita hollywood paling horor pernah aku tengok.tu pon masa aku budak kot tengok The Exorcist.


Tahun ni,nah.....THE CONJURING.cerita paling gampang pernah aku tengok.apasal aku cakap gampang.sebab 3 hari aku mengigau lepas tengok cerita ni.cilake betul hahaha.aku cadang korang pergi tengok.test level seram korang.



NivSaid:Cerita power macam ni mesti dapat 4.5 bintang dari aku.

Wednesday 28 August 2013

DINDING MERDEKA



TAMAN MERDEKA 1958 - 1998

Aku baru saja berniat untuk pergi ke sini & beraktiviti semacam mereka yang lain.belum pernah ada masa lagi untuk aku ke sini menampal poster suara hak kemanusiaan.hajat nya sabtu depan nak la turun memeriahkan ‘DINDING MERDEKA’ ni.


alih-alih aku tengok kat wall FB Reclaim Merdeka Park,poster-poster taman dinding sudah di cabut pemaju.aku jadi geram!!!aku maki dalam diam!!!


Tapi itu tak akan mematahkan semangat aku untuk mengaktivis kan diri.sabtu ini aku nak pergi tampal poster suara hak kemanusiaan aku,yang aku lukis khas untuk ‘Taman Merdeka’.kamu dinding kan taman kami,kami tamankan dinding kamu.sabtu ni dikala orang duk asyik tengok kereta kebal mainan,aku turun untuk berjuang!!!

“# RECLAIM MERDEKA PARK”


NivSaid:Merdeka hangguk kamu!!!

Monday 26 August 2013

PELUKIS EMO

Selesai aku membayar di kaunter aku bawa tray makanan ke tingkat atas,beberapa meja ke hadapan kawan aku dengan nama Tia menunggu bersama dua awek di meja yang sama.sorang tu aku biasa tengok pasal memang Tia suka angkut ke mana-mana.yang lagi satu tu aku tak kenal.

“aku sepak jugak mamat ni nanti” getus aku dalam hati,melihat kan Tia tersengih-sengih macam dubuk lapar.mana tak hangin beb,aku yang punk ni di suruh nya beratur beli makanan.nasib baik orang tak ramai & mood aku steady hari tu.

Aku duduk di hadapan Tia,bermakna aku duduk bersebelahan dengan awek yang aku tak kenal tadi.tak sempat aku nak buat kunyahan kedua,Tia buka mulut untuk berbicara.

“ni kawan Ina,dia study kat UPM...” mamat ni kalau dengan awek memang sopan nakharam
“die suka art,aku cakap kat dia aku ade kawan yang memang art habis” tokok si Tia

Aku tengok awek kat sebelah,lawa,putih orang nya macam cina.dia senyum kiut.aku buat-buat muka serius...aku memang macam ni.tak friendly kahkahkah.

“Tia cakap awak pandai melukis,saya ada bawak pensel dengan kertas a3 ni” awek tadi bersuara
“saya nak tengok awak lukis suasana kotaraya futuristik” manja pula nada nya kali ni

Aku sedut air dengan straw dalam-dalam,tiga saat kemudian aku bangun dan blah dari situ.meninggal kan 3 orang terpinga-pinga macam kena sampuk.

Lepas aku pijak tangga terakhir kebawah,aku mesej si Tia
“kau ingat aku ni cikgu tadika ke? Nak ajar orang melukis...anak aku pon belum tentu dapat ilmu ni.ko jangan kontek aku dalam seminggu ni kalau tak nak makan penendang”
Tia tak balas mesej...tanda nya paham sangat KahKahKah.


NivSaid:sampai sekarang Tia tak berani cerita pasal awek dengan aku KahKahKah

Sunday 25 August 2013

ARSENAL SEBENAR


Aku sebenar nya sampai lambat di port yang di janjikan setelah port sediada masih lagi tak bukak.brader kedai ni memang raya sakan agak nya.bila aku duduk saja,aku tengok result dah 1-0 “power betul Arsenal malam ni” getus aku dalam hati.gol pertama di jaring kan oleh Giroud yang pada aku itu memang stail score Giroud.

Aku perati lama...aku tengok Arsenal ni main lain macam malam ni.die punya control ball tu takde lah bagus sangat tapi cara susunan menyerang tu agak power yang mana Fulham memang letih untuk baca gerakan Rosicky,Cazorla & Ramsey.walcott tak payah cakap banyak la,larian tepi padang yang takde player EPL lain boleh celen setakat ni.dengan larian pantas Walcott juga lah Podolski menjaringkan gol kedua Arsenal dengan kaki kiri.
Gol Podolski memang power!!! Kalau kena palang gol alamat nya bengkok lah palang besi Craven Cottage,sampai Ramsey boleh kata ‘Podolski’s left foot is lethal’.game berhenti untuk separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului Fulham dengan 2-0.pada hemat aku,AW akan suruh budak-budak ‘Tadika’ nya tambah lagi barang 2 jaringan.

Separuh masa kedua Podolski tambah lagi 1 gol untuk malam ni.aku buat penaakulan...'hmm maybe Podolski buat hatrik malam ni'.aku tunggu lagi untuk meraikan hatrik pertama EPL untuk musim ni.ramalan aku kurang tepat bilamana AW mengeluarkan Podolski,kemudian baru aku perasan yang AW tidak selalu meletakkan Podolski untuk first eleven.cilake kau AW!!!...sekarang kau dah tengok betapa lethal nya Podolski then ko masih lagi nak letak jadi sub?.ape ke hell nya.
#KaptenJack10

Separuh masa kedua di kontrol Arsenal sebelum kemasukan Kapten Jack.aku rasa AW dah mula main-main...jahanam.Kapten Jack dengan rambut remos beliau tidak memberi impak langsung pada team,dia semacam belum fit lagi untuk bermain.Fulham pula memasukkan Karagounis yang bagi aku dia ni ‘Steven Gerard’ bagi team Fulham.tepat tekaan aku bilamana Karagounis berjaya mengubah game Fulham & mendapat 1 gol.bapak suka pemilik baru Fulham iaitu billionaire Shahid Khan...’ape bangang kelab-kelab EPL ni banyak jual kat orang luar?’

Minit 80 Arsenal memasukkan Yaya Sanogo,satu-satu nya player baru Arsenal.aku tengok dia menadah tangan & berdoa “ooh..islam ke?” tak pelik lah dia islam sebab dia french!!!.game habis dengan keputusan Arsenal 3-1 Fulham.aku sambung tengok separuh masa ketiga...Kelantan lawan Terengganu KahKahKah.



NivSaid:Arsenal menang TRW menang....aku tido bermimpikan Diana Amir dub!!!

Thursday 22 August 2013

AWEK RAMAI

Satu petang aku pekena teh tarik mamak kat bawah ofis.aku dengan Lan berserita pasal kebodohan seorang mamat.tengah asyik duk bersembang datang seorang foreigner yang boleh berbahasa melayu.aku tengok dia,terus muncul idea nak sembang barang 2 minit dengan dia.

‘U kat kampung sana ada awek ke...girlfriend?’
‘Ada...ramai’ balas mamat tadi selamba
‘ramai?...berapa orang awek U?’ aku tanya lebih lanjut
‘3 orang’ jawapan konfiden habis lah

Aku termenung seketika.mana tak nya,dengan muka yang memang tak market langsung mana mungkin die boleh ada awek seramai tu kat kampung halaman dia yang jauh tu.aku kehairanan dalam masa beberapa detik.

‘semua 3 orang duduk kampung sama ke?’ aku tak puas hati
‘lain-lain la bang,mana boleh duduk sama’ bijak juga jawapan dia ni.

Rasa nya dah lebih 2 minit aku sembang ngan mamat ni,jadi aku utara kan soalan terakhir...

‘Awek U 3 orang tu semua sudah kawen ke?’ soalan entah apa-apa dari aku
Semua 3 orang sudah kawen,saya isteri juga ada’ selamba ayam dia jawab


Aku kena main beb petang tu...cilake betul.ni la akibat sembang dengan bangla lebih-lebih.bukan paham sangat pon soalan.cilake!!!

Wednesday 21 August 2013

INVINCIBLE HANCUR!!!

Ingat musim 2013/14 ni aku nak mulakan kempen “Second Invincible”.semangat bekobar tahap dewa pemusnah dah ni.memang dah gian sangat nak tengok Arsenal angkat trofi tahun ni.aku dah tak sanggup lagi nak tadah telinga dengan kutukan-kutukan berbaur penghinaan.

Belum pon aku lancarkan kempen “Second Invincible” baru je draft poster,tak masuk stage design lagi,tup-tup ....Arsenal dah kalah first game.dengan Aston Villa pulak tu...cilake.dah kalau macam ni punya cerita tunggu ape lagi.apa sebab kau nak stay lagi.

cari kelab lain la woi!!!...entah dari mana datang jeritan ultra bangsat.

Kau ingat kau boleh provok aku yang berpegang teguh pada sikap anti kapitalis ni ke,sifat komunism & rebel aku ni tak makan provok la bro.lu menyalak serupa dubuk pon aku tak heran.

Aku dah nekad.ini tahun last aku tengok game Arsenal.tahun last ni aku janji akan review hampir 70% game Arsenal.dan tak akan miss game besar.lepas season ni takde lagi aku nak lebih-lebih,aku nak retire.ini serius woi!!!


NivSaid:Tapi kalau Arsenal angkat trofi tahun ni terpaksa la aku lupakan niat murni aku tu KAHKAHKAH