Tuesday 31 July 2012

Aku Tak Biadab


Semalam aku baru sampai dari kampung,turun je bas terus aku tuju ke stesen LRT.aku nak pegi ambik kereta kat ampang.sesampai nya aku kat stesen PWTC tengah jalan nak pegi beli tiket aku tengok la ada kapel mat saleh ni tengah cari direction.dua2 garu kepala kikiki,dalam hati aku gelak kecil “sian diorang sesat”.tiba2 aku teringat pasal Readers Digest ada buat kajian yang mengatakan yang Malaysia ni adalah negara biadab.dalam 36 bandar yang di buat kajian.Kuala Lumpur jatuh no34 dari 36 bandar…iaitu no3 paling biadab kah3.aku tak kisah sangat pasal kajian tuh sebab adab sopan nih dia macam subjektif mengikut satu2 negara.
camni la lebih kurang...sorang hala sana,sorang lagi hala sini

Berbalik pada kapel mat saleh tadi,aku perati la diorang duk bincang.sorang cakap belah sini awek dia pulak cakap kat sana.pastu diorang pegi then tak sampai 2 minit datang balik tengok map.aku jadi kesian pulak,so aku pegi la tegur diorang.tanya diorang nak pegi mana.nak pegi KLCC je rupa nya,diorang juz tau twin tower je tapi tak tau name KLCC. aku pon tunjuk la direction & camne diorang nak pegi sana.diorang pon macam “oh god…thank u”…suka sangat mat saleh ni.tunjuk direction je pon hehe.


Diorang pon dengan gembira nya pegi beli token tren.adik aku tak balas lagi mesej aku…adeh dah pukul 6 lebih ni.aku pon ambil keputusan pegi ke Masjid Jamek,kalau2 adik aku takde kat umah dia,aku buka puasa kat KL la kot.pegi la aku ke Masjid Jamek.ondaway pegi tuh baru adik aku balas mesej,tepaksa la aku turun jugak tren pastu beli token baru plak.turun naik la aku kat stesen tuh…tengah aku naik nak pegi platform,aku nampak ada sorang mat saleh tengah cari direction jugak.macam kapel tadi jugak,tegaru2 kepala cari tempat yang dituju kikiki…aku gelak lagi.


Tapi yang ni aku tak tunggu lama,aku pegi terus kat mat saleh ni tanya dia nak pegi mana,dia bagitau nak pegi Bukit Jalil nak tengok bola katanya.ooowwhh bukit jalil je simple lah.aku bagi la direction yang simple kat dia,pastu aku borak sikit sebanyak ngan dia.aku tanya la macamana malaysia ok ke tak.aku memang tiap kali tegur orang luar mesti tanya “camne malaysia?”[kut english laa…].lepas mat saleh tadi naik tren dia aku nampak plak 1 lg kapel tengah pegang peta.laju je aku pegi tegur diorang,lepas tunjuk kan diorang camne nak pegi ke tempat tu,macam tadi juga lah “oh god…thank u”…”u are nice”.


Hah dalam masa setengah jam aku dah tolong 2 kapel dan sorang mat saleh.sapa kata orang malaysia nih biadab,blah la lu Readers Digest.aku ni bukan fasih gila babi pon nak speaking.setakat ayat2 simple boleh la.alaa nak bagi direction je pon,pastu tanya dia pasal negara kita.tak perlu ayat sastera kot kikiki.mungkin aku dah terbiasa kot tegur mat saleh ni.kalau bangsa lain yang tak reti speaking tuh penah jugak aku tegur…jenuh nak explain kah3.so aku kalau mat saleh tu laju je aku tegur…kalau korea ke jepon ke haram la aku nak pegi huhu.




NivSaid:kalau aku pegi negara mat saleh,diorang buat benda yang sama ke? Hmmm….

Monday 30 July 2012

Najib tendang Rais Yatim!!!


Kalau la aku ni Najib Razak dah lama aku sepak terajang mamat Rais Yatim nih.memalukan aku je,penat2 aku duk kempen nak menaikkan rating aku sebagai PM.ko Rais Yatim dengan senang hati & berlagak nya sabotaj aku dengan benda2 mengarut.tak pasal2 air muka aku sebagai Najib Razak jatuh kerana ada menteri bebal & sombong macam Rais Yatim.tak habis lagi ko malukan aku dengan logo merdeka yang main bedal,skang ko nak malukan aku sebagai PM dengan lagu tema merdeka yang tak patriotik & mahu menyindir PR,pastu lagu tema tu di ciplak dari indon???.ko nak jadi komposer ye Rais Yatim,gila glamer ke nak lawan aku sebagai Najib Razak nih!!!


nyah kau dari malaysia

Aku Najib Razak dikutuk kerana tak dapat nak handle orang tua macam ko Rais Yatim.bukan setakat PR je kutuk aku,orang dalam UMNO sendiri pon tak puas hati dengan tindak tanduk ko selama ni Rais Yatim.umur ko dah 70 lebih & ko memang nyanyuk nak mampos.macam mana aku boleh simpan orang tua bodo sombong macam ko dalam kabinet malaysia nih.aku rasa oleh kerana ko suka sangat nak ciplak barang2 dari indon…baik aku tendang ko sampai ke indon,balik ke tempat asal ko Rais Yatim.


Ko ingat dengan putar belit ko tuh boleh cover nama aku sebagai PM paling glamer ke…statement ko kejap itu ini.buat rakyat meluat dengan ko Rais Yatim,bila diorang muak ngan ko maka aku terlibat sekali ok.elok2 aku tengah up sebagai PM paling bagus ko buat rakyat meluat dengan aku.mahasiswa pro BN dah menyampah secara terang2 dengan UMNO sebab ko,blogger pro BN pon tak berenti memaki hamun kerana kebebalan ko Rais Yatim.disebabkan logo,lagu & tema hari merdeka ko tahun ni,populariti aku Najib Razak jatuh teruk.


kejap cakap asli kejap cakap takde logo rasmi ptuuihhhh!!!

Ko nak aku tendang ke ko nak berenti jadi menteri bodo.aku rasa demi nak jaga populariti aku,baik aku tendang ko keluar sebelom banyak lagi bala bencana ko buat dalam kerajaan.cukup la dengan menteri lembu,menteri 1sen,menteri pondan yang aku ada.ko Rais Yatim dah menjatuh kan maruah aku sebagai PM.1 Malaysia dah bising pasal kebodohan & kebebalan ko.baik ko tarik ape semua pasal merdeka tahun nih…lagu dengan video klip ntah ape2 tuh memalukan aku.aku tak kira,aku nak ko naikkan balik populariti aku.aku Najib Razak ko tau.


Oleh sebab ko nak sangat jadi komposer,ni aku ada lagu baru untuk ko Rais Yatim




NivSaid:tolong la wahai PM...aku dah muak la dengan geng2 UMNO ni

Wednesday 25 July 2012

Olimpik London 2012


Esok dah nak start Olimpik…aku tak excited pon nak tunggu Olimpik ni tambah2 pulak bulan puasa memang susah la nak tengok.hari tu ada jugak kecoh pasal beberapa mufti setuju tangguh puasa untuk Olimpik,aku bila dapat tau tu terus macam eerrrkk…oh Olimpik tu lagi besar dari Ramadhan & Allah kot.aku tak nak cakap banyak sebab aku bukan arif sangat bab agama ni,basic ada la tapi kalau masuk bab Olimpik ni macam kompleks sikit.tapi aku ada pendirian aku,bahawasa nya aku tak setuju tangguh puasa untuk Olimpik.1, sebab ia nya hanya sukan,puasa tu lagi besar & boleh menjamin syurga.2 sebab ianya tiada kepentingan dalam islam,menang Olimpik boleh menaikkan maruah agama islam kah?.3 sebab sukan ni asal nya untuk meraikan tuhan orang dahulu kala macam “Zeus”,tak pecaya…try Wiki ‘Ancient Olympic’ mesti korang dapat tahu asal usul dia.


Itu pendirian aku.bab yahudi plak,konon nya logo Olimpik 2012 tu sebenar nya tulis ‘Zion’ pastu maskot  2 ekor yang bermata satu tuh,semua nya di rancang oleh yahudi.aku taknak masuk campur,aku tak berminat nak menaikkan rating yahudi…tak minat nak tulis konon nya mereka bijak & boleh pengaruh dunia dalam apa saja bentuk.hell with that.aku hari nih nak tulis pasal atlit2 Olimpik ni.aku ada 3 orang atlit yang aku nak tengok Olimpik taun ni.Usain Bolt,Michael Phelps & Yelena Isinbayeva.3 orang ni memang aku tunggu untuk diorang pecah rekod dunia.


Manusia paling laju pernah wujud di muka bumi,aku nak tengok samada dia dapat pecah rekod lagi ke tak tahun ni.aku dah tengok dia cipta rekod masa Beijing 2008.tapi tahun ni Bolt ada pesaing rapat dia iaitu Yohan Blake juga dari Jamaica.


Hmmm dia ni atlit Amerika [peduli apa aku…aku minat dia,bukan sokong Amerika kompeni]memang power gila,duyung jantan kata orang kakaka.melopori hampir kesemua acara renang.kalau kat Beijing 2008 dia menang 8 pingat emas.tahun ni berapa la pulak si duyung jantan ni dapat.

Ratu lompat galah Olimpik,atlit kelahiran Russia yang sama umur dengan aku ni memecahkan banyak rekod masa Beijing 2008.dah la cantik,kutip banyak emas pulak tu,memang ratu ah Isinbayeva.boleh jadi legend Olimpik macam Nadia Comaneci nih.





Sebenar nya bukan 3 orang ni je yang aku nak tengok masa Olimpik nanti,ada sorang lagi yang aku nak tengok dia beraksi,dia orang Malaysia…dia lah ‘Pocket Rocket Man’ Azizulhasni Awang.mat2 saleh semua duk puji mamat ni,sprinter yang kecil tapi bertenaga.boring dah aku tengok cina keding si LCW tuh…baik aku tengok ‘Pocket Rocket Man’ lagi dramatik kot.sebab tu acara yang orang asia susah nak masuk. 



Dapat kah Azizul bawak balik pingat emas Olimpik?



NivSaid:apasal buat Olimpik time puasa…kurang pahala puasa aku nanti kalau ‘tertengok’ Gymnastik ke Terjun ke…camna nak tengok Isinbayeva nih.

Logo Merdeka yang hampeh!!!


Semalam & hari kecoh pasal logo hari merdeka yang buruk tak ingat.semua duk bising pasal apa logo ni nampak “MACAM BODO JE…” takkan designer boleh reka logo camni,takde nilai langsung.aku jadi konfius.Marina Mahathir pon ada up pasal betapa bodo nya orang yang buat logo nih.siap ada orang cakap boleh design just dengan Microsoft Word atau Paint je,main cut,paste,cut,paste,tampal2 then siap sudah kah3.jahanam sungguh!!!


Kat FB plak siap ada orang upload tutorial untuk wat logo merdeka yang baru dalam masa 5 minit.kah3 serius beb 5 minit dah siap.aku dah try…memang 5 minit boleh siap,cut & paste ejas2 skit then siap,ni pakai photoshop.ada lagi yang try pakai Word & Paint pon boleh kikiki.sekarang semua orang boleh jadi designer…tak payah nak belajar tinggi2,pikir siang malam nak siap kan logo.


Aku nak tegelak je kah3…sampai MEME pon tak puas hati jugak pasal ni.korang tengok la sendiri kat bawah ni…



Bane ngan Batman pon gaduh pasal ni ke?




oleh sebab semua orang boleh design logo merdeka dengan formula cut & paste...so aku pon nak buat jugak la logo merdeka versi aku...NAH!!!


kakaka...ni lagi sesuai kot


NivSaid:harap2 diorang tukar la logo ni.bagi ada originaliti skit…

Monday 23 July 2012

Gunners datang lagi


muka depan ada RVP kikiki,marketing punya pasal


Malam ni Arsenal akan melawan skuad Harimau Malaya untuk tour mereka di Asia ni.aku tak excited sangat pasal Arsenal datang sini,sebab nya ia di buat di bulan Ramadhan jadi aku tak boleh nak tinggal,walaupon aku akan tertinggal terawih dalam bulan Ramadhan ni tapi aku takkan sengaja tinggal untuk tengok bola.no2 adalah kerana taun lepas diorang dah datang & aku dah pegi,so aku rasa hajat aku dah tercapai dah taun lepas.no3 ni yang penting,sebab RVP tak sambung lagi kontrak dia & takde dalam tour Arsenal di Asia ni.


Seriusly aku tak rasa rugi bile tak dapat pergi.mungkin sebab aku dh berjanji kat diri sendiri yang diorang punya last tour kat malaysia hari tuh itulah last aku gi tengok Arsenal live.kalau nak tengok jugak,aku kena fly to Emirates Stadium [kalau ada rezeki nak la aku pegi].mungkinkah kerana kekecewaan aku pada Nasri tak habis lagi,atau mungkin ini tanda nya aku nak mengundurkan diri jadi “Gunners” sejati & slow2 jadi otai “Gun” kakaka.dah nak masuk kelas veteran  nampak nya huh!!!.


Arsene Wenger kali ni hanya bawa Youngster Arsenal sahaja.ramai senior atau first eleven mereka tak ada dalam list tour kali ni macam,Sagna,Rosicky,Koscielny,Arshavin & lain2.mungkin gooners malaysia akan rasa kecewa dengan list tersebut.nak buat camne yang tak datang tu baru lepas main Euro2012 baru ni.diorang pon nak rehat jugak beb.gooners malaysia berharap untuk dapat tengok dua orang Star yang baru mendarat di Emirates iaitu Lukas Podolski & Olivier Giroud,tapi apakan daya AW tak mau layan korang kikiki.

Dua orang player muda yang aku suka,yang bagi aku sangat berkaliber pon tak ada jugak untuk tour kali ni.Jack Wilshere & Aaron Ramsey yang bagi aku mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam bola sepak inggeris.Aaron Ramsey bagi aku adalah kapten masa depan Arsenal,dia tak takut dengan sapa dia berhadapan itu kualiti yang dia ada.Jack Wilshere jeneral padang muda yang sangat berpengaruh di atas padang,Playmaker yang berskil mengingatkan aku pada Fabregas.

Kepada mereka yang nak pegi stadium malam ni untuk tengok Arsenal harap korang happy lah.ala korang masih boleh tengok Arteta,Chamberlain,Santos & yang paling penting “Our Boss” AW hehe.apa2 pon aku tetap support Arsenal,walaupon aku tak pegi tour diorang tak bermakna tak sayang Gunners.


UPDATE!!!
Harimau malaya tewas saat akhir dengan Arsenal menyumbat gol pada minit2 terakhir iaitu minit 86 & 87...apahal Gunners ni.takkan sebab aku tak pegi tengok korang boleh bagi 2 je.hari tu boleh bantai 4-0.


NivSaid:harap Arsenal dapat la title musim ni

Blogger gaji 3k


Aku mulakan entry ni dengan KAH KAH KAH.kenapa aku gelak? Sebab gambar kat bawah ni menceritakan segalanya.KAH KAH KAH.sakit perut aku weh.kenapa la diorang suka buat lawak tak tentu hala macam ni.adoih sakit perut aku seminggu gamaknya baru hilang.sebelom korang gelak…korang layan la lawak entah hape2 dari geng mana entah [geng UMNO la ni kih3].aku taknak amik tau asal usul dia hehe.


gaji tertunggak rm38k tu...

Adoi bro…aku nak kesian kan ko tapi nampak macam ko kurang cerdik.tulis blog untuk dapat gaji bukan 1 amalan terpuji kih3.bukan aku cakap blog ni tak mendatangkan hasil.tapi ko jangan la tulis blog semata2 ko nak suh orang bayar gaji nak bela anak bini.ramai je orang berblog boleh jana income ribu2,tak perlu gaji2 dari pihak2 tertentu ni.ko tengok je blog2 yang bersepah kat malaysia nih,ramai yang boleh wat duit ngan blog diorang.


Tu blog gadis2 gedik yang tulis pasal kehidupan diorang ko tau dapat berapa…kurang2 rm1000 sebulan.blog gadis gedik je,bukan ade info pon kih3.just cite dia makan kat mana,holiday kat mana,pakwe nak beli kete baru la.tapi ko berblog mengharapkan ada orang bayar,siap ada orang keluar modal lagi nak suh ko tulis blog & naik kan rating.orang kat luar tu tak keluar rm1 pon untuk blog.start dari takde pape lama2 boleh dapat ribu2.


Malas la aku nak bebel pasal ko bro.ko bukan nak dengar pon kih3.Cuma aku nak cakap kat sini,orang berblog bukan untuk dapat gaji rm3000 ke apa ke.orang berblog kerana dia suka hati nak berblog,tak kira la blog ko anti kerajaan sekarang ke blog ko pro kerajaan ke,yang pasti berblog bukan nya cara yang terpuji nak makan gaji KAH3.diorang suka untuk menyatakan pendapat melalui blog,itu je.haish sapa la nak bayar gaji aku berblog ni.


NivSaid:blog aku ni bukan dapat income pon…ada iklan churp2 je,tu pon dalam akaun ada  dalam rm3.40 kah3 [sedih :(]

Sunday 22 July 2012

Duit oh Duit


Duit ooo duit.kali ni aku bukan nak cite pasal berapa banyak duit aku dah songlap.bukan jugak nak cite pasal camna nak buat ibu duit simpan lama2 then beranak pinak.bukan jugak nak cite pasal syiling baru yang orang duk kecoh pasal ada lambang Yahudi? Kat belakang syiling tuh.aku malas nak cerita panjang pasal kes ni.sebab pendirian aku adalah “Star of David” tuh bukan hak milik orang yahudi…dan simbol kat belakang duit tuh adalah simbol seni mengayam orang kita.bukan jugak nak cerita pasal duit baru yang sama dengan duit yang cina duk bakar time orang mati.aku tak layan cerita2 karut ok.


Mengarut je...

Lagi la tak bleh blah...takde isu nak cari isu

Berbalik pada cite duit baru ni,yang aku nak cite adalah pasal aku sekali lagi ‘terkena’ ngan duit baru.hari tuh aku dah terkena dengan duit rm50 yang baru,tertukar dengan duit singgit,harrrommm btol!!!.itu aku yang nyaris nak bagi kat orang.kes rm50 baru ni jugak ada kat youtube,yang mana sorang mamat tu selamba katak je cakap cashier tersalah duit,bile die dah blah baru cashier tu tau yang mamat tu tipu.itu pasal rm50…aku jugak ada terkena dengan duit syiling 50sen yang baru.sebab saiz dia nak dekat ngan 20sen,aku selalu terbagi 50sen instead of 20sen.dulu kita akan cam duit dengan saiz dia,banyak sangat ke masa aku ada nak tilik mana 1 20sen mana 1 50sen…manyak lugi wooo!!!


besar sikit je dari duit syiling 20sen


nak dekat sama kan,nak2 kalau sama2 lusuh.memang tak beza la

Pagi tadi aku terkena sekali lagi,kali ni dengan duit kertas rm20 pulak…aku sampai kat tol.aku cam biasa la dah sampai dekat baru tekocoh2 nak seluk poket,niat kat hati nak pecah duit rm10.aku tengok dalam poket nampak kaler merah oren tuh aku amik je la...terus nak bagi kat budak tol.sekali aku nampak macam pelik je duit rm10 ni.macam lusuh je,aku tengok la balik.rupa2 nya duit rm20 baru…CISSS terkena lagi aku huh.kali ni aku tengok,lain kali kalau aku tak tengok camne.kalau orang jujur yang dapat takpe la,tapi kat kotabatubesiplastik ni berapa ramai mereka yang jujur?...ramai la.
sama tak kaler dia...

So kali ni aku nak komplen kat BNM pasal duit baru,duit kertas & syiling.duit syiling bagi aku takde kualiti sebab kaler emas tu mudah luntur,sebab aku banyak kali dapat duit syiling baru warna tembaga kakaka…takkan aku nak gi kedai celup kaler emas balik?.pasal duit kertas pulak bagi aku orang yang design ni kurang kreatif yang amat sangat,tolong jangan pertikai komplen aku ni sebab aku ni “very talented person”.ayat yang aku biasa pakai untuk benda tak kreatif ni adalah.........“MACAM BODOO JE” POWWW!!!.sori la aku kena jujur.sebab aku dah 3 kali terkena beb.nak marah ke nak gelak.senyum je la yang mampu.


NivSaid:tengok duit baru teringat duit Saidina huhu…

Gotham City Is Safe Now...

aku dah beberapa hari balik dari Gotham City...hari ni baru berkesempatan nak berkongsi cerita aku keadaan Gotham City.selepas apa yang berlaku hari khamis yang lepas,segala kekacauan yang ditimbulkan oleh Bane.sekarang Gotham City dah pon aman tanpa Bane juga tanpa Batman...Batman mati setelah berusaha untuk membawa bom atom jauh dari Gotham City.


Hensem & macho tak ingat Master aku nih

ok,sesampai nya aku kat Gotham City,first thing first aku adalah pegi berjumpa dengan Bruce Wayne.rupa2 nya dah hampir 8 tahun Wayne mengurungkan diri selepas kes The Joker.keadaan Wayne sangat lah teruk,macam orang yang hilang seluruh hidup nya.Wayne Enterprise pula di biarkan kepada Fox.mereka hampir ketiadaan apa2 keuntungan sehingga tidak mampu untuk menyumbang kepada rumah anak yatim.aku ada tanya Alfred pasal ni,Alfred pon tak tau nak cakap apa dah.


Talia anak kepada Ra's Al Ghul

Dendam Ra's Al Ghul yang tak sudah...

Rupa2 nya kejahatan Bane ni bukan nya di lakukan seorang diri,ia adalah kesinambungan dendam Ra's Al Ghul...rancangan untuk menakluk Gotham City adalah di atur oleh Talia Al Ghul yang telah awal2 menyusup masuk ke dalam Gotham City & Wayne Manor.Bruce Wayne telah muflis sepenuh nya gara2 Talia yang menyamar sebagai Miranda Tate,yang juga mempergunakan musuh bisnes Bruce Wayne iaitu Dagget.selepas dapat semuanya Dagget di bunuh oleh Bane.


Bane yang dipergunakan oleh Talia untuk membalas dendam kepada Batman

kejayaan Bane menakluk Gotham City sebenarnya di sokong dengan kebodohan Polis Gotham yang tidak di ketuai Gordon.seluruh anggota polis Gotham telah diperangkap masuk ke bawah bandar & tak boleh keluar.dengan Batman telah dihantar ke Neraka Dunia setelah di kalah kan Bane.Gotham City nampak macam nenunggu masa untuk jadi abu,setalah berapa lama di Neraka Dunia akhir nya Batman kembali ke Gotham & menyelamatkannya,nasib tak menyebelahi Batman kali ni kerana dia terkorban dalam usaha untuk menyelamatkan Gotham City.


Kini Gotham City telah aman...tapi Gotham telah kehilangan Batman,mereka juga hilang jutawan pemurah Bruce Wayne.baru2 ni Alfred ada call aku bagitau yang dia ada jumpa dengan Bruce Wayne di Florence.tapi diorang tak bertegur sebab diorang dah wat 1 janji.Hanya aku ngan Alfred je la yang tahu yang Batman dah mati tapi Bruce Wayne masih hidup hingga hari ini.aku tak dapat Lamborghini Aventador sebab harta Bruce Wayne semua kena sita.CISSS...


Habis jugak akhir nya Trilogi Batman ni...apa aku nak cakap kat sini adalah dari Batman Begins,The Dark Knight dan akhir nya The Dark Knight Rises ia adalah 1 epic yang sangat mengkagumkan...dengan mainan emosi yang semakin meningkat di setiap episod.The Dark Knight Rises menutup Trilogi Batman dengan bagus sekali.tidaklah sempurna tapi ia agak bagus bagi fans Batman termasuk la aku kakaka.apa2 pon tq kepada Christian Bale yang membawa watak Batman & Bruce Wayne dengan berkesan sekali.akhir kata dari aku "THE FIGHT FOR GOTHAM WILL NEVER END,I'VE ACCEPTED THIS"


Para pelakon & watak masing2

NivSaid:Christian Bale terbaik!!!...habis dah Batman ni,tgu aku dapat anak & anak aku besar baru keluar yang baru kot :P



Friday 20 July 2012

Antara Petron,Mirzan & Kompeni Arak

Petron???...

Korang pernah nampak tak stesen minyak PETRON?...dalam beberapa bulan yang lepas aku ada nampak stesen minyak Petron ni kat taman melati yang dulu nya Esso,bila aku tengok je automatik aku cakap…”stesen minyak ape plak ni,macam stesen minyak kat indonesia je,kaler biru & merah keling” kakaka.lepas beberapa minggu aku dapat tau la yang Petron ni ada kena mengena dengan anak Tun M,si Mirzan.aku malas nak bersangka buruk,so aku cakap dalam hati “ala apa nak heran…bapak die ex-PM pastu diorang banyak bisnes”.tapi tadi aku baru dapat tau sesuatu yang agak menarik pasal Petron nih.so soalan aku adalah…apa kaitan Mirzan Mahathir dengan Petron Corp,Esso,MAS & San Miguel [kompeni arak terbesar di filipina].kena google la ni adoi…ok “BRING ME THE MESSSS...”


Sebelum tu kita berkenalan sedikit sebanyak dengan Mirzan & the geng:


Mirzan Mahathir
Siapa tak kenal anak2 Tun M…kalau Mokhzani ada litar sepang [SIC] & kontrak Petronas yang untung gila babi.Mukhriz yang konon nya bakal Menteri Besar kedah pada PRU akan datang.Mirzan pulak dengan menjadi pengarah kepada berpuluh2 syarikat termasuk San Miguel,khabar nya sudah melepaskan pegangan saham dalan San Miguel,tapi masih lagi memegang jawatan pengarah dalam syarikat ini. 


San Miguel
San Miguel adalah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak terbesar di Filipina.  Syarikat ini menyumbang 95 % penjualan arak di Filipina.Mirzan telah membeli saham syarikat ini dengan harga RM 2.9 Bilion. Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat menjual arak ini.syarikat yang sudah mencapai 1 abad ini mempunyai kilang arak serta kepentingan di China,Thailand,Indonesia & Vietnam.


Petron Corp
Petron Corp adalah syarikat minyak & gas terbesar di filipina,membekalkan lebih 40% bekalan minyak & gas di seluruh filipina.syarikat ini adalah salah 1 cabang perniagaan San Miguel.beberapa bulan sebelum ini Petron Corp telah mengambil alih syarikat Exxon Mobil Malaysia sdn bhd,Esso Malaysia sdn bhd & Exxon Mobil Borneo sdn bhd.


Esso
asal nya syarikat ini adalah dibawah kendalian Exxon Mobil Corporation,San Miguel yang mendapat untung besar dalam penjualan arak telah membeli hampir 65% saham  Exxon Mobil Corporation  dan mengambil alih Esso.chairman dan ceo Ramon S. Ang.kemudian ia "dibranded"kan menjadi Petron.lepas ni semua 120 stesen minyak Esso akan di tukar kepada Petron di KL dah banyak yang tukar kot.


MAS
Malaysia Airlines System adalah syarikat penerbangan utama negara.ia adalah syarikat berkaitan kerajaan malaysia.baru2 ni Petron & MAS telah menandatangani perjanjian untuk membekal dan membeli minyak pada harga berpatutan untuk penggunaan pesawat Airbus A380 dalam tempoh enam bulan.MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Tun M selaku Pengerusi Petronas.


so korang dah baca pengnalan masing2 kan.aku taknak cakap panjang2 sebab ini matematik yang sangat mudah....hari ini aku nak tunjuk kan formula paling mudah dalam pembelajaran matematik.orait kita tak perlukan kertas kosong untuk kira2 kali ini.meh sini aku ajar korang.



gila senang nak skor soalan camni kah3


NivSaid:sampai mampos aku takkan isi Petron untuk kete & moto aku...shubhah tu beb

Wednesday 18 July 2012

Aku Lawan PAS


Pada mula nya aku hanya duk diam je tengok trend artis masuk PAS ni…aku menganggap nya ia adalah 1 hijrah yang bagus.kes Abby Abadi paling mendapat perhatian kot dalam bab masuk PAS ni,pastu si Hairie Othman yang pegi sound mangkok hayon UMNO yang kutuk dia.jadi aku melihat ini adalah 1 benda yang positif bagi kita semua.nampak macam ramai yang menyokong pembangkang…dia macam one step forward.tapi lama kelamaan aku rasa macam serabut kepala hotak dengan trend ni.kenapa aku sibuk2 nak serabutkan kepala.sebab nya aku tengok PAS macam beria benar promote diorang.aku tak dengki,Cuma aku tertanya dalam kepala hotak ni dah takde orang lain ke nak bawak ke ceramah?.try pegi pancing Imam Muda Asyraf tu…hui!!!




Agak2 la nak tarik orang masuk PAS pon.korang ingat semua artis atau bekas artis tu semua orang suka ke,kalau Hairie tu aku ok lagi la…tapi bila sampai bab Tok Pah tu,korang ingat orang muda macam aku ni tertarik sangat ke,si Yatt tuh…ramai sangat ke yang minat dia sampai boleh naik atas pentas.nak bagitahu pengalaman & pengajaran,bagi aku ada banyak lagi medium untuk artis2 insaf ni boleh pakai.skang ni ada FB,Twitter,Blog & macam2 yang senang orang nak akses.pakai je la medium2 ni untuk korang bagi kesedaran pada orang.bukan aku nak dengki,aku ni pon macam korang jugak ada pesong sana sini,yang pasti nya pentas ceramah bukan untuk korang.


Dia ada pro & kontra dalam kes ni.aku taknak amik yang pro…sebab aku taknak PAS duduk dalam keadaan selesa bilamana aku sokong je apa saja dari PAS.so kali ni aku nak jadi kontra…bukan aku nak melawan,aku cuma nak bagi teguran sikit bahawa trend ni sebenar nya sangat bahaya.ke-kontra-an aku ni sebab aku taknak PAS lari dari perjuangan asal.apa2 boleh jadi zaman skang ni.tolong jangan jadi macam UMNO,diorang dah lama sesat,tak heran la Awie gangster,Amy kuda tua,AC mangkok gelang,Zed Zaidi hero tak jadi,Jamal abdadah & yang seangkatan dengan nya [ramai sangat nak sebut huhu…]join diorang.


Aku tulis entry juga di sebabkan Ning duk bising2 yang orang duk sebar yang dia masuk PAS.dengan menggunakan gamba dia pakai tudung,padahal tu gamba masa dia belakon taun lepas.apa ke hal nya nak sebar berita2 yang tak pasti…jadi senak kepala hotak aku bila benda ni jadi.se olah2 PAS terdesak sangat nak dapat sokongan rakyat melalui artis2 ni.ini trend yang kurang bijak bagi aku.Ning…hmmm nasib baik la dia tak masuk PAS lagi.tolong la wahai pemimpin PAS,ini bukan trend yang bagus untuk menarik orang muda dekati PAS.kami generasi berilmu bukan macam orang muda dulu2 [kalau kami nak hiburan pon kiblat hiburan kami bukan disini…di UK & US sana nuh].skang zaman orang muda menilai dengan ilmu & fakta.


Ning marah la kikiki....

Ini sekadar pandangan aku je…fanatik2 tolong jangan maki aku ok.baca elok2 pastu fikir sampai lebam kakaka.perlu di ingat kan sekali lagi,benda ni ada pro & kontra.aku Cuma sentuh yang kontra je.yang pro tuh korang dah pandai fikir sendiri kan.Cuma tak perlu lah nak highlight gila2 kat media2 sebab mungkin ada penyokong PAS sendiri yang akan menyampah.ramai je artis yang masuk PAS yang tak di highlight gila2...itu yang aku suka.berjuang dengan suka rela tanpa orang tahu.


NivSaid:woi cacai UMNO ko ingat ni entry aku nak lawan PAS ke…kena tiow la lu olang!!! Kakaka.aku saje je wat tajuk camtu POWWW!!! Kah3

M.Ghaddar Yang Malang

Aku tertarik untuk nak buat entry pasal striker import TRW dari lubnan iaitu M.Ghaddar,kerana sejak seminggu ni ada kes panas yang melibat kan striker ni,kes perbalahan mulut dengan kapten negeri Perak.sebelom ini pon Ghaddar pernah beberapa kali di henyak tanpa batas.paling baru sebelom kes dengan si Arul kapten perak ni Ghaddar telah di tumbuk di kelangkang oleh Amri (bukti video ada,cari sendiri kat Youtube).ok berbalik pada kes Arul vs Ghaddar ni,sebenar nya ia adalah kes yang biasa saja di atas padang...tapi di anggap luarbiasa bila di luar padang.aku jadi makin tak paham dengan sikap sesetengah orang yang memaki2 dalam kes ni.lihat saja di facebook banyak kata2 yang agak kasar & kesat di lempar dari kedua penyokong negeri.yang belah sini maki belah sana,yang sana kutuk belah sini...dan aku rasa takkan habis lah bab kutuk mengutuk ni. 


M.Ghaddar yang kontroversi & selalu jadi mangsa 

Apa yang aku faham lah dalam kes Ghaddar vs Arul ni,cerita dia macam ni.Ghaddar banyak jadi mangsa tackle yang keras & berniat jahat sebelom2 ni.so kalau aku di tempat dia pon aku akan rasa sangat sakit hati,bila saja aku main ada je manusia yang nak menyakitkan aku.aku jadi tension & hilang kawalan,so bila sampai nya kes si Arul ni,aku rasa Ghaddar dah hilang sabar...asyik kena tackle keras je.pastu bukan setakat tackle je,di tambah plak dengan tuduhan entah hape2,main tipu la,lembik la ape kejadah lagi.Ghaddar bukan nya reti kecek melayu so,bilamana si Arul ni kata dia menipu Ghaddar membalas balik dengan rasa geram "F**k yomada" (ala kalau korang main sama2 melayu then lawan ko maki ko dengan perkataan "F" yang berbahasa melayu macam "P*****k kau" boleh je korang wat ilek)...masa dia cakap tu mana la dia tahu mak Arul ni masuk hospital.so pada aku Ghaddar tak bermaksud sebenar2 nya dengan kata2 tu.ayat "F" tu jadi macam tabiat dia la...macam kita jugak la. 


Aku bukan nak menyalahkan Arul ni 100% tapi mengikut pandangan aku la kan,dia menggunakan sentimen ayat "F" yang di keluarkan oleh Ghaddar dengan membuatkan seakan2 ayat tu sangat menghina dia.seperti yang aku cakap tadi ayat "F" tu dah jadi tabiat Ghaddar...sama jugak dengan player2 lain.mungkin diorang ada pekataan tertentu yang jadi tabiat diorang,macam 'Faqqoff' 'Babi' 'Cibai' 'Lancau' & yang lain2 (sori bukan mengajar budak2 pekataan tak elok,cuma memberi contoh huhu).jadi pada aku ia bukan lah benda yang luarbiasa dan sangat2 terhina bila player2 ni berkata2 sedemikian rupa.tapi bila sampai bab Ghaddar menyebut "F*** yomada" ianya seakan tak pernah di sebut di padang seakan2 sangat menghina orang yang ditujukan tuh.ini lah sentimen yang di mainkan oleh Arul ni dalam keadaan separa sedar dek kerana emosi yang tak stabil. 


Sekali lagi di nyatakan,aku bukan nak backup Ghaddar.aku menilai nya dari segi logik & teknikal bila berbahasa di atas padang.aku bukan penyokong fanatik TRW,aku cuma memberi pandangan.kalau korang rasa ianya sangat bias sebab aku orang Klate...maka itu salah.Ghaddar pon ada menyumbang 50% dari kecelakaan ini sebenar nya,tapi apa lagi kita boleh buat kalau asyik duk kena bantai je...nak biar sampai patah kaki ke.nasib baik la dia hanya membalas dengan mulut,try kalau dia balas dengan "Flying kick" ala2 Abe Halim...pecah usus beb!!!.Arul ada hak untuk tidak memaafkan Ghaddar...itu hak dia,lantak lah.pada aku lah benda ni jadi dengan pantas & di luar kawalan Arul & Ghaddar.so aku rasa baik Arul fikir dalam2 sebelom buat tindakan.fikir adakah logik Ghaddar tu nak mengata camtu dengan niat yang sebenar2 nya.


Aku nak menulis panjang lebar pasal kes ni sebenar nya sebab point no2 aku tak sentuh pon lagi.tapi aku rasa malas plak nak bejaga malam2 ni.kepada penyokong Perak aku minta maaf lah kalau korang rasa entry ni sangat2 tidak fair bagi korang.aku menulis dengan apa yang aku rasa...bukan rasa orang lain,takde orang yang paksa aku buat entry ni.aku sendiri yang mahu melempar pandangan aku ni.walaupon ia nampak macam tak fair...aku bukan nak suruh korang telan 100% apa yang aku tulis tu.ianya hanya penilaian dari sudut logik.kalau korang rasa tak logik maka tak payah setuju dengan entry ni.tapi jangan plak maki aku kaw2,sebab aku pon ada mulut...aku pon ada kawan...aku pon ada geng huhu.akhir kata dari aku.benda ni sebenar nya hanya biasa2 saja di atas padang...tapi diluarbiasakan oleh orang2 tak bertanggung jawab macam wartawan pondan yang hanya nak bagi paper diorang laku.




NivSaid:bahasa maki makin menjadi2 dalam kehidupan seharian kita...camne la kita nak banteras budaya2 sesat camni

Tuesday 17 July 2012

Gotham City Need Me...


Semalam aku dapat kiriman dari orang kaya Gotham City…En Bruce Wayne yang baik hati bagi aku t shirt nih.dia bagi ni  untuk aku menyelinap masuk ke Gotham City tanpa pengetahuan Gordon hehe.tujuan nya adalah untuk aku bersama2 Batman melawan kejahatan mamat jahanam Bane.so tanpa membuang masa malam ni aku flight ke Gotham City.petang esok mungkin aku akan jumpa Bruce Wayne untuk plan camne nak hempuk si Bane.kasi lunyai ini olang!!!


Fuhh!!!masuk Forbes mamat nie,kayo,kayo...

Gotham City need me

Mamat jahanam Bane ni main puak2 plak

Aku ni banyak masalah nak kena fikir…tapi Bruce Wayne dah janji ngan aku kalau dapat setel kes ngan Bane ni,dia akan bagi Aventador dia kat aku [itu pon kalau Aventador tu x jahanam nanti…huhu].so aku pon ketepikan la masalah aku buat sedetik lebih.Bruce Wayne cakap nanti Batman akan tolong aku…dalam hati aku kata “puiihhhh!!! Nakharom.ingat aku tak tau ke ko ngan Batman tu orang yang sama,tak payah nak kencing aku la Bruce Wayne”.ingat aku bodo ke haha.


Lamborghini Aventador yang Bruce Wayne nak bagi woohooo!!!

Dan aku dengar cite yang Batman ada Bat Vehicle baru…dia macam jet pejuang.tak sabar aku nak pegi Gotham City nak tengok jet Batman yang canggih tu.mana la Batman nak letak Jet bagak besar ni,kat bawah tanah? Atas bumbung Wayne Tower?...musykil sungguh.esok sesampai nya aku kat Gotham City aku nak pegi tengok muat ke Jet tu letak kat atas bumbung bangunan.


dah macam rupa kumbang tanduk

Awek Batman si CatWoman tu…malas aku nak amik tau.Anne Hathaway keding,bagi la Mila Jovovich ke Kate Beckinsale ke baru mantop!!! baru syok huhu…tapi jangan la si Kristen Stewart plak [dia ni anak Darth Vader…tak pernah senyum haha] melalut dah aku ni.senak betol Batman ni,dah kaya tapi tak pandai cari awek yang tiptop.ada Lamborghini Aventador pon tak sangkut ke.apahal plak aku duk cite pasal awek2 Batman ni huh!!!




So esok aku takde kat sini.aku nak ke Gotham City untuk menegakkan kan keadilan bersama2 Batman,Gordon & lain2.sebelum aku pergi ingat lah kata2 dari aku ni ”The fight for Gotham will never end,I’ve accepted this”


NivSaid:kakaka…mesti korang menyampahkan!!! Lantak la…aku fans Batman,nak buat camne

Rugi 16 ribu


TRW ni tak leh la kalau takde isu panas haha.ada saja isu yang jadi modal untuk wartawan pondan nak spin supaya ia nampak buruk2 saja.kes terbaru yang melanda TRW adalah “Kerugian hampir 16k” semasa majlis penyampaian Piala Super kepada skuad Kijang ini.yang mana para fanatik & peminat yang tak berapa cerdik TRW telah dengan sengaja memasuki padang sama2 merai kan kemenangan kali kedua berturut2.sampai bila aku nak ingat kan kepada penyokong TRW bahawasa nya media2 memang sedang & akan mencari kelemahan & keburukan kita.


sumber gambar dari sokernet

Bila pengurus TRW mengatakan bahawa mereka terpaksa menanggung “Kerugian hampir 16k” ia memberi 1 point kepada wartawan pondan ini untuk reka cerita & spin isu.itu memang kerja mereka,aku malas dah nak maki2 diorang ni.yang aku nak cakap kat sini adalah,apa rasional nya penyokong masuk ke padang meraikan piala bersama2 skuad.tau la nak menghargai pemain2…tapi cara tuh bagi aku kurang bijak.padang bola tuh bukan macam padang biasa yang korang boleh bantai masuk ramai2.KAFA dah banyak habis duit nak bagi padang tu cun.pagar tu berapa kali repair pon aku tak tau.


Ada yang cakap “ala 16k je…diorang untung lagi banyak,tiket dari rm10 jadi rm15,budak2 pon kena bayar skang” ataupon “kami dah banyak bagi sumbangan kat TRW ni,kami sokong sepenuh hati,takkan ini pon nak berkira”.bukan masalah nak berkira la bang.masalah atittude tu…nak meraikan boleh.bukan orang tak bagi ko nak meraikan pemain.tapi jaga la tingkah laku.nak keliling 1 kelate pon aku tak kisah asal tak merosakkan harta benda.tu belom masuk denda dari mangkok hayon FAM lagi.tau2 jap lagi KAFA kena denda sebab ni.kayo lagi la FAM maha bangsat!!!.tanggung hutang lagi beb. 


Yang si Azman pon 1 hal…jangan la bagitau direct yang penyokong dah rosakkan fasiliti & rugi sampai 16k.seolah2 dengan terang2 menuduh penyokong merosakkan harta benda stadium.cuba bagitau elok2 yang cara meraikan pasukan & piala pada malam tu kurang elok & boleh merugikan kita semua.tak payah la nak keluarkan figure 16k tuh.alah 16k tuh KAFA boleh je curi2 kat “Prize Money rm750k” tu.jangan kerana 16k ni penyokong TRW lari & boikot KAFA.masing2 ada hak.penyokong ada hak untuk meraikan Piala Super kerana semangat yang mereka tunjukkan berbulan2 lamanya.Pengurus TRW pon ada hak untuk menegur kerakusan penyokong.


nak buat stadium yang macam ni rupa dengan perangai penyokong yang ada sekarang?
takpe orang Klate kayo...bak kata sorang penyokong TRW!!!




NivSaid:kena ubah perangai penyokong dulu,baru boleh buat stadium baru.kalau tak ubah jugak stadium baru jadi  stadium haru!!!

CHAMPION!!!CHAMPION!!!



Agak lambat aku nak update pasal kemenangan TRW.sejarah telah tercipta yang mana TRW telah menjulang Piala Super buat kali kedua berturut2.sekalung tahniah di ucapkan kepada para pemain,jurulatih,pengurusan & mereka yang terlibat untuk mengekalkan kejuaraan ini.


Sekarang ni TRW sudah menjulang Piala FA & Piala Super.sedang bersiap sedia untuk Piala Malaysia.kami sudah melangkah ke peringkat suku akhir Piala AFC,yang di anggap pencapaian terbaik TRW setakat ini.apakah mungkih kita akan mendapat "TREBEL" tahun ini?


sama2 kita menjadi pemain ke12 yang terus terusan menyokong tanpa mengira keringat!!!




NivSaid:Tiru M.U punya stail Champion banner hehe...

Saturday 14 July 2012

Terima Kasih Orang Bodoh

Entry kali ni sangat singkat,entry aku untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada Tun Faisal iaitu pengerusi Unit Media Baru UMNO.kenapa aku nak berterima kasih kat mamat ni pulak...pasal dia dah berbakti pada aku dan sekelian yang menentang UMNO.macam mana dia berbakti???


simple je cara dia berbakti POWWW!!!...tengok print screen nih.



Mamat ni dengan bodoh nya telah mempersendakan DR MAZA ekoran kes arwah kahlil yang mengamuk di JPM tempoh hari.dengan bodoh sombong nya memberi soalan konon nya soalan trik la...sekali DR MAZA balas macam tuh.

selepas beberapa ketika...DR MAZA pon tweet camni


Akhir nya kerana kebodohan & kesombongan TF...DR MAZA dengan terang2 mengakui yang beliau tanpa segan silu untuk menentang UMNO.POWWW!!!

Beberapa hari kemudian ada la orang kuat UMNO iaitu SK cuba memujuk DR MAZA,dengan mengatakan yang TF tidak di upah untuk menyerang DR MAZA.cakap la apa2 pon SK wei...mamat tuh orang penting UMNO & mamat tuh dah telajak kata dah.

apa2 pon terima kasih lah kepada Tun Faisal kah3

habis la ko kena baboon ngan orang UMNO haha.Terima Kasih TF

NivSaid:sapa tau orang bodo boleh berjasa kat kita :P



Friday 13 July 2012

Kecelaruan minda seorang rakyat


Khalil di panggil terorrist?...sampai hati kamu rakyat malaysia yang menilai orang dengan hanya berpandukan surat khabar & media jahanam

Terus terang aku nak bagitau yang aku tulis entry kali ni bukan untuk menjatuh kan maruah sesiapa termasuk arwah Khalil yang mengamuk di JPN hari tuh.bukan jugak aku nak mempersoalkan tindakan polis.bab polis tu,tu hal diorang lah...walaupon kurang professional bagi aku tapi kita kena terima hakikat yang polis pon manusia.aku nak mengupas benda yang sebalik nya.sehari selepas aku baca pasal orang mengamuk baru aku dapat tau yang arwah ni ada bukak blog sebulan sebelum dia serang JPN.bila dapat tau pasal blog tu aku terus pegi melawat blog JAYA NEGARA arwah.hmmm pening aku baca penulisan arwah ni.ramai yang cakap yang bahasa dia sastera habis...aku baca takde pon rasa sastera nya.ayat mana yang korang baca yang sastera sangat tuh. 


Huh lupakan pasal sastera....aku ada benda lagi penting nak cakap kat sini apa yang aku dapat paham kat sini arwah ni mempunyai kecelaruan minda yang amat teruk...sabar,aku bukan nak kutuk dia.baca dulu apa aku nak tulis ni.kecelaruan minda dia adalah di sebab kan oleh tidak mendekati ulama'.mentafsir sesebuah ayat alquran itu dengan akal dia sendiri.tanpa ada rujukan dari orang yang bertauliah macam ustaz ke tok guru ke.aku bukan nak kata kat arwah sorang je.aku nak kata kat aku dan jugak korang yang baca ni.kesan dari menjauhi ulama ni besar.sangat besar sampai ia boleh memesongkan akidah kita sendiri.kalau nak belajar matematik kena ada cikgu matematik...nak belajar sastera kena ada cikgu bahasa.so bila sampai bab agama bab tafsir bab alquran...kena ada ustaz atau tok guru atau ulama sebagai cikgu supaya kita tak tersasar. 


Aku bukan nak marah arwah pasal dia kutuk TGNA,Dato Harun Din & lain2,tapi aku sangat kesian dengan orang zaman sekarang tambah2 yang duk di KL ni.nak g masjid seminggu sekali pon susah beb.apa lagi nak gi dengar ustaz mengajar kat surau atau masjid.bila susah nak nampak batang hidung kat masjid so automatik kita takkan jumpa dengan ustaz & ulama.orang cakap 'tak kenal,maka tak cinta'...so bila ko dah tak jumpa ko tak tau isi hati orang.bila ko tak pegi masjid dengar orang mengajar ko tak tahu apa ilmu yang di ajar.bukan saja susah nak dengar kuliah agama,bah kan di tuduh ulama' ni mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi.apa punya singkat otak ko. ini lah hasil nya bila kita di momok dengan teori jahanam sesetengah manusia celaka yang terus terusan mendendangkan lagu 'alim ulama yang berpolitik itu mempergunakan agama'.sama macam orang melayu dulu yang di momok kan dengan teori bahawa 'cina itu jahat & samseng,india itu pemabuk & kaki gaduh'...ini teori yang maha jahanam yang mahu di implan ke dalam otak setiap orang melayu.huh apa hal pulak aku ke situ....sori.berbalik pada teori jahanam yang di sebut tadi maka orang2 macam arwah telah termakan sedikit sebanyak hasutan tersebut dan akhir nya membuat kesimpulan bahawasa nya ulama' yang ada sekarang tidak boleh di guna pakai.


Ok di singkat kan cerita (aku ngantok sebenar nya huhu...).so berteladankan kejadian amuk di Putrjaya tuh kita harus lah tidak memikirkan soal agama mengikut pemahaman kita sendiri sebab kita belajar tak tinggi.yang ada basic agama tu kira ok lah...kalau yang takde basic agama tiba2 nak mengarut pasal tafsir hadis fekah bagai tu yang jadi haru biru.untuk terakhir kali nya aku pesan kat diri sendiri...dekat kan diri kita dengan ulama.kepada ibubapa yang ada anak yang tengah membesar tuh...subur kan lah minda mereka dengan ilmu agama.bawa lah anak2 ke masjid selalu.agar esok2 tidak menyusah kan masyarakat.allahuakhbar.

NivSaid:Dekati lah para ULAMA',jauhi lah Utusang,Berita Hairan,Harian Mentroll,Kosmok & yang seangkatan dengan nya.

Thursday 12 July 2012

Hak Aku,Hak Kami,Hak Rakyat

ini kempen maha penting bagi kami rakyat kelantan...kami akan berjuang hingga mampos!!!...mari semua rakyat kelantan tanpa mengira fahaman politik masing2.tolak tepi bab politik yang memisahkan kita...berpadu untuk memperjuangkan "HAK KITA".


Gomo Klate Gomo hingga ke titisan darah terakhir demi masa depan anak cucu kami.ini "HOK KITO".

NivSaid:sapa2 yang nak copy infografik ni bagitau aku...aku bleh bg softcopy [copy dari sini takut gamba pecah]

Stop LYNAS,Save Kuantan

kempen anti LYNAS dari aku.



sedikit info dari aku.harap info yang tak seberapa nih membantu...perlu di ingat kan,aku buat "infografik" ni bukan main hentam kromo je.sumber aku adalah dari jenis yang sahih.ini sedikit sumbangan aku untuk negeri kelahiran mama aku...PAHANG DARUL MAKMUR.marilah kita sama2 selamat kan Kuantan...selamatkan Malaysia Tanah Air Kita.


NivSaid:harap negeri Pahang akan MAKMUR untuk selamanya tanpa toksin merbahaya