Wednesday, 13 July 2011

Kebanggaan VS Kebangsaan


aku baru je balik dari tengok Arsenal lawan Harimau Malaya.aku sampai takde la awal sangat,dalam pukul 6 lebih camtu la.parking pon dah penuh.hampir 10 minit aku cari parking,akhrnya dapat jugak.kat parking stadium tuh aku boleh tengok kereta peminat tegar Gunners.ada stiker yang besar2 menampakkan dia memang Gunners sejati hingga lah sekecil2 stiker.aku ada 1 je stiker Gunners,kat cermin blakang.

macam biasa lah area keliling stadium penuh dengan penjual2.so aku lepak2 la tengok jersi,mafla,flag...mana tau kot ada yang sangkut.lepas maghrib aku masuk,huh dah penuh seat yang mengadap padang.duduk la aku kat belah atas2 sikit di tingkat dua,tak perasan pulak aku duduk dengan Adi Fashla haha,oooh Adi The Gunners rupanya.view dah ok cuma jauh sikit la.tak kisah janji cam la muka player Arsenal.

game start,dengan Arsenal hanya membariskan junior2 sahaja.Wenger saja simpan Star2 untuk separuh masa kedua.tak sampai 5 minit main Malaysia dah kena penalti,adoih apahal la dengan Aidil ni,gugup ke sampai tackle camtu sekali.Aaron Ramsey menyempurnakan sepakan penalti yang bagi aku telah menjatuh kan moral pemain2 Malaysia.adoih...gol Theo Walcott lagi la tak boleh blah...apasal la Rajagobal tak letak Apek main.aku marah nih haha.apa dah jadi pada Mat Yo?

Penalti yang menDOWN kan player Malaysia

masuk separuh masa kedua,Wenger masukkan semua star2 yang peminat nak tengok,Vela,Arshavin,Nasri & Van Persie.penyokong Gunners bagai histeria bila Nasri dibawa masuk,tiap kali Nasri pegangbola tiap kali lah penyokong bersorak.memberi isyarat bahawa Nasri tak usah pergi dari Arsenal.apa2 pon pada aku Arsenal main biasa2 je malam ni.tak berapa agresif sangat,mungkin sebab ini hanya game tour untuk promotion.so tak boleh la main gila2.

dengan kemasukan Apek,aku ingat gawang Malaysia tak boleh tembus lagi,telahan aku tak tepat,sebab nya tak guna ada Apek yang pandai terbang2 kalau bek macam gampang,apa2 pon Apek banyak selamat kan gawang Malaysia,separuh masa kedua Malaysia kena lagi dua bijik,menjadikan Arsenal 4-0 Harimau Malaya.so game habis dengan Malaysia kalah teruk.aku berharap untuk Malaysia bangkit melawan Liverpool nanti,Harimau mungkin tak boleh lawan Meriam.tapi Harimau boleh kunyah2 Bangau merah POWW!!!

stadium tak penuh seperti yang aku jangka,mungkin kalau FAM bagi The Red Warriors lawan Arsenal,seat akan penuh 100% tanpa ada orang luar haha.kalau TRW yang lawan tadi aku rasa mungkin akan kalah 2-0 je kot.apa2 pon aku seronok sebab dapat tengok live Arsenal main,pengalaman yang takkan aku lupakan.sekian.


NivSaid:ternampak mat salih ngan negro pakai jersi Harimau Malaya.aku pakai jersi Arsenal,Mafla The Red Warriors hahahaha!!!!



0 comments: