Monday, 11 July 2011

Niat Murni Siti


sejuk hati aku tengok gambar nih....

Siti Nurhaliza nak masuk UiTM?..WOWW!!! apakah benar apa yang aku baca nih,aku bukan nak menentang atau nak membangkang,tapi boleh ke dia masuk UiTM sesuka hati,nak ambil diploma @ sarjana dalam bidang muzik kata nya.tak kisah la dia nak ambil kos apa pon,ilmu ni tak kira tua ke muda janji ko nak belajar,betol tak.tapi….wooo nanti sekejap.Siti dapat pangkat berapa masa SPM dulu…aku dapat pangkat 2 tapi UiTM tak terima aku,Siti aku rasa lagi lembab dari aku kot dari segi akedemik hehe…pangkat berapa ye?.takkan pihak pengurusan UiTM nak menjatuh kan maruah institusi pengajian tinggi dengan menerima sesiapa sahaja untuk masuk.kalaupon dia ada bakat,tapi dia takde kelulusan akedemik.sama macam aku jugak aku memang berbakat dalam bidang aku sekarang…tapi UiTM tak terima pon aku.

Adakah disebab kan dia dato’ & ada duit lebih dan terasa untuk belajar,pihak UiTM mempertimbang kan untuk merendahkan martabat untuk artis2 ni merosakkan sistem pelajaran.sapa nak mengajar siti?...Yusry ke.apa Yusry nak ajar pada Siti.lantaran vokal.ye la,ye la aku tau korang marah aku kutuk siti.aku bukan apa.tempat Siti bukan di sini,Siti seharus nya memikir kan tempat yang moden dan punya teknologi dan orang2 yang pakar gila2 dalam bab muzik.cuba tanya Yuna apa ada kat U.S…banyak Yuna belajar kat sana.aku sebenar nya ada cadangan tempat belajar bagi Siti.memandangkan niat dia murni,so niat aku pon murni untuk bagi pendapat kat dia bahawa UiTM tak sesuai dengan Siti.

Kat mana yang sesuai?...nuh kat Berkelee College of Music dekat Boston U.S sana,kat sana macam2 ada.ramai pemuzik & artis lahir kat sana,banyak benda boleh belajar kat sana berbanding kat sini.dari menyanyi sampailah kepada pengarahan.Siti kan banyak duit,Siti berhak untuk dapat pendidikan berkelas dunia.aku saran kan pergi ke Berkelee,serius Siti takkan kecewa.lagipon kat sana dia tak mintak SPM haha.gurau je,Berkelee menerima sapa saja yang nak belajar.ini salah 1 sekolah muzik yang aku syorkan lah.sebab aku tengok ramai pemuzik handalan lahir kat sini.sekolah muzik ni punya reputasi yang terbaik!!!

Tolong la siti.ramai orang akan mempertikai kan keputusan ni,orang akan mempertikai kan Siti dan orang juga akan mempertikai kan UiTM.ini akan beri impak yang tak sihat bagi aku.ramai orang akan mengata,aku bukan menghalang Cuma nak bagi 1 cadangan untuk tidak mengeruhkan keadaan.niat tu dah ok dah.tapi perlaksanaan tu kurang bijak.itu baru niat yang di beritahu.tak tahu lagi betol ke tak kan.kalau betol la,aku suggest Siti pergi je keluar negara.balik nanti mesti banyak perubahan,siap boleh wat talk show happening macam oprah [takde lah macam skang nih,boring!!!].percayalah [eh macam tajuk lagu Siti je hehe].

NivSaid:cuba tanya Loque[monoloque],mana dia belajar hehe J

0 comments: