Tuesday, 1 November 2011

Pokok-Pokok Neon

Neon Trees

Aku sebenar nya tak tahu macam mana nak mula review pasal band U.S dari Provo,Utah nih.aku jugak tak tahu kenapa aku nak review pasal band nih.banyak aku dengar komen2 yang positif pasal Neon Trees, sebelom aku pegi jauh, aku nak perkenal kan band yang penah datang Malaysia nih untuk konsert MTV hari tuh.band ni di tubuh sekitar taun 2005,dengan diorang punya line up…3 lelaki Tyler Glenn,Chris Allen,Brandon Champbell & sorang pompuan iaitu Elaine Bradley untuk posisi drum.


Pada aku mereka ni biasa2 saja & agak terlambat keluar,kenapa aku cakap lambat keluar?...sebenar nya mereka sepatut nya keluar masa orang tengah gila muzik synth atau garage, macam The Killers,The Bravery & The Kinison.tak pelik kalau sound diorang ni macam The Killers sebab mereka ada hubungan…tak perlu kot aku cite hehe.mereka punya alasan kenapa mereka lambat keluar,kerana mereka bukan lah dari genre & zaman yang di sebut tadi,mereka mengisytihar muzik mereka sebagai campuran new wave & indie.pada aku mereka ni lebih kepada pop,lebih kepada MTV punya stail lah.ye la radio friendly di tambah dengan gaya penampilan mereka…memang MTV habis lah haha.
Vokalis Tyler Glenn dengan rambut ala2 Mohawk

Vokal Tyler Glenn pulak di samakan dengan vokal Adam Lavine Maroon5….Cuma agak energetik.die sebenar nya bukan energetik,Cuma die punya tone lagi kasar dan jelas,kena pada pembawakan muzik mereka.aku lebih suka vokal Adam sebab punya melow yang hanyut,Tyler memang tak leh lawan lah dan tolong lah jangan samakan vokal diorang.serabut aku…mengenai rambut mohawk Tyler plak, menjadikan mereka seolah2 tiada originaliti dan tidak tetap pada 1 identiti atau dalam bahasa kasar nya, mereka berdepan dengan krisis identiti.
Single 'Animal'


Mengenai single pertama mereka ‘Animal’,bila aku dengar permulaan lagu ni aku macam “eh! Macam penah dengar”…bila aku dengar elok2 dah fikir baik2.haha aku dah dapat tangkap,lagu ni lebih kurang ‘Hey Now Now’ nyanyian The Cloud Room & ‘Move Along’ dari The American Reject.punya rentak yang lebih kurang di intro,di verse hampir juga di chorus hehe…sori aku kena berterus terang.trek ‘Animal’ ni lagi rebel kot berbanding dua lagu yang aku sebut tadi.


Keseluruhan album ni memang agak sedap di dengar sebab ianya memang tak berat sangat…dia macam ringan sikit dari The Killers.tapi mood tu memang tak jauh lah.konon nya mereka nak ‘menjahatkan’ pop haha.nak pop,pop je la…nak jahat,masuk rock la.bukan takde rock yang mudah hadam…ramai je yang guna elemen 80an sebagai base muzik diorang.tak payah di sebut lah band mana kan…yang penting mereka berjaya mengaplikasikan elemen tunjang mereka.jadi, Neon Trees ni kena lah tegas dengan perjalanan muzik mereka…kearah pop ke rock.


Persoalan dalam kepala otak aku adalah,boleh kah mereka survive dalam industri atau nasib mereka sama dengan band2 ‘cendawan’ yang lain,maksud cendawan disini “naik macam cantik je,bila dah petik & makan…habis kat situ” tiada lagi karya menyengat.kes macam ni memang sering terjadi, seperti yang berlaku pada The Bravery dan lain2.menyepi selepas album pertama atau pon hilang sengat selepas sekian lama.pada aku hal ini juga akan berlaku pada Neon Trees…jadi,berwaspada lah haha.apa2 pon Neon Trees satu band yang boleh pergi jauh….


NivSaid: aku kena tengok mereka secara ‘live’ lah diorang nih, untuk mencongak hayat mereka dalam industri POWWW!!! 

0 comments: