
Real steel taruhan pengarah Shawn Levy
Aku tak nak bercerita jalan cerita untuk kisah tinju robot2 nih.semua orang tau bile tengok trailer cite,orang akan expect akan ada efek & scene gaduh yang gila2.ok aku tak nak cite pasal tu.aku Cuma nak bercerita pasal ‘emosi’ yang di serap atau di letak dalam Real Steel nih.macam mana pengarah cite nih boleh memainkan emosi penonton dengan cerita robot?.first expectation aku pada cite ni sebenar nya hanya lah sekadar kisah dunia tinju robot.tapi bila kita duduk untuk melihat aksi…kita sebenar nya di hidang dengan kisah yang agak emotional.WHAT???...ye ‘emotional’.
Okay aku skang nak cerita pasal movie Real Steel.dah lama dah aku tengok cite ni sebenar nya, tapi tak sempat nak review je.pikir punya pikir aku rasa aku kena review pasal cite nih.bukan sebab die best…tapi sebab ada sesuatu yang ‘X’ pada cite ni.bila tengok pada tajuk & die punya trailer, orang akan ingat ini hanya cite pasal robot2,gaduh2,hentam2 & lain2.aku pon punya mind set yang macam tu jugak.anggapan yang aksi dalam cite nih hanyalah untuk lelaki sahaja & kurang sesuai bagi pompuan.
Jadi, aku pon duduk lah mengadap skrin layar perak menantikan aksi2 dari Hugh Jackman.ceritan nya mengenai robot yang mengambil alih tugas manusia untuk bertinju.manusia Cuma kontrol je robot tu.robot2 dalam cerita ni bukan lah macam Transformers…dia robot ciptaan manusia macam Asimo atau lain2 dengan skala yang besar sikit dari manusia.ternyata bukan aksi yang membuat aku asyik tengok cite nih,tapi emosi yang di letakkan didalam watak2 untuk cite nih.permainan emosi antara bapa dan anak membuatkan gaya penceritaan menarik.si bapa ni hanya tahu bertinju saja tapi tak tahu guna sepenuh nya fungsi robot & asyik kalah,si anak pulak memang kaki game, bab kontrol konsol ni memang terbaik lah.jadi kombinasi antara dua beranak Kenton ni menaikkan nama mereka dan robot yang bernama Atom.
Bermula dengan game haram mereka mula masuk ke liga tinju robot yang berprestij.nama Atom di sebut2 dalam liga tinju robot.Di tambah pulak mainan krisis antara anak beranak Kenton ini dengan jaguh handalan robot bernama Zeus, yang mana selepas menang game yang pertama,si Max Kenton [anak] dengan selamba ayam katik nya telah mencabar jaguh no1 untuk ‘berhempas pulas’.ironi nya robot yang mereka gunakan adalah hasil dari ciptaan jaguh no1…Cuma robot mereka dari generasi pertama & jaguh no1 yang dicabar menggunakan robot generasi ke3.
Emosi telah disuntik lagi di hujung cerita dengan meletakkan hubungan antara anak beranak Kenton ini dengan robot mereka.permainan emosi di sini nampak menjadi.ah sudah, ikatan mereka dengan robot Atom ni menjadikan cerita ni tambah dramatik.memang agak dramatik bila mana si bapa pulak yang bersungguh2 melawan musuh mereka yang juga jaguh no1.agak mengasyikan melihat saat2 mereka bersusah payah melawan jaguh handalan.nak tau sapa menang,pegi tengok sendiri la kawan POWWW!!!
saat2 Charlie & Atom beganding tenaga melawan Zeus
Apa pun taruhan pengarah Shawn Levy memang berbaloi lah.dengan gaya dialog yang agak selamba antara bapa & anak.di luar jangkaan, itu saja ayat aku untuk karya Shawn Levy.memang agak mengejut kan bila kita lihat hasil jalan cerita ni….orang sebelah nangis beb tengok cerita robot,kalau cerita Titanic ok la nak nangis,tapi ni cerita robot.pastu mintak nak tengok sekali lagi tu yang tak tahan hehe.itu makna nya memang EMOSIONAL lah haha.aku tak teragak2 untuk bagi 5bintang untuk cerita ni,ia cerita paling menghiburkan tahun 2011 ni.
Pelakon utama:
Hugh Jackman
sapa tak kenal mamat wolverine ni kan…watak kali ni selamba & tak seserius watak2 sebelom ni.Dakota Goyo
sempoi betol budak ni,memang cool la budak ni belakon…antara sebab kenapa cerita ni hidup.NivSaid:agak terlambat aku review pasal cerita ni sebenar nya…dah sebulan tengok baru nak review adoi!!!
0 comments:
Post a Comment