Monday 23 January 2012

Alkisah Roti & Tepung

Hari jumaat lepas aku macam biasa lah pegi solat jumaat kat masjid taman setiawangsa.bila dah sampai kat tangga besar dia tu aku tengok ada 1 flyer orang duk letak.aku macam biasa lah malas nak amik tau,nanti ondaway balik baru aku tengok ape benda nya.tapi aku tengok ada 3 4 orang duk kusyuk baca flyer tu,jadi aku pon amik la 1 untuk tatapan sebelom aku masuk masjid.aku tak baca,aku lipat2 masuk poket.tapi sempat la baca sekilas.rupa2 nya ia nya satu flyer untuk BOIKOT roti Massimo.pulak dah,hari tu gardenia skang Massimo plak.ape hal la diorang ni.sebenar nya cerita ni bermula macam ni...

beberapa minggu lepas ada 1 cerita keluar konon nya syarikat roti Gardenia yang mana Bernas mempunyai kepentingan dalam syarikat ini telah menamatkan kontrak pembekalan tepung dari FFM (Federal Flour Mill) kepunyaan Robert Kuok,timbullah 1 isu disini bahawasa nya Bernas yang di terajui oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari (ini aku tak pasti) menghentikan pembekalan dari FFM kerana nak menjatuhkan bisnes orang cina.pastu ada la orang yang melenting dan buat 1 benda yang tak patut bagi aku...lihat kat bawah ni...

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).

benda ni aku tak tahu lah dari orang cina yang betul2 buat flyer ni,atau pon orang melayu yang nak pedajal orang...yang pasti flyer ni telah mencetus kan ketegangan antara kaum.cerita ni tak habis kat flyer dari orang cina yang menyokong roti Massimo & boikot Gardenia.beberapa hari lepas tu pada jumaat lepas timbul pulak 1 flyer pasal nak BOIKOT roti Massimo pulak konon nya Massimo tu kepunyaan Robert Kuok (kroni BN,adoih politik plak dah).konon nya FFM membekal kan tepung yang boleh membunuh kita & macam lagi la.flyer ni aku sangat pasti dari orang melayu.dan aku merasakan mereka sangat2 bodoh dan sombong.


aku bukan nak backup cina ke apa ke...apa yang aku kesal kan kat sini adalah ketidak telitian kedua2 belah pihak dalam isu nih.kedua2 mereka yang membuat flyer ni ternyata hanya mengikut emosi tanpa ada kaji & selidik.dan kesan kepada flyer-flyer ni membuat kan ketegangan antara kaum.pasal roti melayu & cina begaduh,logik ke???.mengarut betul & aku rasa orang yang buat flyer ni & orang yang percaya buta2 apa yang flyer ni sampaikan adalah orang yang takde otak langsung.sebab apa aku cakap takde otak,sebab diorang tak baca benda kat bawah ni....ni korang baca benda ni betul2


GARDENIA MALAYSIA DIMILIKI 70 % OLEH QAF Ltd! (korang cari sendiri lah pasal QAF ni,Google kan ade!!!)

Sepertimana BERNAS....dimiliki 70 % oleh Tradewind....sebab itu kalau kita buka profile Tradewind,kita akan dapati Bernas dikatakan subsidari bagi Tradewind.Sebab tulah MD Tradewind sekarang menjadi MD Bernas

GARDENIA MALAYSIA

70 % Adalah dimiliki oleh QAF Ltd

Sebab tu CEO Gardenia Malaysia YAP KIM SHIN

"Yap Kim Shin serves as the Chief Executive Officer of the Gardenia Bakery group of companies in Malaysia (“Gardenia MalaysiaGroup”) of QAF Ltd. Mr. Yap has been with the Gardenia Malaysia Group since 1987, "

Mr Yap ni CEO Gardenia & Bernas cuma miliki 30%...so mana MELAYU nya Gardenia ni!!!


MASSIMO roti keluaran Italian Bakery sdn Bhd.anak Syarikat FMM BHD yang mana anak syarikat pula kepada PPB. (PERLIS PLANTATION BERHAD).

mari kita lihat siapa mereka...

BOARD OF DIRECTORS Datuk Oh Siew Nam Chairman

Tan Gee Sooi Managing Director

Dato Sri Liang Kim Bang Independent Non-Executive Director

YM Raja Dato’ Seri Abdul Aziz bin Raja Salim Independent Non-Executive Director

Lim Soon Huat Non-Independent Non-Executive Director
Dato' Capt. Ahmad Sufian @ Qurnain bin Abdul Rashid Independent Non-Executive Director

2 daripada director mereka adalah melayu...so mana CINA nya kompeni ni!!!


NAH AMIK KORANG BERDUA POWWW!!!...kena atas batang hidung sendiri.hakikat nya kedua2 kompeni ni adalah kroni kerajaan hahaha.jadi kepada mereka2 yang nak mencetus api ketegangan kaum kat sini aku nasihat kan tak usah lah buat macam tu.dan kepadanmereka yang tak tahu menahu sila jangan percaya bulat2.tiada guna nya kita bergaduh pasal benda ni.roti je pon,makan2 masuk perut buang balik.aku rasa kita dah ok kot,cina melayu india dah ok kot yang tak ok nya mereka yang buta mata duk mengampu UMNO (ni yang malas tulis blog,asyik UMNO je yang kena hahaha).kita takde masalah pon kan,aku tau la aku duk area majoriti cina maa.rilek je takde pon gaduh2 pasal roti ni.kat kedai tu roti banyak jenama,ko nak makan Gardenia ke Massimo ke High5 ke itu kehendak diri sendiri.

aku masa kat kampung selalu jugak beli,bukan selalu tapi aku memang beli roti kat kedai roti cina takde problem pon,mak ayah aku yakin ia nya halal aku adik beradik pon yakin lah.oleh sebab dah ada toleransi antara kaum aku sangat yakin yang tuan punya kedai tu tahu apa yang boleh & tak boleh bagi orang melayu islam.aku amat pasti yang orang cina sangat2 menjaga pelanggan mereka.jadi kepada penyokong PR plak macam mana semua ni roti kroni2 BN...takkan nak kena ada roti kroni PAS,PKR & DAP pulak baru korang nak makan roti haha.adoi la korang ni pemikiran entah apa2 aku pon pelik.sekali lagi roti je pon takde hal lah...itu masalah bisnes diorang,kita yang kat sini tak payah la nak buat spekulasi ala2 JOKSOROS!!!.

NivSaid:menulis entry dengan hiburan dari kaum cina di kaca tv.nak BOIKOT?.... :p

3 comments:

Anonymous said...

kau pegi langkawi, kau try cari roti gardenia ada ke tak.

Anonymous said...

Roti jer???... halo... nak buat roti ada macam2 campuran... kao mai Penang... kao makan kt kedai cina mana yang bole bagi kao makanan halal.. yakin tak cukup... mana kao tau cina tu peduli ngan kao punya halal ke tak?.... hape la.. bukan nak racist kat sini.. cuma halal tetap kena cari yang halal.. betul2 halal tiada campuran walau sedikit haram... akan tetap haram... chee sin lei... lei em chee meh... tak makan kedai cina atau hindu..xbermaksud hang racist... hang mai dok Penang setahun dua kalu nak tengok racist depa banyak mana... jangan pandang halal haram berdasarkan bangsa... gunakan agama sebagai panduan... bukan bangsa sebagai panduan... sorry.. you have to do better than this...

Niv said...

@Anonymous sori la bro...aku xpenah ckp xmkn kt kedai cina hindu kita ni racist.dlm konteks aku punya entry ni bkn makanan sembarangn...makanan yg ada cop halal bro.mknan yg ada approval dr pihak berkaitan.pasal ko ngn cina penang tu aku xtau la.aku pon xpenah nk msuk kedai mkn cina...apahal nk masuk cri nahas...sah2 la byk bhn2 yg meragukan.jgn sebab cina2 penang pnya hal semua cina ko bantai.aku kt sni cuma nk ckp psl kebodohan org yg wt flyers tu.aku xpenah pandang org bedasarkn bangsa bro...kalau org tu islam aku xpenah pndang dia mualaf ka india muslim..aku pndang dia sebagai "muslim"...maksud pekataan "Roti je pon" tu,aku maksud bnda yg kecik simple je...ko yakin halal ko mkn,x yakin xyah makan.simple je kot....ini siap nak wt flyer ckp ada itu ini.1 lg JAKIM yg tgung HALAL tuh...makna nya dorg tanggung halal haram makanan tuh.kalau dorg xwat keje makna nya dorg la yg tgung dosa halal haram tuh.kita sebagai pengguna xkan nk g chek kt kilang kot.ape gile beb.sebab tu di letakkan "DITANGGUNG HALAL".