musim yang aku rasa penuh ranjau bagi Asenal.di awal musim nya kita macam tiada haluan dan masa depan.masa tu aku rasa team kesayangan aku ni bakal hancur tanpa sempat berlawan,tapi siapa sangka Arsenal mula bangkit dengan mendadak pada pertengahan musim.membuatkan aku mula berlagak dengan fan Chelsea,Man U & Liverpool.berlagak dengan kehebatan RVP yang menjadi penjaring terbanyak liga.
memang ini yang yang di impikan oleh setiap fan Gunners.impian untuk melihat team ni konsisten sampai ke akhir liga.tapi impian ini nampak nya macam kelam semula.baru saja kita di hidangkan dengan kegembiraan.kita terkejut juga dengan kekalahan,membuatkan ramai fan Gunners merungut.lepas tu timbul pulak gosip player tu nak blah la,player ni taknak sambung kontrak la.macam2 khabar angin keluar.jadi isu di sini adalah salah ke player nak cari angin baru?
aku ni bukan nya pandai sangat bab bola ni tapi aku pon main bola jugak lah masa sekolah.skang zaman futsal,pon aku layan jugak...berbalik pada pertanyaan tadi "salah ke player nak cari angin baru" soalan ni keluar bika aku tengok ramai yang duk kutuk Fabregas,Nasri,Clichy & yang terbaru ni Walcott buat hal...aku pon kutuk jugak hehe,memang agak sakit hati tapi takde lah nak melebih2.aku tak boleh nak kutuk lebih sebab aku suka melihat nya sebagai 1 benda yang positif.
mari kita lihat player dari kaca mata pekerja,mereka juga pekerja macam kita.cuma kerja mereka main bola.player demand gaji atau kontrak adalah perkara yang biasa,dalam kehidupan kita bekerja pon ia adalah benda yang biasa.aku sendiri pon demand gaji jugak sebab apa...sebab kita fikir kita berhak dapat lebih dari apa yang kita dapat,kita berhak dapat lebih penghargaan.mari kita lihat dalam kes Nasri,orang mengatakan yang dia lebih mementing kan duit,Nasri kata die mahukan trofi dalam karier dia,sebab tu dia blah.kes ni adalah biasa kalau kita tengok dalam bidang kerja,aku pon pernah buat apa yang Nasri buat,berpindah kepada kompeni yang boleh up gaji aku,aku mahukan jaminan untuk masa depan,itu baru jaminan dari segi kewangan,belom masuk lain2 lagi.so kes Nasri,aku & orang2 lain yang banyak tukar kompeni adalah biasa saja.jangan jadi emo lah.
kita pergi pulak kepada kes Fabregas,dia sudah banyak menyumbang dan berkorban untuk Gunners,sampai ada 1 ketika terpaksa mengetepikan family sendiri,hanya untuk melihat pasukan nya berjaya.akhir nya setelah pengorbanan demi pengorbanan,penat lelah fizikal & juga emosi.dia akhir nya mengambil keputusan untuk memikirkan tentang diri sendiri...apa kemahuan & impian yang terbuku.maka jadi lah keputusan untuk dia balik ke kelab asal nya.aku pon kadang2 ada jugak terfikir macam Fabregas ni,dah banyak aku menyumbang untuk kompeni,banyak aku 'give' tapi takde 'take' pon haha.bukan takde tapi sikit saja 'take' nya.bila tiba masanya aku nak fikir untuk diri sendiri maka aku pon buat lah keputusan untuk blah atau stay.ini jugak perkara biasa dalam kehidupan bekerja.tak payah nak marah2 lah kalau tak tau apa cerita disebalik kepergian Fabulous Fab.
sama juga dengan kes Chamakh...kita tengok hari ni dari mula2 dia join Gunners,Chamak nampak sangat2 struggle untuk sesuaikan diri dalam skuad Gunner,ini mengingat kan aku pada kawan aku,die punya talent dalam kerja & bekerja di kompeni yang besar,tapi dia jugak ada merungut dengan aku betapa die struggle untuk kerja kat situ,cara kerja & orang2 kat situ,bile dah macam tu nak keje pon kurang lah feel nya.kita boleh tengok kat situ apa situasi sebenar yang terjadi pada kawan aku & Chamakh.jadi kita tak boleh nak menyalahkan dia andai dia ambil keputusan untuk keluar dari Emirates & pergi ke kelab lain.pada 1 ketika kita kena memikirkan tentang diri sendir,tentang kepuasan dalam bekerja.
banyak sebenar nya aku nak tulis pasal isu kali ni,cukup lah sekadar 3 orang ni je kot sebagai reference yang singkat.belom masuk lagi bab Arshavin,Bendtner,RVP & lain.aku bukan lah nak suruh mengiakan apa yang aku cakap kan ni,cuma aku nak korang buka minda lah...cuba positif.cuba tengok balik selepas King Titi keluar dari Emirates berapa ramai star sudah kita bentuk,pemain silih berganti tapi skuad muda bawah pengurusan Arsene Wenger adalah yang paling bagus di antara kelab2 yang ada di eropah.tak guna mencaci maki...sekadar marah2 pada yang pergi & support pada yang bakal menyinar.
NivSaid:macam mana pulak kalau Arsene Wenger yang nak blah dari Emirates???
0 comments:
Post a Comment