Aku
sampai lambat sikit pada waktu yang di janji kan...biasa la,aku orang melayu
tulin.budaya lambat ni memang diamal kan zaman berzaman.aku senyum macho pada
dia yang tengah menikmati spagetti seafood.aku tarik kerusi dan duduk
berhadapan,cantik sungguh dia malam tu.senyum manis memikat kalbu.
“awak
bizi ke hari ni,buat apa hari ni?” soalan sopan datang dari tuannya yang ayu,mata
nya yang berkanta lekap tanpa warna tu memandang tepat ke mata aku.
“oh!!
Tengah buat statistik & graf...nak tengok berapa jauh Arsenal boleh pergi
musim ni” jujur jawapan aku.
Suasana
jadi hening agak dalam seminit sebelum dia kembali menyambung membelit-belit
spagetti di garfu.tiba-tiba aku macam tersedar & rasa serba tak kena.
“cilake!!!...apasal
kau tak cakap tadi” getus aku dalam hati.
Lebih
kurang sejam kemudian kami bersurai memandang kan hari sudah lewat malam.
Masuk
je dalam kereta aku hantuk kepala dekat stereng seraya berkata “bangang!!! Apasal kau cakap pasal bola
dengan awek,dah takde benda lain ke kau nak cerita.bangang!!!”
Selepas
dari peristiwa tu,awek tu dah kurang kontek aku walaupon dia cakap dia suka
aku.
NivSaid:tiap kali aku lalu dekat-dekat situ aku rasa nak gelak je KahKahKah.
0 comments:
Post a Comment