Sunday, 1 September 2013

MISI DINDING MERDEKA

Pagi yang indah sebab hari minggu memang aku suka bangun lambat,itu lah yang indah di hari minggu.bangkit dari katil aku lihat jarum pendek jam sudah hampir ke nombor sepuluh.aku melompat terus dari katil.’aish...macamana boleh lewat bangun ni”,aku terus bersiap memandangkan hari ini aku sudah janji dengan Fahmi Reza untuk datang seawal mungkin.

Aku terus pecut kereta ke stesen KTM terdekat.aku tunggu tak sampai 5 minit tren sudah sampai.tapi yang celaka nya tren tu sendat macam sardin.di muka-muka pintu memang tak ada muka melayu & cina,aku lupakan hasrat untuk naik tren tersebut.aku tunggu tren seterus nya...ah cilake,lambat pula.20 minit kemudian aku sampai ke KL Sentral,aku pergi pula mendapatkan Monorail.Monorail itu seperti menunggu aku.

Aku turun di stesen Hang Tuah & menapak hingga ke Taman Merdeka.aku sedikit lega bilamana orang masih tak ramai,makna nya aku masih orang yang terawal.kelihatan Fahmi Reza sedang membidik foto.’Assalamualaikum Fahmi’ aku menegur Fahmi Reza yang asyik mememorikan suasana dalam bentuk gambar ke dalam ipad nya.’Walaikummussalam,wah datang juga kau ye...’ jawab Fahmi Reza sambil menghulurkan salam.’Punk juga kau ni rupa nya’ sambung Fahmi Reza,mungkin sebab dia tengok aku berconverse,berseluar jeans lusuh,berT shirth hitam dengan rambut tak berapa nak sikat.

‘Kau tolong lah apa yang patut,tampal poster ke apa ke’ ujar Fahmi.aku meletakkan beg laptop yang tiada laptop ke lantai.aku keluarkan poster yang aku siapkan semalam.’wooo!!! ada poster sendiri bro,bagus ni’ Fahmi Reza macam excited.’sebelum kau tampal,mari aku ambil gambar kau dengan poster ni dulu’ cadang Fahmi Reza [kau jangan buat senyap pulak dengan gambar aku tu hehe].aku ambil gam pastu tampalkan di DINDING MERDEKA.minta-minta la kekal lama poster ni kat sini.

Sayang pulak aku nak tampal menatang ni...

melekat juga di DINDING MERDEKA...

Sambil-sambil duduk tunggu yang lain,aku tolong apa yang patut.aku perati sorang mamat rock berspek aviator duduk melukis,’bro...buat la satu lagi poster,kertas kosong dah ada’ celah Fahmi Reza.aku fikir sejenak,bagus juga idea  tu tapi apa aku nak buat.aku duduk memandang DINDING MERDEKA.aku berkeputusan untuk menulis pula kali ni.lama juga aku termenung...cilake idea tak datang!!!.sejam lebih juga baru dapat aku siapkan poster kedua.

Orang semakin ramai petang tu tapi aku ambil keputusan untuk minta diri sebab aku ada hal lagi petang tu.selepas bersalam dengan Fahmi Reza & yang lain-lain aku menapak semula ke stesen Hang Tuah.hari minggu dimana orang lain sibuk berdating,tengok kereta kebal mainan di padang dengan ketiak berpeluh,berseronok dengan bendera malaysia yang akhir nya di bawa balik oleh bangla.Aku,Fahmi Reza & lain-lain terus berjuang untuk TAMAN MERDEKA.apa makna merdeka jika warisan sebegini pon tak mampu kita kekalkan.itu belum lagi masuk bab yang lagi besar.MERDEKA KEPALA HANGGUK KAMU!!!

Aku yang tak kacak...tq Fahmi Reza sebab ambil gambar aku.

Aku dah lupa nama Apek ni....aduh!!!

Puisi main hentam.



NivSaid:kalau diorang tanggalkan lagi poster tu siap la...aku ada softcopy boleh print besar punya KahKahKah.

0 comments: