Friday, 11 October 2013

JENIS PENYOKONG & PEMINAT

Susah sebenarnya aku nak realisasikan entry kali ini.sebab ianya agak sinikal.akan ada yang sakit hati dengan entry semacam ini.tapi aku gagahkan juga demi untuk bersifat sarkastik KahKahKah.ini cerita perihal perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara TRW vs JDT.aku tak nak cerita pasal game,banyak artikel yang bicara pasal game korang boleh search kat google.aku nak bercerita perihal peminat & penyokong.aku pergi stadium malam tu dengan dua tujuan.1 layan game.2 buat research pasal fans TRW.

Aaahhh susah pula aku nak sambung perenggan baru!!!

Aku malam tu duduk dekat scoreboard lama yang ada tulis “THIS IS KOTA BHARU” [tiru Liverpool punya,tak ori langsung malu weh].dengan itu aku dapat tengok keseluruhan pergerakan dari bawah sampai ke atas.tapi takde lah betul-betul line scoreboard tu,sebab line tu dah di konker sek-sek gendang.apa bangang main konker tempat,siap pasang border halau-halau orang tak bagi masuk.konon-konon dia dah lama jadi penyokong,jadi stadium ni kau yang punya.ptuuihhhh!!!.dah la gendang tak sedap nak kena ada note ke baru nak cantik irama tu?.apa ke bangang gendang macam batuk gajah.itu jenis penyokong no1.

Disekeliling aku kesemua nya nampak macam sudah biasa melepak dekat stadium ni.ada juga kelibat brader-brader yang bawak anak bini datang tengok bola,ini aku kurang gemar.bukan aku nak bersikap diskriminasi jantina.Cuma nya bagi aku,orang perempuan dan anak kecil tak sesuai dengan atmosfera menggila yang bakal terjadi.boleh jadi anak bini mereka pengsan bila sampai nya tahap puncak sokongan fans TRW.beberapa minit lepas tu memang terfakta kata-kata aku.anak bini brader duduk macam orang mereng,diam tak berkutik.itu lah kau nak sangat masuk stadium,kau ingat fans bola sepak ni macam fans The Twilight Saga?.bahana nya brader tadi di acu dengan macam-macam soalan.itu jenis penyokong no2.

Bertentangan aku kekanan sedikit dekat-dekat dengan astaka,ada sekumpulan orang yang nak tengok bola tapi taknak bercampur dengan orang.kebanyakkan nya berkepit jantan betina,haram jadah nak tengok bola ke nak beromen.mohon kerajaan negeri buat undang-undang asingkan penyokong lelaki & wanita,macam ura-ura nak buat panggung wayang seat lelaki sebelah kanan & perempuan sebelah kiri KahKahKah.berbekal air rm1 dan kuaci rm2 di tangan mereka tengok game macam tengok wayang Razak Mohaiden.bangang.bila 1 stadium buat Mexican Wave,gelombang tu wajib mati dekat situ.orang sound pon boleh buat tak reti.sebab mereka tak ada jiwa,mereka datang bersantai.harap-harap kaum ini akan pupus satu hari nanti.ini jenis penyokong no3.

Banyak lagi jenis penyokong & peminat ni sebenarnya,tapi yang jenis ni memang top.mereka ada nama,mereka menggelarkan diri mereka sebagai ULTRAS.pebenda ultras ni,ultras ni setahu aku asalnya dari Turki,biasa kita tengok kelab-kelab besar EPL,La Liga & Bundesliga kira hebat lah fans diorang ni.memang sokongan tahap super lah.fans paling gila adalah dari Italy dan Turki memang fanatik & hooligan habis,fans Liverpool lagi bertamadun dari diorang ni.Galatasaray kelab dari Turki,dia punya penyokong bangsat habis,1 stadium chant memang gamat.flare merata-rata macam nak bakar stadium.fakta nya M.U pernah kalah sebab kecut dengan Ultras Galatasaray.rekod tahap kebisingan paling tinggi direkodkan di Galatasaray.itu ULTRAS yang paling kejam setahu aku.

ni lah dia punya setan ultras Galatasaray

Dekat sini Ultras nak tunjuk bagus,konon nya dialah penyokong tanpa berpaling bagi pasukan mereka.blah la kau.bila menang 6-1 hari tu boleh pula buat statement yang seolah-olah tanpa mereka fans TRW tak reti nak berchant dan bersorak.lagak nya macam mereka lah penyokong yang menaikkan semangat pasukan.brader lu kena ingat 1 benda,orang Klate ni memang sifat kesatuan & kenegerian dia kuat.kenapa fans berdiri lebih 90 minit bagi sokongan masa suku akhir hari tu.bukan sebab korang yang ajar pon.ini sudah semulajadi,lagipun lawan TRW malam tu adalah wakil dari Johor dan ia game kalah mati.jadi semangat & adrenalin dia lain macam sikit.mereka yang rebel yang ada di sekitar stadium juga menjadi pencetus sorakan penyokong,tapi mereka bukan ultras.mereka punya semangat sayang kepada pasukan negeri,macam fans Galatasaray lah.

Lagi satu kebanyakan manusia yang pergi stadium untuk tengok game,kalau duduk dengan ultras ni.aku percaya korang tak boleh nak cerita balik tiap minit game hari tu.apa bangang duk chanting bertepuk tangan sampai 90minit,lu orang pasukan cheerleader ke.kadang-kadang aku nak tergelak juga tengok Ultras Klate dengan Ultras Johor,macam pertandingan lawan sorak pula.kalau bertanding pon aku lebih suka tengok Ultras Johor [B.O.S] dari Ultras Kelate [RedMania] KahKahKah.tak payah cakap “duduk dengan ultras la baru feel”.tak payah,malam tu hampir 1 stadium sepenuh hati bersorak memberi semangat kepada pemain mereka.kerana nama negeri dan lagi satu kerana lawan mereka dari Johor.Sunderland yang duduk paling bawah liga pon kecoh dengan penyokong diorang.takde ultras pon.

Banyak aku nak cakap pasal ultras ni.persoalan aku yang serius adalah...diorang yang ultras ni reti main bola ke,reti tengok bola ke,reti menilai game ke.tengok muka macam tak boleh harap je KahKahKah.aku tak tahu apa nak tulis...lain kali aku sambung.




NivSaid:artikel ini diterjemah dari bahasa kelantan ke bahasa K.L mengambil masa beberapa hari untuk di siap kan.

0 comments: