Sunday, 20 October 2013

TEMUBUAL PASUKAN POWER


Malam sabtu yang lepas Arsenal bermain pada tahap ‘Art’ melampau.dengan hanya bermain secara baring mereka masih lagi power menonyoh Norwich City dengan 4 gol berbalas 1.mari kita ikuti wawancara oleh sebuah majalah yang orang tak kenal langsung dengan beberapa pemain Arsenal.

Soalan: Szczesny macamana permainan pasukan anda tadi?,saya kira anda bolos 1 gol.
Szczesny:maaf lah saya banyak tidur dipadang tadi.Boss Arsene suruh saya baring sahaja tapi padang Emirates ni terlalu empuk,terutama nya di bahagian kotak penalti ini.

Soalan:Giroud anda tidak menjaring kan sebarang gol malam ini,tapi anda membuat  assist kepada dua gol.apa komen anda?
Olivier Giroud:saya tak biasa bermain secara baring atau meniarap,tapi saya akan membiasakan diri bermain begini lagi nanti.

Soalan:saya kira gol Norwich City itu berpunca dari anda Per?
Per Metersacker:maaf lah saya terlelap sekejap,saya ingat nak baring-baring sahaja.mana tahu bila saya terlelap mereka mendapat gol,maafkan saya.

Soalan:Koscielny,kamu nampak sangat mengagumkan malam ini.tidak seperti back four yang lain.
Laurent Koscielny:lantak diorang lah nak baring ke apa ke,Boss Arsene bayar saya untuk bermain bola.lagipon saya sudah tidur 12 jam sebelum game ini.

Soalan:Jack,permainan kamu sungguh solid.gol pertama tadi pon yang paling cantik musim ini.
Jack Wilshere:saya cuma mahu Hodgson tahu yang saya bukan pemain England yang tipikal,walaupon bermain secara baring ini adalah suatu yang extraordinary bagi pasukan England,tapi tidak di Emirates.

Soalan:permainan kamu malam ini macam sediakala,tak ada beza samada anda bermain secara baring atau bangun.kamu sudah biasa?
Kieran Gibbs:secara total nya saya main PS3 dengan berbaring dan kaki bersilang,itu banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan gaya permainan malam ini.

Soalan:anda juga seperti Gibbs,seperti sudah biasa bermain secara baring dan masih lagi Art.tidak kekok ke?
Bacary Sagna:saya teman sePS3 Gibbs,apa saja yang dia buat saya pon boleh,jadi tak pelik lah kalau nampak saya macam sudah biasa bermain secara santai dan berbaring.

Soalan:anda masuk menggantikan Flamini yang benjol kepala nya dan anda score 1 gol yang boleh dikatakan cantik,bilakah anda nak berhenti score gol?
Aaron Ramsey:Boss Arsene cakap bermain secara baring dan santai ini menyeronokkan,memang saya seronok kerana membuat fan M.U merah padam muka nya.

Soalan:dua gol dengan gaya yang sangat minimal,apa rahsia anda Ozil?
Mesut Ozil:kadang-kadang bila anda baring sesekali anda akan mengangkat kepala sekejap,mana tahu bola datang tepat pada masa nya.kadang-kadang juga kaki anda akan mengalami refleksi,dan bola itu juga datang tepat pada masa nya.

Soalan:Rosicky,anda juga seperti Koscielny.dikala semua orang bermain secara baring,anda bermain secara meliar.
Tomas Rosicky:saya sekatil dengan Kos.disebabkan saya tak bermain secara baring maka Ozil dapat gol kedua malam ni.puas hati.

Soalan:Arteta,adakah kamu tidur dipadang tadi?,kelibat kamu dilihat tidak menonjol.
Mikel Arteta:adakah kamu buta! Saya ada bersama back four tadi.saya terpaksa kebawah kerana Per & Sagna nampak macam terlelap.saya mengawal gerakan lawan supaya tidak masuk terlalu deep.

Soalan:kamu macam tak berapa suka bermain secara baring,saya nampak permainan kamu macam keras.komen Cazorla?
Santi Cazorla:saya orang Spanish.mak saya tak suka saya bekerja dalam keadaan baring.tapi saya rasa saya menyukai nya.thanks Boss Arsene.

Soalan:anda selalu diletakkan sebagai super subs.tidakkah anda tergugat melihat rakan-rakan bermain secara baring dipadang?
Nicklas Bendtner:saya tak kisah diletakkan dibangku simpanan,kemasukan saya beberapa minit sebelum tamat permainan sudah cukup buat Norwich City haru.lagipon bapa saya adalah seorang lejen di Denmark.

Di akhir nya kami sempat menemuramah pengurus Arsenal yang sangat angkuh.kami dijemput ke bilik rasmi beliau di satu sudut di dalam stadium Emirates yang exklusif ini.kami dihidangkan teh o panas berperisa mint yang didatangkan dari Cameron Highland.ini beberapa soal jawab kami dengan beliau.

Bapa permainan ART.Angkuh+Class.

Soalan:apa perasaan anda mengenai prestasi budak-budak tadika anda?

Arsene Wenger:4 gol yang sangat Art sudah boleh beritahu yang kami memang bagus.gol pertama dari Jack itu memang sangat mengagumkan,selepas di maki hamun oleh saya kerana kes merokok nampak nya Jack sudah matang.gabungan Art+Cool+Class itu membolehkan Jack score dengan mudah.mengenai Ramsey pula,saya kira kepingan Titanium yang menggantikan tulang kering dia memang berbaloi.sampai hari ni kaki nya tak mahu berhenti menendang dengan deras,ini boleh meningkatkan kemarah fan M.U.duit yang melebihi 40milion yang diberi kepada Ancelotti sebagai ganti Ozil pada saya sangat berbaloi,ia sudah melebihi paras balik modal.dua gol dengan sedikit sentuhan Art dari ozil membuktikan yang dia memang dilahirkan untuk diagungkan di Emirates.

Soalan:nampaknya pasukan anda berada pada landasan yang betul pada hari ini dengan mendahului liga.tidakkah anda berasa senang hati dengan keadaan sekarang.

Arsene Wenger:Krismas akan datang dalam sebulan lebih lagi,makna nya liga ini masih panjang.kami belum bertemu dengan pasukan yang gah macam Chelsea,Liverpool,Man City & Southampton jadi kehebatan kami masih lagi belum diuji sepenuh nya.mengenai M.U pula mereka sangat hebat tahun ini dengan beberapa siri kekalahan saya kira Old Trafford akan jadi venue untuk saya cuba Eksperimen Art yang baru tahun ini.saya tak sabar untuk berjumpa dengan Van Persie yang dye rambut putih seolah-olah mendewakan saya.sebelum krismas ini kami perlu buat yang terbaik,dengan jadual game yang sangat padat.

Soalan:Arsenal akan berhadapan dengan Borussia Dortmund untuk UCL.apa persiapan anda.

Arsene Wenger:saya sudah order pokok krismas besar untuk diletakkan di laman rumah,Cuma nya belum dilengkapi lampu kelip-kelip.saya juga sudah renovate pendiang api yang boleh memuatkan seluruh pasukan dari manchester.saya kira itu persediaan yang cukup rapi untuk meraikan nya.mereka jual Gotze kepada Bayern,Reus pula dikaitkan dengan Arsenal.musim lepas mereka sudah rasa kehebatan kami.jadi tiada masalah berdepan dengan pasukan BVB ini, kerana selain Ozil,Per dan Podolski yang fasih betutur bahasa German,saya juga biasa berpantun dalam loghat Bavarian.akhir kata,Arsenal akan menyajikan permainan Art sepanjang musim ini tak kiralah menang trofi ke tidak.janji kami bermain dengan berhemah dan penuh kesenian.



NivSaid:letih weh mengarang entry temubual macam ni.lenguh tangan dengan otak aku.Arsenal punya pasal KahKahKah.

0 comments: