"Goodbye Mr.Roman...."
Ancelotti di pecat kurang 2 jam selepas kekalahan Chelsea kepada Everton.hmmm,aku agak kecewa jugak dgn pemecatan ni.ternyata Chelsea@Abramovich hanya mahu kejayaan semata2,dengan tak mahu tengok apa yang dah di develop oleh Ancelotti.aku sebenar nya dalam kecewa tu…suka sangat2.sebab dari dulu lagi aku tengok Ancelotti ni tak ngam jadi manager untuk Chelsea.bukan saja untuk Chelsea sebenar nya…cara dia memang tak ngam dengan EPL.itu saja masalah nya.so aku harap Ancelotti pilih la liga lain,mungkin akan berjaya di Bundesliga???.sapa tau kan.penah ingat kat Scolari tak?
So banyak lah aku dengar komen dari fan Chelsea,yang hardcore yang tak hardcore.ramai tak puas hati sebenar nya,ramai yang mahukan Ancelotti kekal.bagi diorang Ancelotti tak salah.yang salah nya team yang ada skang nih.ramai yang mahukan Torres dijual…aku dalam hal Torres ni penat jugak nak pikir.tapi bagi aku baik la Torres ni main kan La Liga.sebab EPL tak secantik La Liga cara permainannya.so Torres aku harap balik la ke Spain.itu cite Torres.ini plak cite pasal ‘kuda tua’…adeh aku nak sebut pon takut.takut kena marah ngan fan Chelsea.tapi itulah fan Chelsea sdiri yang cakap sudah2 la simpan Terry,Drogba,Anelka.ini aku tak setuju.sebab dulu korang cakap Carvalho tuh dah tua,skang korang tengok game Real Madrid camne…drogba tu dah banyak jasa pada Blues,takkan senang2 je korang nak ludah dia.
Ada sorang mamat ni pagi tadi dia membebel kat radio.die cakap asal kalah je buang,baik la ko buang diri ko sdiri Roman Abramovich….tu dia punya marah mamat ni.dah kalau Abramovich blah dah tentu2 Chelsea tu takde founder.korang kena igt mamat ni businessman…so priority die adalah keuntungan & imej kelab.tanpa mamat ni sapa Chelsea,sapa nak tengok Chelsea main 10 taun dulu…sapa yang mengaku fan Chelsea zaman Zola,Hughes & lain2.sejak mamat Abramovich ni masuk je Chelsea meletup kebabooo!!!...die re’brand’ balik blues.then aku pikir agak berbaloi mamat Russia nih amik alih Chelsea.untung besar ni.so daripada untung besar2 takkan dia nak rugi besar2 kan.so untuk mendapat kejayaan seharus nya dia kena buat pengorbanan…so keputusan dia untuk korban kan Ancelotti.
Bagi aku,ini situasi menang2 bagi Chelsea & Ancelotti.Blues bleh cari pengganti manager diorang untuk mantapkan lagi team[tak tahu lah sapa yang akan ganti].Ancelotti plak tak payah susah2 pening kepala pikir team yang tak konsisten.Arsene Wenger je pandai pikir pasal masalah pasukan yang dingdong2 nih hahaha [Arsene tetap di hati hehe].
Ramai fan Blues mintak Jose Mourinho balik ke Stamford Bridge…apa kata korang.kata aku “go to hell” M.U pon minat Mourinho wooo,memang Mourinho ni bagi banyak kejayaan pada Chelsea.tapi dengan stail yang agak jahat.kenapa jahat?.yup cara permainan keras Mourinho tu lah yang bawak banyak kejayaan tapi dibenci hampir keseluruhan boss2 di EPL.Ancelotti telah ‘melembut’ kan Chelsea…bukan lembut lembik.tapi stail takle & offensive yang cantik & tidak membawa bahaya kepada lawan & diri sdiri.pada aku Mourinho sesuai dengan M.U…hehe.sesuai dengan gaya permainan skuad M.U.lagipon Abramovich sdiri yang pecat Mourinho…agak2 la dia nak jilat balik.tapi dari segi bisnes nya mmg ada logik & tak pelik langsung.
Ada juga yang besungguh2 mahukan Hiddink,yes Hiddink memang bagus & punya connection yang kuat dengan Abramovich.dan rekod pendek Hiddink membuktikan die power kat Stamford Bridge.tapi Hiddink juga punya connection dengan banyak kelab sebagai penasihat,macam PSV dan kelab turki.aku rasa peluang untuk Hiddink pegi ke Blues adalah 50% saja.andai kata dia setuju…kita akan lihat Chelsea baru!!!!.percaya atau tidak.korang tgk lah rekod2 game Hiddink kat Chelsea.cuba perhatikan macam mana cara taktikal Hiddink ni.siapa yang dia suka letak kat first team.
Apakata kalau Chelsea amik Maradona.bagus tak idea aku hehe.eh mamat ni power beb[kat kelab mana ah mamat ni skang].alaa kalau tak ngam pon pecat je macam korang wat kat Scolari…cube dulu baru tau kan haha.Abramovich kan banyak duit.Maradona bagus pe bleh bawak Argentina pegi World Cup.aku tengok gaya taktikal dia agak mengancam.
Alamak panjang la plak aku cite pasal Chelsea nih.padahal aku nih hidup mati hidup balik Gunners sejati.itu la korang beli player star2 ni tak guna…sekejap je naik.tengok M.U & Arsenal,pelapis tu yang penting,pembangunan skuad jangka panjang.ok lah setakat ni je
kot,panjang2 nanti kena tabuh plak aku dengan geng Blues haha.
NivSaid:sapa la jadi mangsa Abramovich lepas ni…kita tunggu!!!
0 comments:
Post a Comment