Arsenal turun bukit jalil [venue belom pasti]13julai.wow!!!.berita baik untuk Gunners semalaysia.jom Gunners sekelian penuh kan Bukit Jalil,kita tengok team pujaan kita beraksi depan mata.ye la nak pegi Emirates takde duit hehe.dah diorang nak datang sini jangan la lepas kan peluang untuk jumpa,Arsene Wenger pengurus kesayangan intan payung The Gunners haha.
Ivan Gazidis selaku ketua executive berkata dalam laman rasmi The Gunners:
“Setiap orang di Arsenal sangat teruja untuk melawat Malaysia. Kami mempunyai tradisi ke Malaysia pada tahun 1960-an dan kehadiran kami kali ini adalah untuk kali yang ke-4 semenjak kali terakhir pada tahun 1999. Kami gembira dengan support yang diberikan peminat dari Asia dan perlawanan ini akan mendekatkan lagi hubungan kami dengan peminat di Asia.”
Taun 1999 dulu aku duk amik SPM so takleh nak tengok la diorang.walaupon aku start jadi Gunners taun 1997.KL pon aku tak penah pijak time tu,ini plak nak gi tengok Arsenal main.tapi kali ni aku akan pastikan aku dapat tengok Fabregas,Arshavin,Walcott,Clichy,Song & semua lah senang cite.paling penting aku nak jumpa “Our Boss”.nak gali tips2 manage team bola…mana tau 1 hari nanti aku amik alih Red Warriors ke haha.cita2 tu ada.
27mei nih diorang start jual tiket kat butik Nike terpilih,macam kat OU,MidValley...The Curve ada ke tak Nike eh?.tiket tu ada yang rm58,68,108 dan yang mahal & V.I.P punya rm388.aku mungkin amik yang 108 kot.mintak2 la dapat hehe.tapi kalau nak jumpa Boss mesti kena beli yang rm388 kan arghhhh….takpe lah jumpa anak buah Boss je lah huhu…dapat sepak2 Arshavin ok gak nih!!!
our 'Boss'
Gunner in our heart....keep in faith,believe in arsene....hehe
So para Gunners sekelian.mari lah kita jeles kan geng M.U hahaha[walaupon M.U dah datang hari tu].aku excited dah ni nak borak2 ngan Boss hehe.aku rasa ni lah peluang first & last aku.sebab lepas ni dah nak retire dah haha.dah 14 taun beb lame jugak la.sokong tepi2 je la pasni,takde dah tengok game pakai jersi.bagi geng2 muda plak yang memikul tanggung jawab sebagai Gunners Sampai Mampos.terkenang David Seaman,Dennis Bergkamp & Tony Adams.
NivSaid:Apa kata sapa menang Liga Super,lawan Arsenal…hehe[Red Warrior la tu hehe].
0 comments:
Post a Comment