Kisah benar seorang lelaki.....mencari kebahagian
itu semua semata2 untuk mencapai kebahagian dalam hidup...bagi gardner dia perlu untuk mengubah hidup dengan berbisnes.untuk mencapai kebahagian juga dia kehilangan segala benda.kerana nak cari kebahagian banyak halangan Gardner perlu lalui.sampai lah dia dapat peluang untuk menjalani latihan sebagai "Stockbroker".dengan usaha yang agak gila babi gardner akhir nya dapat kerja sebagai "Stockbroker" & akhir nya membuka firma sendiri.tapi ianya memerlukan pengorbanan & usaha yang super!!!
itu lah jalan nya untk mencapai kejayaan.macam mana pulak dengan pursuit of hapiness versi aku?....kebahagian bagi aku adalah,"ketenangan bila nak buat amal soleh",so macam mana aku nak dapat kan ketenangan time aku nak beribadat.aku rasa duduk kat kl nih takde ketenangan bila nak beribadat,semua nya kena rushing,sampai solat pon kena rushing,adakah
sempurna solat aku bila dalam keadaan rushing atau tergesa2.
solat perlukan seseorang tu buang jauh2 pasal dunia...dalam masa 5 minit boleh kah kita buang sekejap hal dunia.pada aku tak boleh!!!,dalam keadaan tergesa2 memang tak boleh.kena tenang dulu baru bleh buang jauh2 hal dunia...tapi kita ada brape minit je untuk solat kat ofis.ofis boleh la dalam 15 minit.kalau kat kilang?,restoran?.ini bukan masalah "nak seribu daya taknak seribu dalih"....ini masalah mencari kebahagian dalam agama.mencari keredhaan hakiki.
untuk menyelesai kan masalah "Pursuit of Happiness" ni aku rasa aku kena la ikut jejak mak aku...apa mak aku buat.mak aku buat bisnes,"time" die bleh control sendiri tak payah nak terkocoh2 bila time solat,besiap2 dengan tenang.bleh control anak2,tambah2 anak nakal macam aku nih.aku bukan nak kaya sangat,bukan nak pakai kereta mewah2 sangat.aku nak masa yang cukup untuk beribadat dengan tenang.taknak lah pegi masjid time jumaat je.
"Pursuit of Happiness" aku kalau boleh nak pegi masjid tiap2 kali masuk waktu...bukan nya bila dah pencen baru nak kenal masjid.masa tuh aku dh bertongkat...sgt susah untuk ke masjid.so aku kena ingat 5 perkara sebelom 5 perkara.muda sebelum tua....maksud dia bukan "muda" je...tapi muda ada isi.isi apa?...amal soleh la isi waktu muda tu.so bila dah tua tak payah susah2.
NivSaid:kehidupan sia2 di kuala lumpur....mengejar kebahagiaan,apa sudah nya?
1 comments:
aku tu hari tengok cerita will smith ni kat TV3.diaorang siarkan pada pukul 12.30 malam. tapi mmg betul.cerita tu sangat sedih.air mata aku nak menitik masa dia tidur kat tandas.dengan anak dia...
mula mula aku tengok kat TV3 tu ingat cerita apa.tajuk pun macam tak best je.tapi tengok ada will smith aku layan jugak la.(kalau cerita tak bagus takde la dia berlakon kan?) .
disebabkan aku rasa cerita ni sangat best dan boleh memotivasi diri aku sendiri + positif utk fikiran kita + english dia pun jenis senang nak faham.+ takde adegan seks dan ganas. maka aku pun..
download la buat julung kali.terus download Version 1080 HD.tengok banyak kali......
ni ketika aku menaip air mata aku baru je melimpah ruah akibat baru habis layan cerita tu.
dalam cerita tu ada mengajar siapa lawan.siapa kawan.USD40 dollar boleh jadi hal gaduh dengan kawan.USD 5 Dollar (masa bayar duit taxi tu) menyejukkan hati bos besar kat syarikat broker tu.
Post a Comment