Thursday, 30 June 2011

The Strokes


Sebelom aku tulis secara panjang lebar tentang band kegilaan aku “THE STROKES”,seminggu aku setup list win amp aku dengan lagu2 The Strokes…takde lagu lain hanya The Strokes,start dari “is this it” sampai lah pada album terbaru “angles”.nak amik feel,jiwa,mentality…& juga roh revival garage haha.sebetul nya minat aku pada The Strokes adalah secara tak sengaja,aku beli album “ROOM ON FIRE” sebab tertarik dengan cover depan album.aku tak tahu pon apa muzik yang dorang bawa.sumpah tak tau langsung.sampai lah aku pasang kat radio [time tuh mampu beli kaset je]…lagu first “Whatever Happen”,dengar intro saja aku dah kata WOWW!!!.terbaik,punya hype yang sangat bagus.tak sia2 aku perjudi kan nasib beli album nih.masa tu aku rasa aku kena tau pasal band nih,bila cari info,baru aku dapat tau yang album “ROOM ON FIRE” ni dah keluar 1 tahun sebelum nya,dan ianya album kedua…album pertama diorang “IS THIS IT”,cisss makna nya aku ketinggalan zaman lah ni.orang U.K dah kemaruk The Strokes aku baru kenal.

Itu pasal first time dengar lagu the strokes, belum lagi cerita betapa obses nya aku dengan band nih sampai berjaya menTHE STROKESkan seorang gadis.ye… seorang gadis!!!.[itu aku akan cerita lain kali haha].ni aku nak cerita secara laju sejarah & kehidupan The Strokes.

SEJARAH THE STROKES

di anggotai 5 pemuda genius iaitu Julian Casablancas,Albert Hammond Jr,Nick Valensi,Nikolai Fraiture & Fabrizio Moretti.pada awal nya Julian mengenali Fraiture sejak kecil lagi.bila dah masuk ke sekolah tinggi sangkut pulak dengan mamat hensem 2 orang nih,Fab & Nick mencipta click yang ngam,masa ni belom ada bau2 untuk memulakan sebuah band.nak di jadikan cerita Julian jumpa Albert di swiss,start dari sini lah bermula nya era The Strokes.mula berjamming pada tahun 1998 dalam sebuah bilik bawah tanah yang berselerak di kota New York,dimana Fab dibahagian Drummer,Nick & Albert menggalas tugas di posisi gitar,manakala Fraiture mendominasi sound bass membentuk suasana hype untuk The Strokes,dengan kombinasi vokal kemalas-malasan unik Julian yang sememang nya kena dengan sound yang di hasil kan,menambah selera jenama yang di panggil The Strokes. masa nih dorang masih muda remaja lagi dalam lingkungan 16-18 tahun.setahun selepas tu dalam bulan september mereka membuat gig pertama menggunakan nama The Strokes.

line up The Strokes dulu dan kini mungkin untuk selamanya...dari kiri Fabrizio Moretti,Julian Casablancas [berdiri],Nick Valensi,Albert Hammond Jr & Nikolai Fraiture

Sebenar nya hype The Strokes tidak bermula di tempat lahir mereka iaitu New York.The Strokes terlebih dahulu bikin gempak di United Kingdom.ini kerana mereka terlebih dahulu memasarkan E.P The Modern Age di U.K.sebanyak 30,000 unit telah terjual di U.K kemudian baru lah mereka beralih ke U.S membikin hype di tempat lahir nya The Strokes.dan dengan tiba2 nya ramai pula band dengan pangkal nama “THE” keluar.aku masih ingat lagi waktu era THE ni,memang rock ‘n’ roll bagai disuntik 1 dadah jenis “Revival”…kebanyakan band dengan pangkal THE memain kan muzik berteras kan formula revival,antara yang hit adalah The Vines,The Killers,The Hives ketiga2 band ini membawa sound yang berbeza walaupon teras nya sama,yang menambah hype untuk rock,sehinggalah keluar nya band The Bravery yang konon nya akan jadi “the next big things”,tapi cita2 The Bravery ini tak menjadi[band ni bagus,aku tak tahu kenapa mereka terus senyap selepas album debut].The Strokes tetap menjadi kegilaan gadis2 U.K & New York,dengan rambut yang hanya bersikat dengan tangan,berkasut converse lusuh & tak basuh,baju T didalam dengan kemasan sut atau jaket ala2 retro.ini fenomena The Strokes!!!

The Strokes tidak mengimpikan untuk menjadi fenomena atau mega.bermula sebagai band yang men’jahat’kan sound2 lama macam Velvet Underground & Modern Lovers,mana tahu persembahan live mereka yang bertenaga membuat kan peminat seakan2 gila melihatkan The Strokes.melihat kan betapa hype nya mereka banyak label2 besar mahu merebut mereka dari label indie…oleh itu terciptalah sejarah dalam dunia rock ‘n’ roll dimana The Strokes telah menjadi band termahal!!![mahal disebabkan perang tawaran yang besar antara label2 besar].tidak rugi RCA menandatangani band ini kerana The Strokes sememang nya memberi pulangan yang lumayan melalui album kedua mereka.majalah NME menamakan album Room On Fire sebagai album ketiga terbaik pada tahun tu,menjadikan crowd mereka semakin membesar di setiap tour.persembahan energetik mereka membuatkan crowd semakin bercambah. Sebenar nya Ryan Gentles lah orang yang bertanggung jawab membentuk & memasyhurkan The Strokes.beliau antara individu yang banyak berjasa kepada The Strokes hingga di gelar sebagai anggota The Strokes yang ke-6.selain itu “Guru” mereka iaitu Gordon Raphael banyak meyumbang dari segi teknikal…khabar nya Gordon yang mengajar The Strokes untuk mencipta sound2 revival futurism.khidmat & hasil kerja Gordon ni kita boleh tengok pada album Room On Fire.sememang nya terbaik.

Sudah 6 tahun aku jadi peminat The Strokes.bila di lihat pada progresi mereka aku boleh katakan mereka lah Metallica untuk cabang Revival,dengan Albert sebagai Kirk Hammert haha.melihat kepada keempat2 album mereka aku merasakan The Strokes mampu untuk jadi Legend ahh sudah!!!,kenyataan berat nih haha.media2 di U.K & U.S sekarang meragui kemampuan mereka untuk pergi lebih lama,kerana sejak mereka bertapa selama 5 tahun banyak sound2 yang timbul yang boleh menenggelam kan sound revival,macam Arctic Monkey,Grizzly Bear,The Academy Is..& Kings Of Leon [aku suka sound K.O.L nih,sangat berbeza & ada hantu].pada aku mereka punya chemistri yang akan membuat kan The Strokes terus hidup & terus berevolusi dengan sound revival ciptaan mereka.melihat kepada tempoh 5 tahun untuk menghasil kan “Angels”,ia amat berbaloi kerana kamu akan rasa seperti berada di masa depan & tengah melayan lagu2 lama yang tak pernah lusuh.New York City Cops,Someday,Last Nite,Reptilia,Automatic Stop,Whatever Happen,You Only Live Once,Heart In A Cage,Juicebox,Under Cover Of Darkness,Machu Picchu & Metabolism akan kekal mendominasi otak aku & akan di perturunkan kepada anak cucu aku hahaha!!!.

Terlampau banyak sebenar nya kalau nak bercerita pasal The Strokes dengan aku…ini antara pandangan aku mengenai album2 mereka dari #1 hingga yang latest:-

ALBUM-ALBUM


IS THIS IT,walaupon ini album pertama diorang,tapi ini album the strokes kedua aku…sebab aku beli Room On Fire dulu baru aku dapat album ni.ini permulaan bagi the strokes.bermula dengan agak bagus dengan lagu2 yang hype & simple macam”Last Nite” “New York City Cops” “Someday” & “Hard To Explain”.dalam album nih aku paling suka “New York City Cops”…lagu yang agak jahat bagi aku.tak tahu lah samada mereka memang benci polis NY atau tak.tapi bila tanya Julian,dia akan cakap tiada masalah…walaupon dulu dia ada masalah alcohol haha.album ni berjaya membuka mata peminat di U.K kerana sifat retro 70an nya..aku tak tahu lah camne muzik 70an kat U.K & U.S…kalau muzik A.Halim & The Fiction tau lah haha.selepas membuat hype di U.K baru lah diorang balik ke U.S.masa ni muzik mereka tak sampai lagi di malaysia…sebab tu la aku tak tahu kewujudan diorang masa album first nih.


ROOM ON FIRE album yang memperkenal kan aku pada band garage revival ni.kalau tanya aku pasal album ni,aku akan cakap inilah album yang paling aku suka,sampai tua pon akan tetap pasang lagu2 album nih tanpa jemu.kalau esok cucu aku tanya muzik apa yang aku suka…inilah jawapan kepada soalan tersebut.100% perfect,majalah muzik luar macam Rolling Stone,NME & lain2 kebanyakan nya memberi review yang memberangsangkan untuk album ni.kebanyakkan nya akan bagi 4/5 bintang.tapi aku nak bagi 10/5 bintang haha.album ni memang padat dengan perasa garage revival.sound yang agak jahat,jarang kita dapat jumpa sound yang macam nih.berinspirasi dari Velvet Underground…tapi punya hook tersendiri,dengar saja lagu pembukaan album ni “Whatever Happen” pasti membuat kan korang tak duduk diam,sambung pula kepada “Reptilia” “Automatic Stop” korang takkan berhenti mendengar..hingga lah ke trek “12:51” bukan saja tak mahu berenti tapi korang akan ‘sing along’ dan bertepuk tangan punya.ramai yang kurang gemar 12:51 nih,aku tak pasti kenapa.pada aku elemen elektronika dalam lagu ni sangat2 sempoi.layan juga “The End Has No End” dengar kan laungan vokal julian…dalam kemalasan masih ada power tone,kemudian sampai lah ke akhir trek iaitu “I Can’t Win”.pastu akan rasa nak ulang lagi dengar album nih.ini album terbaik pernah aku dengar.cerita ini takkan habis di sini…akan di sambung anak cucu aku POWW!!!


FIRST IMPRESSION ON EARTH walaupon agak kurang berbanding album sebelum nya,bagi aku adalah album yang berjiwa,penuh dengan atmosfera kejiwaan.di khabar kan berlaku pertelingkahan atau tak sefaham antara ahli band dalam menentukan hala tuju album ini.Julian dikatakan mahu ikut kehendak dia saja.tapi dalam ada problem mereka masih lagi boleh hype,dengar kan saja “Juicebox” “You Only Live Once” & “Heart In A Cage”.hype nya masih setara dengan Is This It,Cuma Is This It tu album yang penuh jiwa revilval muda.tenaga revival yang diolah dalam bentuk lain.tapi dalam First Impression On Earth,mereka banyak bermain dengan perasaan.membuat kan setiap lagu dalam album ni ada satu suasana kecamuk,dendam,gelisah…dan macam2 perasaan bercampur baur.ia boleh di anggap satu album yang bagus dari segi experimentasi.album ni agak jahat jugak bagi aku…terutama nya permainan gitar Albert Hammond Jr,ada kelas tersendiri.untuk album ni aku paling suka lagu “Heart In A Cage” penuh kekalutan…tengok pulak Muzik Video dia,tambah kecamuk.salute!!!


ANGELS…aku baru je dapat album nih.sebelum keluar album ni aku dah dengar “Under Cover Of Darkness”…the strokes telah memuatkan lagu ni dalam internet dan memberi secara percuma dalam masa 48 jam.lagu nih mengingat kan aku kepada “Room On Fire” semangat lama datang kembali.mungkin kah The Strokes akan kembali kan hype rock ‘n’ roll,kita tunggu & lihat.dalam album ni mereka sebenar nya banyak mencuba benda baru..terutama nya tentang haluan album ni.dimana Julian langsung tidak merekod bersama2 dengan band kerana tak nak Albert,Nick,Nikolai & Fab hanya tunggu arahan,sebalik nya mereka berlima boleh bereksperimen dengan gadjet masing2 dan sama2 membuat keputusan mengenai hala tuju album.masing2 ada sentuhan sendiri,walaupon macam ada tekanan.aku tak tahu camne nak kategori kan album ni.agak moden tapi masih revival ah sudah!!!,dia macam sound 70an dengan atmosfera futuristik.pembuka album “Machu Picchu” agak mengejutkan aku.sama macam mula2 aku dengar “Whatever Happen” dia punya hype memang terbaik,senang nak hadam.dengar kan juga “Metabolism” “Games” “Taken A Fool” begitu catchy,apabila sampai ke trek “Gratisfaction”…memang taruhan yang baik,sekali dengar macam broadway…tapi broadway versi the strokes lah.memang lain dari yang sedia ada.agak menarik.bagi aku album ni sepatut nya keluar antara ROOM ON FIRE & FIRST IMPRESSION ON EARTH.sound kali nampak macam ditengah2 kedua2 album tadi.itulah ANGELS…hampir 5 tahun di tunggu untuk The Strokes kembali dengan karya yang hebat!!!.membukti kan bahawa The Strokes masih lagi punya hype.

THE FIFTH?...bila di tanya adakah mereka akan menghasil kan album dalam masa 2 tahun selepas ni,Nick mengatakan mereka tengah duduk dalam studio sekarang,Dengar khabar nya mereka sedang mengumpul bahan untuk album kelima, WOWW!!! Angels baru saja menghiasi radar telinga peminat, dan diorang dah kumpul bahan mentah untuk ke seterus nya.mungkin album baru akan keluar tahun depan? tunggu la aku khatam Angels dulu bro…apa2 pon aku tak pelik kalau mereka excited nak buat album baru.sebab sejak 5 tahun kebelakangan ni, sebelum kelahiran Angels, masing2 bukan duduk diam pon.masing2 sibuk dengan projek sisi terutama nya si julian,mari kita lihat antara projek2 kelima2 ahli The Strokes ini:-

PROJEK SISI


Julian berjaya dengan “Phrazes For The Young”, album projek solo julian yang bagi aku berjaya,yeah agak lari dari sound The Strokes,lebih futurism nya.bukan setakat album solo saja,Julian jugak banyak berkolaborasi dengan artis2 lain,macam Pharrel William,Santigold & ramai lagi.aku suka kombinasi Julian dengan Sparkle Horse&Danger Mouse melalui lagu “Little Girl”.tak lupa jugak lagu “Boombox” kolaborasi dengan The Lonely Island,lagu yang jahat sungguh & memang kejam!!!macam mana pon lagu ni tak sesuai untuk di pasang di tempat awam haha,kerana lirik dia yang agak bangang.


Albert Hammond Jr membawa kesinambungan The Strokes,sound yang hype tapi tak sama,sebab The Strokes adalah The Strokes….Albert sempat keluar kan 2 album menggunakan nama nya sendiri dalam side project nya.tidak lah seberjaya Julian,tapi Albert punya sentuhan sendiri.sound pop experimental yang tiada unsur gelap The Strokes.


Nickel Eye,nama band side project bagi Fraiture.dia telah jauh tinggal kan The Strokes sebagai tulang belakang sound untuk band project nya,memain kan folk rock sebagai teras muzik band,kadang2 kedengaran juga riff2 Fraiture dalam The Strokes haha.apa pon Fraiture tidak diam sepanjang 3 tahun sebelum merakam album Angels.


Fab Moretti atau Fab juga tidak senyap begitu saja dalam era selepas First Impression On Earth.dia muncul dengan band “Little Joy”, aku tak berapa pasti dengan sound Little Joy sebab tak pernah dengar pon, malah aku sendiri tak tau pon yang Fab ada band side project.dia kadang2 mengajak Fraiture bermain untuk Little Joy.nanti aku google pasal Little Joy, pada aku Fab tak akan main muzik yang tak hype.sebab gaya drumming dia memang agak tampan lah hehe.power Fab!!!


Ini agak lari sikit,bukan sikit dah tapi jauh kelaut.Nick Valensi…meninggalkan jauh The Strokes & juga bidang muzik, dia lebih cenderung kepada seni lukis sebagai side project.dia ni suka Pop Art…sebab tu The Strokes banyak berkait dengan Pop Art.WOWW!!! Nick memang  berbakat beb.ada juga khabar yang mengatakan dia bengang dengan Julian tentang perjalanan The Strokes,lantas mengambil keputusan drastik untuk tidak memikirkan pasal muzik.rugi nya rasa bila Nick tak main gitar,dia nih memang power.Sound dia adalah sound The Strokes,sound The Strokes adalah sound dia.

VIDEO MUZIK

Antara medium terpenting dalam industri muzik sekarang,The Strokes tidak terlepas untuk menghasilkan video2 klip untuk single2 mereka.album First Impression On Earth walaupon kurang berjaya dari segi jualan,namun aku melihat muzik video untuk album ni sangat berjaya,kat sini aku nak tunjuk kat korang beberapa muzik video The Strokes.yang mana aku paling suka?...aku meletakkan “You Only Live Once” sebagai video muzik #1,sangat smart:-


Heart In A Cage dengan video hitam putih berlatar belakang kan kota metropolis New York.sangat berjiwa…tambah2 di saat Julian berbaring di jalan raya.simple tapi agak mellow & emo!!!


You Only Live Once,melihat kan anggota The Strokes memakai sut putih kesemua nya kecuali Nick.bagai kan berada dalam bilik kebal sedikit demi sedikit air berwarna hitam memasuki ruang tika mereka rancak menyanyi.sehingga lah air mencapai takat dagu,Julian sedikit pon tak berganjak…sampai lah mereka tenggelam.sempoi!!!


Reptilia.Video yang sangat simple…fesyen The Strokes!!! Reptilia memang reptilia!!!


12:51…gaya persembahan video ala2 TRON.dengan pencahayaan yang agak neon.aku suka tengok video nih.agak kedepan berbanding video2 muzik yang ada masa tu.kena dengan lagu 12:51 yang catchy gila.


Under Cover Of Darkness,single pertama dari album Angels.menarik dengan konsep inggeris zaman 70an,bergaya & agak sempoi.tak puas untuk aku ulang2 tengok video muzik nih.ada 1 part dalam video nih mengingat kan aku pada video klip Gun ‘n’ Roses iaitu “November Rain”…

itulah lebih kurang kisah band pujaan aku.banyak nakdi ceritakan 1 entry memang ta cukup haha.kita tangguh dulu kisah revival ini...kalau ada bahan aku update lagi.POWW!!!

NivSaid:suara aku sebijik macam Julian Casablancas

0 comments: