Sunday, 12 June 2011

Kito Kaloh Boh!!!



malas aku rasa nak update blog hari ni....kurang mood,sebab Klate kalah semalam haha.aduih.kalah saat2 akhir 
pulak tu.teryata la takde nasib.bercakap pasal final F.A semalam,aku tak pegi pon sebab aku ada hal lain yang lagi penting.tgk kat tv pon dah separuh masa ke2.aku pon tak tau kenapa aku tak rasa excited nak tengok haha.mungkin sebab sebelom final ni banyak aku baca pasal Klate tak akan menang,sebab FAM nak bagi hadiah piala F.A ni kat tuanku Agong.apala la korang ni.tak elok la camtu main tuduh2.

ada banyak sebab kekalah semalam.1 sebab mental pasukan Klate nih.team memang dah power,tapi semalam aku tengok Tganu lebih banyak serang.formula bolasepak ni senang je.ko serang 10 kali ko akan dapat 1 gol.Tganu semalam aku ibarat kan macam Liverpool zaman2 Rafa Banitez.diorang tak power dari segi attacking,memang hampeh.tapi kelebihan diorang boleh bawak bola sampai pintu gol dan membuat kan bek kelam kabut,dalam kelam kabut tu lah mereka pandai cari peluang.walau merapu macam mana pon stail gol tu.itu lah cara Liverpool zaman Banitez.dengan formula yang attacking gila babi & tak kira stail diorang boleh julang Piala Juara2 Eropah.sama juga dengan team Tganu semalam,serang & serang lagi sampai lah bek Klate nih pening & tertanduk ke gol sendiri.

tak payah bising2 pasal pengadil rasuah ke nak bagi piala kat Tuanku Agong ke.ramai yang cakap pengadil bodoh extend masa sampai lebih 7,8 minit.ramai tak puas hati kenapa lama sangat masa di beri,sebab ke2,korang tak sedar sebenar nya pengadil bengang dengan penyokong sebab  mengacau game.kalau korang tak main mercun baling botol.game akan habis  tepat & Klate akan menang,tapi oleh kerana korang cari pasal.so terima lah akibat.setakat FLARE tu aku rasa ok.[nampak macam game Barca ngan M.U dah dengan Flare merata2].

apa pon gol penyamaan Tganu bagi aku adalah offside,sebelom DaudSu tanduk bola ke gol.aku tengok player Tganu dah sampai dulu,cuma tak dapat je bola tuh.apa2 pon bola memang camtu lah.pada mereka yang tak dapat terima kekalahan ni,aku ingat korng ni bukan peminat bola...hanya "poser" lah."poser" je yang melebih2 dari fan sejati haha sebab diorang tak tahu apa itu bola.

bagi yang marah2 tu,nih aku nak bagi sedikit kata2 [ceh,macam bagus haha] "bola sepak ni tak boleh di ukur dengan trofi semata" yang penting sekarang ni adalah profil team kita dah upgrade,kalau orang tanya berapa kali Klate masuk Final?...ita dah boleh jawab dengan bangga.sekurang2 nya kita dah tambah rekod kemajuan.so janga marah2,sedih2 takpe.


NivSaid:aku ingat M.Karathu memang tak boleh blah dengan team The Red Warriors,harus diganti :D.
lagi 1 bola sepak malaysia nih tak meriah tanpa penyokong TRW."GoMoreKlateGoMore"


0 comments: