Monday, 11 July 2011

Pakcik Sogo Yang Glamor




Korang dah tengok kan.aku biasa tengok pakcik ni kat sogo tiap kali aku shopping kat sini.agak kerap jugak lah tengok dia duk menulis jawi ke ayat al-qur’an.aku pon tak berapa pasti.hari ni glamor pakcik nih sebab dapat mengulas tentang ketidak puasan hati dia pada BERSIH.dapat faham tak apa yang pakcik sogo tu cakap.banyak benda yang aku dapat tangkap.aku bukan nya nak marah pakcik nih.aku nak marah pada orang yang interview dia & upload kat youtube.pastu ada la tersebar kat FB then dapat komen,”steady la pakcik”,”wah pakcik ni hebat bercakap”,”pakcik ni lagi best dari A.Samad Said”.kepada korang yang tak sedar diri,ini aku nak bagi sikit buah kilas pada hujah2 dia tuh.

Dia ada sebut,dia tau macamana polis kerja,aku nak tanya la pakcik kan.pakcik ada tau tak berapa ramai polis balik umah time orang nak buat report pasal kes curi,kes langgar,macam2 kes.pakcik tau apa disiplin dia pakai untuk hentak orang tak tentu pasal.polis terpaksa keje masa perhimpunan,tak boleh bawak anak jalan2.pakcik tau tak berapa banyak jam dia ponteng balik rumah dalam sehari.ini bukan auta.ini fakta pakcik.aku pernah kena,kawan aku pernah kena.berapa banyak duit polis dah cekik dari rakyat,dengan saman ekor yang tak sah,dengan duit along bayar untuk bisnes cd cetak rompak!!!.ada pakcik kisah pasal tu.
Pakcik bila masa pulak BERSIH bawak senjata.eh pakcik ni pandai tengok tv rupanya,tengok tv3 pulak tu.pakcik tv sekarang dah tak laku.orang pakai internet,pakcik tau tak internet?.tau tau kalu,diam sudah.pakcik,aku nih yang pergi BERSIH.aku pergi bawak i/c ngan handset je.aku tak bawak parang,bom,Molotov.takde pulak orang sekeliling aku bawak senjata kecuali FRU & Polis.agak nya pakcik rabun kot.masa aku lalu kat jalan TAR untuk ke Masjid Jamek aku Nampak Polis ngan FRU je ramai yang pegang senapang & cota.pakcik pegilah chek mata.saya boleh bayar untuk pakcik.ooohh lupa pulak aku pakcik tak nak duit orang.

Pakcik cakap kalau nak BERSIH pergi masjid.aku nak tanya pakcik la.kenapa sekarang pakcik duduk kat tangga sogo yang kotor tu,masjid tempat suci untuk pakcik,Masjid Jamek tu dekat je pakcik,aku boleh tolong pimpin pakcik pergi masjid.tulis la berapa banyak ayat al-qur’an yang pakcik nak.kat Masjid Jamek tu tenang je.kalau pakcik nak baca al-qur’an nak hafal ayat2 al-qur’an lagi syok.tak guna pakcik duduk kat sogo tu.pakcik aku nak nasihat sikit sebagai orang islam yang prihatin,dari Abu Hurairah r.a,Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud “Tempat yang paling di sukai Allah adalah Masjid.Tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah Pasar”[riwayat muslim].kenapa pakcik masih lagi duduk kat sogo tu[pasar adalah tempat banyak nya fitnah].pergilah masjid.kalau pakcik nak,esok jugak aku bawak pakcik pergi Masjid Jamek.dekat je,tak penat pon.

Pakcik tanya apa bakti aku pada Negara,setakat ni aku dah menyumbang untuk pembinaan sekolah,masjid,madrasah2 [aku bukan nak riak,nak jawab soalan je].sekarang aku nak tanya pakcik pulak apa sumbangan & bakti pakcik pada Negara?.apa sumbangan kerajaan pada agama ISLAM?..mensumbangan lagi adalah pakcik oi,pakcik tengok tv3 kan.pakcik kenal Rosmah Gebu Berjambul kan,tau tak bini sapa tu,tau tak bini ketua Negara mana tu?.jangan tanya apa bakti aku pada Negara…tanya apa kerajaan dah buat pada Negara.tanya apa pihak berkuasa buat pada rakyat 9 julai hari tuh.tanya pada MailOmar apa dia buat pada rakyat,terutamanya islam.

Pakcik ni banyak tengok tv3 ni,bersamamu nak bagi 20k tu,rugi betul pakcik.”biarlah aku miskin asal ilmu aku banyak” beb orang berilmu ada cakap macam tu ke.ada ulama cakap saya banyak ilmu agama,ada Tun M cakap saya bayak ilmu,sebab tu saya jadi perdana menteri.”biarlah aku duduk disini asal martabat aku tak jatuh” sekarang ni pakcik dah menjatuh kan martabat agama islam seluruh nya,orang bukan islam memandang islam ni cikai.duduk tepi tangga mintak duit.jatuh martabat agama islam pakcik oi.duduk lah kat masjid,tinggi martabat pakcik mengimarahkan masjid setiap waktu.dekat je Masjid Jamek tu…marilah pakcik kita tinggi kan martabat agama automatik martabat bangsa.

Banyak aku nak kilas sebanar nya,aku kilas bukan sebab aku benci pakcik ni,aku sedih sebab orang mempergunakan pakcik ni untuk menegakkan yang batil.kenapa la bangang sangat orang pergi interview pakcik,macam dah takde orang lain yang bijak kat Malaysia nih.aku nak bagitau korang lah [ini bukan aku nak hina pakcik,Cuma nak bagi korang berfikir],kenapa agak nya pakcik ni duduk kat tangga sogo dengan keadaan yang macam tuh,daif.ini semua kesan dari kehidupan dia yang dulu,percayalah.cuba korang selidik apa sejarah pakcik ni sampai duduk kat tangga sogo.waktu2 dah senja ni elok kiranya kita duduk di masjid.mesti ada something yang memberi kesan pada dia sampai macam tu sekali.kalau orang yang berpelajaran takkan duduk di situ.cuba fikir lah wahai manusia2.aku bukan nak hina pakcik ni.aku nak bagi korang buka mata.

Kepada mamat yang interview pakcik ni,aku harap niat ko baik lah.tapi apa2 pon aku sedih tengok keadaan pakcik nih.kepada mereka yang suka dengan hujah2 pakcik sogo nih.aku harap korang bukan setakat suka je,tapi tolong lah bawak pakcik ni ke tempat yang tinggi martabat nya.paling kurang pon ambil dia letak di rumah orang tua.paling bijak adalah korang ambil dia jadi bapak korang,senang dia nak nasihat orang bebal macam korang POWW!!!.

kesian aku dengan pakcik ni


NivSaid:Pakcik sogo dah glamor di Youtube & Facebook.bila lagi Aidik Alfiang nak cari dia

1 comments:

Niv said...

maaf saya terkasar bahasa dengan pakcik...mintak ampun