Saturday, 21 January 2012

Hardisk 500GB Terbaik & Termurah

korang jangan pulak ingat aku nak bisnes jual external hardisk.aku ada 1 cerita nak sampai kan kepada mereka yang suka shopping kat China.ye lah ramai orang pegi China untuk amik stok wat bisnes macam2 lah baju,handbag,pasu & lain2.bukan aku nak dengki ke apa,aku cuma nak bagitau cerita yang agak menyayat hati,untuk pengajaran kita bersama.

ok baru2 ni ada sorang mamat ni pegi holiday kat China,kat China kan barang2 die murah kaw2,jadi mamat ni dalam tengah usha barang kat situ,dia ternampaklah 1 kedai jual external hardisk 500 GB dengan harga yang agak murah.tanpa pikir panjang dia pon beli la,ye la harga external tu jauh lebih murah berbanding kat Malaysia ni,branded pulak tu.jadi mamat ni suka hati la dapat beli dengan harga murah.dengan yakin nya dia bawa balik Malaysia.


sampai nya kat malaysia dia terus amik external hardisk nak menunjuk kat member dia pasal dia dapat external hardisk dengan harga murah.dengan berlagak nya dia pon copy la movie dari laptop member dia.sudah tu dia pon balik lah ke rumah untuk tengok movie yang di copy tadi.tapi tak sampai 5 minit movie tu stop,mamat ni jadi bengang & pelik.dia pon amik keputusan minta tolong member tadi tengok kan.sampai kat rumah member dia terus godek2 external tadi,cuba pasang movie tadi & tak sampai 5 minit movie tu stop.then dia check kat laptop,banyak lagi free space kat dalam tu.member dia pon try la bukak casing untuk tengok apa problem nya.bila di bukak memang agak mengkagumkan lah...


KAHKAHKAH POWWW!!! memang terbaik lah external hardisk berjenama dari China...rupa2 nya ia hanyalah sebijik pendrive dengan kapasiti 128MB,diorang dah install dummy kat pendrive tu,sebab tu bila check tengok 500GB.memang terbaik la dexternal hardisk dari China kahkahkah....member mamat tadi gelak tergolek2.

NivSaid:tak boleh tahan gelak...siap letak skru untuk pemberat kahkahkah...lu kena tipu mamat!!!

1 comments:

Happy Mind said...

kahkahkah....aku pon pernah terkena beb. nasib baik aku beli dari member yang baik hati. dia refund duit aku balik.