Khalil di panggil terorrist?...sampai hati kamu rakyat malaysia yang menilai orang dengan hanya berpandukan surat khabar & media jahanam
Terus terang aku nak bagitau yang aku tulis entry kali ni bukan untuk menjatuh kan maruah sesiapa termasuk arwah Khalil yang mengamuk di JPN hari tuh.bukan jugak aku nak mempersoalkan tindakan polis.bab polis tu,tu hal diorang lah...walaupon kurang professional bagi aku tapi kita kena terima hakikat yang polis pon manusia.aku nak mengupas benda yang sebalik nya.sehari selepas aku baca pasal orang mengamuk baru aku dapat tau yang arwah ni ada bukak blog sebulan sebelum dia serang JPN.bila dapat tau pasal blog tu aku terus pegi melawat blog JAYA NEGARA arwah.hmmm pening aku baca penulisan arwah ni.ramai yang cakap yang bahasa dia sastera habis...aku baca takde pon rasa sastera nya.ayat mana yang korang baca yang sastera sangat tuh.
Huh lupakan pasal sastera....aku ada benda lagi penting nak cakap kat sini apa yang aku dapat paham kat sini arwah ni mempunyai kecelaruan minda yang amat teruk...sabar,aku bukan nak kutuk dia.baca dulu apa aku nak tulis ni.kecelaruan minda dia adalah di sebab kan oleh tidak mendekati ulama'.mentafsir sesebuah ayat alquran itu dengan akal dia sendiri.tanpa ada rujukan dari orang yang bertauliah macam ustaz ke tok guru ke.aku bukan nak kata kat arwah sorang je.aku nak kata kat aku dan jugak korang yang baca ni.kesan dari menjauhi ulama ni besar.sangat besar sampai ia boleh memesongkan akidah kita sendiri.kalau nak belajar matematik kena ada cikgu matematik...nak belajar sastera kena ada cikgu bahasa.so bila sampai bab agama bab tafsir bab alquran...kena ada ustaz atau tok guru atau ulama sebagai cikgu supaya kita tak tersasar.
Aku bukan nak marah arwah pasal dia kutuk TGNA,Dato Harun Din & lain2,tapi aku sangat kesian dengan orang zaman sekarang tambah2 yang duk di KL ni.nak g masjid seminggu sekali pon susah beb.apa lagi nak gi dengar ustaz mengajar kat surau atau masjid.bila susah nak nampak batang hidung kat masjid so automatik kita takkan jumpa dengan ustaz & ulama.orang cakap 'tak kenal,maka tak cinta'...so bila ko dah tak jumpa ko tak tau isi hati orang.bila ko tak pegi masjid dengar orang mengajar ko tak tahu apa ilmu yang di ajar.bukan saja susah nak dengar kuliah agama,bah kan di tuduh ulama' ni mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi.apa punya singkat otak ko. ini lah hasil nya bila kita di momok dengan teori jahanam sesetengah manusia celaka yang terus terusan mendendangkan lagu 'alim ulama yang berpolitik itu mempergunakan agama'.sama macam orang melayu dulu yang di momok kan dengan teori bahawa 'cina itu jahat & samseng,india itu pemabuk & kaki gaduh'...ini teori yang maha jahanam yang mahu di implan ke dalam otak setiap orang melayu.huh apa hal pulak aku ke situ....sori.berbalik pada teori jahanam yang di sebut tadi maka orang2 macam arwah telah termakan sedikit sebanyak hasutan tersebut dan akhir nya membuat kesimpulan bahawasa nya ulama' yang ada sekarang tidak boleh di guna pakai.
Ok di singkat kan cerita (aku ngantok sebenar nya huhu...).so berteladankan kejadian amuk di Putrjaya tuh kita harus lah tidak memikirkan soal agama mengikut pemahaman kita sendiri sebab kita belajar tak tinggi.yang ada basic agama tu kira ok lah...kalau yang takde basic agama tiba2 nak mengarut pasal tafsir hadis fekah bagai tu yang jadi haru biru.untuk terakhir kali nya aku pesan kat diri sendiri...dekat kan diri kita dengan ulama.kepada ibubapa yang ada anak yang tengah membesar tuh...subur kan lah minda mereka dengan ilmu agama.bawa lah anak2 ke masjid selalu.agar esok2 tidak menyusah kan masyarakat.allahuakhbar.
NivSaid:Dekati lah para ULAMA',jauhi lah Utusang,Berita Hairan,Harian Mentroll,Kosmok & yang seangkatan dengan nya.
0 comments:
Post a Comment