Wednesday, 18 July 2012

M.Ghaddar Yang Malang

Aku tertarik untuk nak buat entry pasal striker import TRW dari lubnan iaitu M.Ghaddar,kerana sejak seminggu ni ada kes panas yang melibat kan striker ni,kes perbalahan mulut dengan kapten negeri Perak.sebelom ini pon Ghaddar pernah beberapa kali di henyak tanpa batas.paling baru sebelom kes dengan si Arul kapten perak ni Ghaddar telah di tumbuk di kelangkang oleh Amri (bukti video ada,cari sendiri kat Youtube).ok berbalik pada kes Arul vs Ghaddar ni,sebenar nya ia adalah kes yang biasa saja di atas padang...tapi di anggap luarbiasa bila di luar padang.aku jadi makin tak paham dengan sikap sesetengah orang yang memaki2 dalam kes ni.lihat saja di facebook banyak kata2 yang agak kasar & kesat di lempar dari kedua penyokong negeri.yang belah sini maki belah sana,yang sana kutuk belah sini...dan aku rasa takkan habis lah bab kutuk mengutuk ni. 


M.Ghaddar yang kontroversi & selalu jadi mangsa 

Apa yang aku faham lah dalam kes Ghaddar vs Arul ni,cerita dia macam ni.Ghaddar banyak jadi mangsa tackle yang keras & berniat jahat sebelom2 ni.so kalau aku di tempat dia pon aku akan rasa sangat sakit hati,bila saja aku main ada je manusia yang nak menyakitkan aku.aku jadi tension & hilang kawalan,so bila sampai nya kes si Arul ni,aku rasa Ghaddar dah hilang sabar...asyik kena tackle keras je.pastu bukan setakat tackle je,di tambah plak dengan tuduhan entah hape2,main tipu la,lembik la ape kejadah lagi.Ghaddar bukan nya reti kecek melayu so,bilamana si Arul ni kata dia menipu Ghaddar membalas balik dengan rasa geram "F**k yomada" (ala kalau korang main sama2 melayu then lawan ko maki ko dengan perkataan "F" yang berbahasa melayu macam "P*****k kau" boleh je korang wat ilek)...masa dia cakap tu mana la dia tahu mak Arul ni masuk hospital.so pada aku Ghaddar tak bermaksud sebenar2 nya dengan kata2 tu.ayat "F" tu jadi macam tabiat dia la...macam kita jugak la. 


Aku bukan nak menyalahkan Arul ni 100% tapi mengikut pandangan aku la kan,dia menggunakan sentimen ayat "F" yang di keluarkan oleh Ghaddar dengan membuatkan seakan2 ayat tu sangat menghina dia.seperti yang aku cakap tadi ayat "F" tu dah jadi tabiat Ghaddar...sama jugak dengan player2 lain.mungkin diorang ada pekataan tertentu yang jadi tabiat diorang,macam 'Faqqoff' 'Babi' 'Cibai' 'Lancau' & yang lain2 (sori bukan mengajar budak2 pekataan tak elok,cuma memberi contoh huhu).jadi pada aku ia bukan lah benda yang luarbiasa dan sangat2 terhina bila player2 ni berkata2 sedemikian rupa.tapi bila sampai bab Ghaddar menyebut "F*** yomada" ianya seakan tak pernah di sebut di padang seakan2 sangat menghina orang yang ditujukan tuh.ini lah sentimen yang di mainkan oleh Arul ni dalam keadaan separa sedar dek kerana emosi yang tak stabil. 


Sekali lagi di nyatakan,aku bukan nak backup Ghaddar.aku menilai nya dari segi logik & teknikal bila berbahasa di atas padang.aku bukan penyokong fanatik TRW,aku cuma memberi pandangan.kalau korang rasa ianya sangat bias sebab aku orang Klate...maka itu salah.Ghaddar pon ada menyumbang 50% dari kecelakaan ini sebenar nya,tapi apa lagi kita boleh buat kalau asyik duk kena bantai je...nak biar sampai patah kaki ke.nasib baik la dia hanya membalas dengan mulut,try kalau dia balas dengan "Flying kick" ala2 Abe Halim...pecah usus beb!!!.Arul ada hak untuk tidak memaafkan Ghaddar...itu hak dia,lantak lah.pada aku lah benda ni jadi dengan pantas & di luar kawalan Arul & Ghaddar.so aku rasa baik Arul fikir dalam2 sebelom buat tindakan.fikir adakah logik Ghaddar tu nak mengata camtu dengan niat yang sebenar2 nya.


Aku nak menulis panjang lebar pasal kes ni sebenar nya sebab point no2 aku tak sentuh pon lagi.tapi aku rasa malas plak nak bejaga malam2 ni.kepada penyokong Perak aku minta maaf lah kalau korang rasa entry ni sangat2 tidak fair bagi korang.aku menulis dengan apa yang aku rasa...bukan rasa orang lain,takde orang yang paksa aku buat entry ni.aku sendiri yang mahu melempar pandangan aku ni.walaupon ia nampak macam tak fair...aku bukan nak suruh korang telan 100% apa yang aku tulis tu.ianya hanya penilaian dari sudut logik.kalau korang rasa tak logik maka tak payah setuju dengan entry ni.tapi jangan plak maki aku kaw2,sebab aku pon ada mulut...aku pon ada kawan...aku pon ada geng huhu.akhir kata dari aku.benda ni sebenar nya hanya biasa2 saja di atas padang...tapi diluarbiasakan oleh orang2 tak bertanggung jawab macam wartawan pondan yang hanya nak bagi paper diorang laku.




NivSaid:bahasa maki makin menjadi2 dalam kehidupan seharian kita...camne la kita nak banteras budaya2 sesat camni

0 comments: