Friday 20 July 2012

Antara Petron,Mirzan & Kompeni Arak

Petron???...

Korang pernah nampak tak stesen minyak PETRON?...dalam beberapa bulan yang lepas aku ada nampak stesen minyak Petron ni kat taman melati yang dulu nya Esso,bila aku tengok je automatik aku cakap…”stesen minyak ape plak ni,macam stesen minyak kat indonesia je,kaler biru & merah keling” kakaka.lepas beberapa minggu aku dapat tau la yang Petron ni ada kena mengena dengan anak Tun M,si Mirzan.aku malas nak bersangka buruk,so aku cakap dalam hati “ala apa nak heran…bapak die ex-PM pastu diorang banyak bisnes”.tapi tadi aku baru dapat tau sesuatu yang agak menarik pasal Petron nih.so soalan aku adalah…apa kaitan Mirzan Mahathir dengan Petron Corp,Esso,MAS & San Miguel [kompeni arak terbesar di filipina].kena google la ni adoi…ok “BRING ME THE MESSSS...”


Sebelum tu kita berkenalan sedikit sebanyak dengan Mirzan & the geng:


Mirzan Mahathir
Siapa tak kenal anak2 Tun M…kalau Mokhzani ada litar sepang [SIC] & kontrak Petronas yang untung gila babi.Mukhriz yang konon nya bakal Menteri Besar kedah pada PRU akan datang.Mirzan pulak dengan menjadi pengarah kepada berpuluh2 syarikat termasuk San Miguel,khabar nya sudah melepaskan pegangan saham dalan San Miguel,tapi masih lagi memegang jawatan pengarah dalam syarikat ini. 


San Miguel
San Miguel adalah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak terbesar di Filipina.  Syarikat ini menyumbang 95 % penjualan arak di Filipina.Mirzan telah membeli saham syarikat ini dengan harga RM 2.9 Bilion. Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat menjual arak ini.syarikat yang sudah mencapai 1 abad ini mempunyai kilang arak serta kepentingan di China,Thailand,Indonesia & Vietnam.


Petron Corp
Petron Corp adalah syarikat minyak & gas terbesar di filipina,membekalkan lebih 40% bekalan minyak & gas di seluruh filipina.syarikat ini adalah salah 1 cabang perniagaan San Miguel.beberapa bulan sebelum ini Petron Corp telah mengambil alih syarikat Exxon Mobil Malaysia sdn bhd,Esso Malaysia sdn bhd & Exxon Mobil Borneo sdn bhd.


Esso
asal nya syarikat ini adalah dibawah kendalian Exxon Mobil Corporation,San Miguel yang mendapat untung besar dalam penjualan arak telah membeli hampir 65% saham  Exxon Mobil Corporation  dan mengambil alih Esso.chairman dan ceo Ramon S. Ang.kemudian ia "dibranded"kan menjadi Petron.lepas ni semua 120 stesen minyak Esso akan di tukar kepada Petron di KL dah banyak yang tukar kot.


MAS
Malaysia Airlines System adalah syarikat penerbangan utama negara.ia adalah syarikat berkaitan kerajaan malaysia.baru2 ni Petron & MAS telah menandatangani perjanjian untuk membekal dan membeli minyak pada harga berpatutan untuk penggunaan pesawat Airbus A380 dalam tempoh enam bulan.MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Tun M selaku Pengerusi Petronas.


so korang dah baca pengnalan masing2 kan.aku taknak cakap panjang2 sebab ini matematik yang sangat mudah....hari ini aku nak tunjuk kan formula paling mudah dalam pembelajaran matematik.orait kita tak perlukan kertas kosong untuk kira2 kali ini.meh sini aku ajar korang.



gila senang nak skor soalan camni kah3


NivSaid:sampai mampos aku takkan isi Petron untuk kete & moto aku...shubhah tu beb

3 comments:

Anonymous said...

PENIPU BESAR LA KO TUAN PUNYA BLOGG
AKU DAH CHECH MOKHZANI LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN PETRON @ SAN MIGUEL TU...KLU X PERCAYA PERGI CHECK SENDIRI JGN BUTA2 TELAN FITNAH ORANG

Niv said...

@Anonymous...hmmmm aku takde cakap pasal mokhzani,aku cakap pasal mirzan.ko pandai google x?...bukti melambak yang dia ada kaitan dgn San Miguel

Anonymous said...

Mirzan Mahathir tidak menyertai PETRON kerana beliau mahu, tetapi dijemput serta untuk membantu meneraju Company tersebut yang ingin meluaskan lagi nature biz mereka dari Beer&Beverages kepada Construction/Power&Utility/O&G dan lain2 lagi...

Tidak Silap saya dari pembacaan Biz News Filipina, Sekitar 2011 Mirzan telah meletakkan jawatan dan SMC sebab telah berjaya membantu kompani tersebut meluaskan lagi nature biz mereka..

melalui financial statement kompeni yang berakhir Pada 31 Disember 2011 menyatakan bahawa keuntungan penjualan arak SMC kini rendah kira-kira 16% dari keseluruhan untung.

Tak sampai satu per tiga pun daripada total revenue yang datang daripada penjualan arak. Maknanya, sumbangan daripada penjualan arak agak minimal.

ref:
http://www.sanmiguel.com.ph/wp-content/aria_2011/index.htm
untuk pecahan pendapatan san miguel-Note to Financial Statement ( note_fs.pdf page 35 )

Beverage: P 87,255

Food: P 89,591

Packaging: P 24,114

Power Generation and Distribution: P 71,445

Fuel and Oil: P 273,956

Infrastructure: P 116

Telecommunication: P 238

Elimination : (P 10,940)

Total: P 535,775


* San Miguel adalah company Philippines. P stands for Peso.

Cuba kita kira berapa banyak yang ‘beverage’ ni sumbang kepada company.

Beverage (P 87,255) / Total revenue (P 535,775) = 16%.

Ternyata penjualan arak bukan lagi penyumbang utama keuntungan SMC, dan Mirzan berjaya di dalam tugasnya...

Mungkin ada pula yang cakap, ahh, arak tetap arak. Tak kira walau 1% pun.

Betul. Saya setuju.

Tapi cuba kita tengok balik, company yang dulunya memang ‘specialize’ dalam industry arak, sekarang dah diversified buat business SELAIN arak. Yang arak tu pun tinggal sikit je lagi.

Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

Mana tahu, kalau Allah nak campak hidayah kat diaorang, tiba-tiba terfikir nak tutup terus division arak tu dan focus kat division lain yang lebih menguntungkan (dan tidak haram)?

We never know.

Siapa yang ‘bawak diaorang keluar’ daripada business arak ni?

Bukankah orang itu dipandang hina dan jijik kerana dia ‘tokey kilang arak’? Dan seperti yang dijangka, Tun juga akan terkena tempiasnya.

Kalau ini jalan dakwah beliau, dan diterima Allah, kita yang asyik fitnah dan buruk sangka kepada beliau bagaimana pula?

Ya, mungkin beliau tidak sefaqih anda-anda yang sentiasa berdamping dengan kitab, dengan tok-tok guru.

Bersangka baiklah sesama kita....