Sunday, 24 February 2013

MASALAH ORANG PAS BARU


ORANG PAS BARU
Ok maksud tajuk kat atas tu buka nya PAS yang baru,tapi orang yang baru je jadi ahli @ menyokong @ minat & yang seangkatan dengan nya.baru-baru ni banyak sangat media macai (korang tau sendiri lah ye) duk memburuk-buruk kan PAS,banyak sangat fitnah di reka untuk melemahkan PAS.maklumlah dah dekat nak PRU13,kata orang selagi boleh fitnah kita fitnah lah kata bos macai.lagipon mungkin ini tahun terakhir BN berkuasa esok-esok mana tahu jatuh tersungkur di laman sendiri.hmmm sekarang aku bukan nak bercakap pasal media macai BN.aku nak highlightkan 1 benda yang menjadi masalah kepada penyokong PAS yang baru ni,bila mana pemimpin-pemimpin PAS di fitnah macam-macam.sudah tentu ada yang termakan hasutan fitnah ini & mula timbul syak wasangka mereka kepada para pemimpin.

Sebagai contoh kes Nik Zawawi iaitu setiausaha majlis syura PAS yang bergambar dengan Chua Soi Lek,kes TGNA panggil penerima BR1M sebagai haiwan dan yang paling baru sekali kes TGHH kata penerima BR1M sebagai "bodoh" .aku percaya semua kes ni orang PAS yang baru berjinak-jinak dengan politik akan mempersoalkan,”kenapa pemimpin mereka begitu” ataupun “ah sama je UMNO dengan PAS orang politik macam ni la”.macam tu lah lebih kurang ayat-ayat akan keluar dari mulut orang-orang yang baru nak sokong PAS &PR ni.baru tengok gambar,baru baca tajuk artikel,baru dengar cakap-cakap kedai kopi.dah melatah tak tentu pasal.
Gambar yang buat blogger & penyokong baru PR melatah

Penyakit melatah ni juga ada pada sesetengah Blogger pro PR,dengan bangga & konon nya dialah pandai.tanya soalan seolah-olah benda tu betul,letak tajuk entri tu macam kes tu betul-betul terjadi.orang yang baca pon terima je la apa yang diberitahu,tanpa ada selidik dulu.ini lemah nya orang kita,suka sangat terima bulat-bulat cakap-cakap kosong ataupon spekulasi.cuba belajar untuk menilai sesebuah berita tu dulu.cuba tanya orang yang lebih tahu,tanya orang sekeliling mana tahu ada yang tahu cerita sebenar nya.macam kes Nik Zawawi tu,cerita sebenar nya dia pergi konvensyen dekat oversea bersama-sama CSL & Shahidan Kasim.dah 1 negara ambil gambar sama-sama lah.apa masalah nya nak bergambar dengan orang senegara.

Macam juga kes TGNA cakap “penerima BR1M tu macam haiwan”,mula la ada mulut yang serong bertanya.”TGNA cakap macam tu ke? Kenapa dia cakap macam tu? Tak patut betul TGNA kata macam tu kat penerima BR1M tu” begitu lah lebih kurang yang terkeluar dari mulut oaring yang baru menyokong PR ni.sebenar nya disini aku boleh nampak yang mereka sebenar nya tidak yakin dengan PAS atau PR,mereka menyokong PR sebab dah banyak kali kena tiow dengan BN.diorang dah insaf & buka sebelah mata,tapi masih lagi ragu-ragu dengan pemimpin PR.ini adalah FAKTA!!!.kenapa mereka ragu-ragu dengan pemimpin PR,senang je…sebab nereka masih lagi tengok berita & baca surat khabar media macai!!!.cuba kalau korang yakin dengan TGNA mesti korang akan cari kebenaran nya.pastu korang akan tahu..”oooo…TGNA guna ayat perumpamaan rupanya”.kan senang macam tu.

Penjelasan TGNA mengenai ucapan beliau

Nasihat aku disini (perghhh dah macam otai PAS dah aku ni kehkehkeh).sebelum buka mulut untuk menceritakan sesuatu spekulasi tu,elok siasat dulu & kaji dulu.belajar untuk menilai dan memahami cerita atau keadaan sebenar sesebuah kes.jangan cepat menyampaikan benda yang belum sahih,orang melayu macam ni la.tak habis-habis bergosip.dah tinggalkan dunia hiburan tapi masih lagi nak bergosip.yang jadi mangsa nya pemimpin sendiri.cuba tanam kan keyakinan pada ahli ulama yang memimpin.yakin dengan “ ISLAM” agama yang korang anuti tu sendiri.lagi satu..sudah-sudah la tengok berita utama macai tu,tengok drama korea ke filipin ke mexico ke itu boleh dimaafkan janji korang tak layan berita utama macai KAHKAHKAH.

NivSaid:aku pernah dengar sorang ustaz ni cakap “entah-entah betul Anwar tu kaki liwat,kalau tak,takkan ada je kes liwat dia” hah camtu sekali penangan media macai.sampai sorang ustaz pon terpengaruh.gila power media macai ni.

0 comments: