Thursday 28 February 2013

Rimba Bara Comeback!!!


Aku dah lama tak review filem,last aku review pon dah tak ingat bile haha.ok aku malas nak buang masa korang baca benda yang tak sepatut nya hehe.secara jujur nya aku nak review pasal filem yang aku baru je tengok semalam.filem apa? Hollywood eh...tau la aku pakar dalam bab-bab review filem ni,tapi takkan asyik nak yang luar negara je kan.aku orang Malaysia jugak,kadang-kadang nak layan filem melayu ni.ala macam aku layan cite Bro Malek tu...sekali sekala layan filem melayu kan,tapi ini bukan filem sembarangan bang...ini filem aku kira akan jadi legend la.filem yang di tunggu oleh rockers keras tanah air.filem apa lagi kalau bukan “ROCK Oo!” iaitu sequel kepada filem terdahulu nya “ROCK”.

Peh banyak pulak aku berceloteh.ok straight to the point ah. Cerita kembali nya Rimba Bara setelah jatuh pada saat-saat mereka hampir kepada kegemilangan.Amy Mat Piah [Que] memang tak pernah kenal erti putus asa...dah tahu suara memang tak boleh blah sampai kan kena reject oleh hampir semua orang kampung.tapi semangat Amy kembali lagi untuk masyhur bersama Rimba Bara,bilamana Zul Kapan [Sofi Jikan] telah mengetepikan Rimba Bara dan membawa band Malaikat Maut ke Luncai Emas untuk sign kontrak.melihat keadaan tak terurus Rimba Bara,dengan kesungguhan Amy bebal ini,Jijoe [Khir] & Black [Azmi] telah memujuk Slash Hj Tapah [Pekin] untuk bersama menaikkan kembali Rimba Bara.Bermula lah kisah-kisah tragis kebangkitan Rimba Bara.aku sebenar nya agak kecewa bilamana watak Zack [Hasnol Rahmat] dah takde dalam sequel ni.

Band Malaikat Maut...hahaha.Black Metal habessss

Cerita ni memang best dari segi jiwa...tapi dari segi jalan cerita tu macam tak berapa ngam lah.korang takkan berenti la gelak tengok cerita ni,sebab lawak dia yang simple tapi dekat dengan ‘rakyat’.dengan perkataan ‘An’ tu pon orang dah gelak sakan,apalagi kalau full story.dari segi pergambaran filem ni sendiri memang agak bagus.Mamat Khalid aku rasa memang perah otak kaw-kaw nak setup sesebuah scene untuk jadikan ia nampak 90an lah,untuk nampak ia legend.memang kalau di lihat dari setiap scene bagai di setup untuk peminat rock kembali mengenangkan zaman rock.NOSTALGIK!!!


korang yang minat Mamat Khalid mesti takkan kecewa punya dengan Rock Oo! Ni.dalam filem kali ni Que Haidar sebagai Amy tetap jadi ‘bahan’ kerana bangang abadi.tapi aku suka Que cover lagu “Teratai” dalam filem ni.kenapa aku suka? Tengok sendiri la bro.Khir dengan watak Jijoe nya aku rasa dia yang banyak menjalan kan cerita ni kot.Sofi Jikan?...tak payah cakap la beb,letak je mamat ni kat mana-mana cerita mesti Ummmpphh punya.tak habis lagi dengan demam Ajib dalam KL Gangster.dia buat  gila pulak dengan watak Zul Kapan yang memang Black Metal habis hahaha.

Tak lupa jugak kepada Pekin yang bawak watak Slash Hj Tapah.memang kacak habis si pekin ni buat gaya ala-ala Slash G’n’R.tapi sayang Slash tak banyak dialog dalam filem ni...dialog dia kejap-kejap “aku..ok je”,orang tanya apa-apa “aku...ok je”.tapi aku rasa ok la watak Slash Hj Tapah ni dengan gaya Superstar nya,memang kena kot dengan Pekin.bab Slash nangis time break dengan awek dia memang haram jadah sungguh haha...korang kena tengok cerita ni.banyak part yang akan buat korang terkedu ah...macam bab Rimba Bara kena pelingkup,bab sepupu Slash mati isap dadah.dalam duk melawak secara sinis,Mamat Khalid banyak jugak letak unsur nasihat dalam filem ni.

Tapi yang aku tak berapa gemar dalam filem ni adalah dari segi kostum dia,aku nak komen pon tak reti sebenar nya.sebab aku bukan hidup di zaman tu,aku membesar di zaman tu,tapi aku meng’rock’ di zaman Nu Metal kot.itu yang buat aku tak faham kenapa dia punya kostum tu ntah hapa-hapa & agak keterlaluan bagi aku.mungkin itulah realiti nya dizaman tu.di zaman aku [ceh perasan superstar dah...]kitorang just pakai tshirt band,seluar jean sizen & converse.memang agak lain lah.Mamat Khalid nak tunjuk pada penonton realiti sebenarnya,tapi aku rasa penonton perempuan tak suka kostum yang sebegitu.ini aku rasa boleh mematikan mood kaum perempuan untuk layan filem ni.apa-apa pon ini filem untuk rockers kan...nak taknak terima je lah.dah laki korang beli tiket mahal-mahal,layan kan je la.korang layan kan je ‘Teratai’ versi Que aku rasa itu dah memadai hahaha.

Rimba Bara Comeback!!!

Ooii...panjang nya review,kalah wartawan BH & Pancaindera KAHKAHKAH.ni yang rasa nak buat Magazine sendiri ni KAHKAHKAH.nak buat macamana bang dah filem rockers tunggu lebih 5 tahun.review pon macam lebih 5 tahun la haha.apa-apa pon Rock Oo! Dengan ketiadaan Zack,pada aku korang memang patut layan la.rate berapa?...aku tak pasti la nak letak berapa untuk ‘Rock Oo!’ Ni.kalau dulu untuk ‘Rock’ aku letak 4 bintang.untuk kali ni aku letak 4 jugak kot hehe...layan dulu Trailer 'Rock Oo! Rimba Bara kembali!!' sekian.


Ini pulak OST untuk filem ni



NivSaid:nak download Que cover lagu ‘Teratai’ lah...suara Que hancur lebur.tak caya pergi la tengok sendiri woi!!! KahKahKah.

6 comments:

Don't Afraid to Try said...

baru tengok cite ni semalam..siyes lawak giler..gelak xhenti2...plg best pasal minum arak..kt xboleh amek orang yang minum arak..

lps tu best jgk, tak minum, tak main pompuan...alih2 kene gout...mau org xgelak bahak2...xterfikir lgsg psl tu..

sy ade kemusykilan..mamat khalid mmg suke bt filem kt perak ek? utk sekuel hantu mak limah pilih kuala kangsar..yg rock pn pilih ipoh pulak..semua perak..

tp dr segi pakaian tu, mmg btl la sy rase...mmg dorg pakai seluar ketat mcm tu la dulu...xcaya google gmbr amy search dulu2..

rambut mmg kembang hbs..sy thumb up cite ni..

enasong said...

mmg dr segi pakaian & kostum semua..semuanya menggambarkan rock 80an.. kalo mike x caye..ce google image or pergi kt website ni www.muzikrock.com kt situ ade byk info psl rock 80 an n awal 90an.. sejak kehadiran muzik yg mcm sedara maksudkan cth mcm nu metal, grunge, n hardcore.. n dll .. rock kapak pon perlahan2 terkubor.. sy umo 31thn ni tp sbb dh biasa di dedahkan dgn glam rock 80an so mmg x heran la kalo pakaian2 rockers tu mcm tu.. so jgn rs pelik dgn pakaian deme sbb rockers msia dulu mmg pakai cmtu.. hehehe... stai pakaian amy mat piah ni mengingatkan teman dgn sebastian bach vokalis skid row, Joe Elliott vokalis Def Leppard, Bret Michaels Vokalis Poison n Steven styler ... mamat khalid sbnrnye nk tunjuk yg pengaruh band barat ke atas band rock tempatan begitu kuat sebenornye..hehehe..

Niv said...

@Don't Afraid to Try mungkin sbb ipoh or perak mmg byk sejarah pasal musik yg mamat khalid tau la...KL ms tu hanya tmpat untuk industri je.rekoding company byk kt k.l tp pemuzik dtg dari luar...kalau pengarah nya dtg dr kota bharu msti die akn up psl scene kt k.b ye dok hehe...mmg btol pakaian time tu cmtu,tp cm over je...sarcastik kot

Niv said...

@enasongumo kite xjauh pon bro haha...tp mgkin sbb aku lebih suka scene UK kot...itu yg kurg perasan psl kostum gitu.tp UK pon xde la jauh beza sgt kn hmmm.SkidRow,DefLepard tu zaman abg2 aku..mgkin aku terkedepan dlm hal ni hehe...

Sg Bayur Rider Club said...

Kat mana blh download lagu teratai versi Que Haidar ni beb?? Gila2 la baq ang! Thumb up la utk mamat khalid!! RoCK Oo !!

enasong said...

@Niv

ooo rupernye kte x jauh beze... emm.. mcm bagi aku ... ms time minat rock dulu.. aku rs cm x lengkap kalo x tau scene rock tempatan punyer cmner..tu psl aku amik tau gak dr majalah2 uRTV makcik aku dulu mmg ade byk poster n cite psl rock tempatan.. sbb tu bile aku tgk rock ooo ni kire mmg mengimbau kenangan time aku gile dgn muzik rock dulu.. sampekan aku yg ppuan ni pon lebih suke pakei bj hitam dr ats sampe bwh semata2 sbb aku suke dgn muzik rock..hahaha..