Sunday, 24 February 2013

ANTARA KICAP BERLOGO ‘BN’ & KEROPOK CAP ‘PAS’


Ramai la yang duk tanya aku pasal gambar kicap Tamin yang ada pelekat BN tu.jawapan aku senang je,tak ada hal la beb itu hak diorang nak berkempen,dah kalau si Tamin tu setuju untuk di jadikan alat berkempen,kita nak cakap apa.lantak dia la.setakat ni si Tamin tu tak Nampak lagi perjuangan PR dan rasa selesa dengan BN.mungkin 1 hari nanti dia akan celik.kitak tau maa..pada aku kicap Tamin yang berpelekat BN tu tak ada salah nya.Cuma nya kalau orang tu anti BN dia takkan beli dah kicap Tamin tu…dah rugi kat situ si Tamin ni.kalau macai mungkin diorang beli se”bundle” kot KAHKAHKAH.

Lepas tu ada sorang mamat ni tanya aku soalan konon nya trick la…trick bejambul ko la mamat!!!.dia punya soalan “dah tu yang PAS duk letak logo kat keropok tu,korang tak komplen plak?”bapak senang nya soalan camni.tak mencabar otak aku langsung soalan mamat ni.jawapan dia mudah je,camni haa...


KEROPOK “PAS”= keropok ni di jual dengan berlogo PAS adalah bertujuan untuk mencari dana untuk parti bergerak.maklum lah PAS kan parti sengkek (kata macai).jadi untuk menjalan kan parti kena ada duit,tengok sekarang PAS dah keluar dengan” Mobile Stage” iaitu treler yang di ubah suai untuk senang kerja nak berkempen esok hari.so pada aku keropok berlogo PAS ni tak ada salah nya.sebab ia adalah untuk mengumpul dana parti.ada ko Nampak kat kedai-kedai runcit biasa,tak ada kan.diorang hanya jual kat ceramah-ceramah je.kalau ada pon aku tak rasa ia salah.hak rakyat Malaysia maa…dia nak beli dia punya suka.ko “macai”,ko tak payah la beli.


KICAP “BN”=adapun kicap Tamin ni di tampal logo BN adalah semata-mata untuk berkempen,tak kisah la ko nak bagi kat orang kampong ke macai ke perkosa ke…ia masih lagi bersifat “kempen”.dah macam-macam kempen ko sumbat dalam otak orang Malaysia.hari ini ko nak suruh orang miskin yang makan kicap “bersyukur” dengan BN? Pergi mampos la dengan taktik sebegini.pada aku si Tamin ni tak salah,yang salah nya BN.menggunakan bahan makanan harian untuk berkempen.dah terdesak sangat la tu sampai kopi ada gambar Najib,kicap logo BN.buang tebiat nak mampos.KAHKAHKAH.

NivSaid:nasib baik aku dah lama tak makan kicap kekeke

0 comments: